Friday, July 30, 2010

Public fone



Telefon awam yang kaler biru atau kuning..

Pergghhhh klasik gila...

Dulu, di public fone la aku bergayut di zaman aku sekolah...di zaman aku digelar hero remaja..

Zaman itu, memang perlu cari public fone paling sunyi supaya jelas bercakap..

Bercakap plak kena la dengan nada slow gila..baru la romantik..hanya untuk si dia dengar..

Dalam poket seluar jeans lusuh aku, penuh dengan duit syiling..minimum adalah rm2..

Kepala selalunya dihulur sedalam mungkin..mungkin untuk mendapatkan feel..



Tapi sekarang??

Public fone makin pupus..

Yang rosak lebih banyak dari yang berfungsi..

Public fone lebih kepada fungsi notice board..di mana iklan bilik sewa dan iklan peminjam wang ditampal bersilih ganti..

Remaja muda mudi semakin kurang bergayut di telefon awam..



Di situ, aku nak mention beberapa kelebihan public fone semoga tradisi bergayut di public fone berkekalan..

Kelebihan call awek dengan public fone berbanding handphone

1. sanggup keluar umah tengah malam untuk bergayut..konon2nya sanggup bersusah payah.

2. sambil bergayut tu, boley kutuk2 orang sebelah yang 'cakap kuat' or watever...

3. boley budget berapa ringgit habis time calling awek..so perbelanjaan berhemat..

4. boley tengok perangai kaki gayut di public fone..

5. membentuk sifat penyabar apabila terpaksa beratur panjang untuk guna public fone.

6. dapat melatih kaki supaya tahan berdiri untuk sekurang-kurangnya 1/2 jam..

7. berminat untuk kumpul duit syiling untuk dijadikan modal bergayut..

8. sanggup beli gula2 hack 2bijik(10sen) semata-mata hendak baki 90sen untuk bergayut

9. memberi turn kepada makcik2 yang terdesak nak menggunakan publis fone..

10. mampu membentuk badan mengikut ruang2 kosong di celah2 public fone..

No comments: