Wednesday, September 24, 2008

PUSAT KAUNSELING

Sori sebab lambat upload story..15 september, aku ngan geng2 aku kena pergi Pusat Kaunseling&Kerjaya Universiti aku. Kitaorang kena pergi sana sebab nak siapkan salah satu component terpenting dalam assignment English, iaitu kena interview kaunselor pasal isu stress di kalangan student universiti aku. So, sebaik sahaja, aku ngan geng2 aku abis kelas English, kitaorang pon gerak la pergi situ..
Sampai kat sana, aku sempat usher keliling, cam xde langsung kenderaan student (maksud dia, tempat 2 cam x busy ar, so lagi senang ar keja)..Masuk aje dalam tu, aku ngan member2 aku lagi 3orang kena la isi buku pendaftaran sebab dorang nak record kedatangan budak..Member aku merangkap ketua group aku, try le tanya kat akak kat kaunter tu, pasal nak buat appointment ngan kaunselor untuk bincang pasal task English tu. Peh tu, akak tu tanya balik, ada bawak x surat appointment??..Tiba-tiba kitaorang pening2, sebab x tahu ape2 pasal benda alah tu.. So cakap la x bawak pon..
Next, dia panggil sorang lagi akak, aku rasa dia ni cam setiausaha pengarah la kot kat citu..Dia tanya lagi soalan sama, bawak x surat appointment?? Bila kitaorang cakap x bawak, tiba2 dia membebel..Dia cakap, “tiap2 tahun benda sama je jadi, student nak buat appointment, tapi x buat surat..Ini tak, main terjah aje”..Aku ngan member2 aku pun diam. Peh tu, akak tu bag nobor sorang lecturer fakulti pendidikan, die mintak kitaorang call lecturer tu, atas alasan kita orang x bawak surat appointment..
Bila aku call lecturer tu pakai handphone ketua aku, x dapat..lecturer tu off handphone..Tengahari tu, dalam kul 12, lecturer tu call balik, tanya apehal call tadi..Ketua aku pn, cakap la pasal nak interview kaunselor..Senang2 hati dia aje cakap busy, x free langsung sampai minggu depan..
End story tu..Yang aku bengang ngan akak kat psat kaunseling tu, gaya dia cam malas nak layan kitaorang..Patut ar pusat kaunseling tu , xde pun rupa student kat citu, student pun malas nak kena bebelan akak 2..Camni ke pusat kaunseling, patut tolong budak, ni x, buat sakit ati lagi ade ar..Kot ye pn penat puasa, orang len pun puasa gak..
Nak dijadikan cerita, sok tu, 16september bos aku hantar surat rasmi ke pusat kaunseling, siap mintak surat sokongan dari lecturer English aku..and FYI,sampai skrang dorang x call ape2 pun, untuk bincang pasal tarikh untuk interview..
Banyak tul kerenah birokrasi..kalau cam ni ar pusat kaunseling universiti, pusat kaunseling sekolah lagi friendly dari ni..untuk akak yang kuat membebel tu, kalau dah tahu budak slalu forget buat surat appointment, lain kali tulis besar2 kat main entrance..slagi dia buat dunno, x tulis ape2 pn, slagi tu benda sama akan jadi..Contoh dia, cam kita komplen ar tiap2 hari kena hujan, da tawu kena hujan, bawak ar payung..ini x, membebel aje kuat, tapi tindakan apa pun tarak..adioss…

Thursday, September 18, 2008

Benda pelik...

harian metro
KUALA LUMPUR: Isu butik mahupun premis gagal mempamerkan tanda barangan diperbuat daripada kulit babi masih berterusan malah keengganan pemilik mahupun penyelia gedung itu meletakkan tanda amaran dilihat tidak wajar sekali gus memerangkap pengguna yang sensitif terhadap isu ini.

Terbaru, seorang wanita terperdaya apabila cekak rambut yang dibelinya di sebuah butik di pusat beli-belah terkemuka di Bukit Bintang, di sini, sebenarnya diperbuat daripada kulit babi.

Malah mangsa, yang dikenali Hanida, 40, berkata ketika ditanya kepada petugas butik terbabit, mereka menyatakan cekak itu diperbuat daripada kulit lembu.

Menceritakan kembali pengalamannya, ketika kejadian mangsa bersama anak gadisnya membeli-belah di pasar raya yang terletak di kawasan segi tiga emas itu sebelum memasuki butik yang dimaksudkan.

more...

“Sebaik memasuki butik terbabit, saya dan anak yang sememangnya sudah biasa berkunjung ke situ mula membelek barangan jualan dipamerkan sebelum tertarik dengan cekak rambut itu.

“Sebelum membeli barangan itu, saya bertanyakan kepada petugas di premis terbabit mengenai bahan digunakan membuat cekak rambut berkenaan,” katanya.



Harian Metro turut difahamkan butik terbabit antara tempat wanita golongan mewah berbelanja berikutan harga bagi barangan yang dijual di situ agak mahal.

“Pekerja butik mengakui barangan yang dimaksudkan (cekak) itu diperbuat daripada kulit lembu.

“Berkenan dengan barang itu, saya tanpa sebarang perasaan ragu-ragu membelinya dengan harga mencecah RM200,” katanya.

Namun ‘rahsia’ barangan kulit itu akhirnya terbongkar pada suatu hari ketika mangsa bersama anaknya sekali lagi mengunjungi butik terbabit.

Ketika kejadian, penyelia butik itu tiada dalam premis terbabit dan yang tinggal hanya pekerja dan mangsa yang sememangnya dikenali di butik itu dihampiri seorang pekerja.

“Alangkah terkejutnya sebaik dimaklumkan cekak yang dipakai itu diperbuat daripada kulit babi dan pekerja itu meminta maaf berikutan tidak memberitahu perkara sebenar,” katanya.

“Pekerja terbabit turut menceritakan bagaimana dirinya serta rakan sekerja diberikan amaran oleh penyelia butik agar tidak memberitahu secara terperinci spesifikasi barangan kepada pengguna sekiranya mahu bekerja lama di situ,” katanya.

Bagi mendapatkan kepastian, mangsa kemudian menghantar cekak itu ke makmal dan hasil analisis sah menunjukkan kulit babi menjadi bahan utama pembikinan produk itu.

“Pihak berkuasa perlu membuat pemantauan yang l3ebih kerap dan dibimbangi sekiranya orang ramai tidak didedahkan dengan perkara ini, ramai lagi akan tertipu dan terus menjadi mangsa daripada keuntungan pemilik premis yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Several Possible Scenario

According to constitutional lawyers, if Anwar indeed had a majority of members of parliaments (MP) supporting him, there are several possible scenario can happen.
He could table a motion of no-confidence in the prime minister in Parliament. If the PM loses the vote, he will have to inform the Yang Di Pertua Agong (YDPA) that he no longer commands the majority and the government must resign.
Constitutionally, YDPA could then invite Anwar to form a government if he feels Anwar can command a majority, after which Anwar could then face a confidence vote in the house to show that indeed he has a majority.
Abdullah has another option if the opposition parties can successfully mount a non-confidence motion against him.
He can opt to seek dissolution of Parliament and in a snap parliamentary general election seek a fresh mandate.

Article form news strait time, 17september 2008
If Anwar has enough MP to crossover, he could just call a gathering of all defectors with signed pledges, parade them before the press, and practically bring down the government as he did in 1994 in Sabah after the Parti Bersatu Sabah democratically won the elections. At that time, Anwar was deputy prime minister and was heading the election campaign for BN in Sabah

Tuesday, September 16, 2008

Fadilat tarawih part3

Malam ke-21:
Allah SWT akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang dibuat dari Nur.

Malam ke-22:
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman daripada duka cita dan kerisauan (di Padang Mahsyar).

Malam ke-23:
Allah SWT akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga yang terbuat dari Nur.

Malam ke-24:
Allah bukakan perluang 24 doa yang mustajab bagi orang yang bertarawih pada walam ini (lebih elok dikerjakan ketika sujud).

Malam ke-25:
Allah akan mengangkat siksa kubur darinya.

Malam ke-26:
Allah akan mengkurniakan pahala 40 tahun ibadah.

Malam ke-27:
Allah akan mengkurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian Shiratalmustaqim seperti kilat yang menyambar.

Malam ke-28:
Allah akan menaikkan kedudukannya 1000 derajat di akhirat.

Malam ke-29:
Allah akan mengkurniakan pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam ke-30:
Allah akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya: "Wahai hamba-Ku, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama Salsabila, serta minumlah air dari telaga yang dikaruniakan kepada Nabi Muhammad saw yang bernama Al-Kautsar."

Penilaian baru untuk murid sekolah rendah pada 2015

Berita Harian, 15 September
Terkejut gila aku baca frontpage ni..Statement dari berita harian..
”pelajar sekolah rendah tidak lagi dinilai sepenuhnya berdasarkan keputusan UPSR kerana peperiksaan itu hanya mewakili 30% dari markah keseluruhan murid”
“Menerusi penilaian baru menggunakan sistem pengumpulan mata seperti di IPT itu, markah yang diperolehi murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 akan dikumpul dan dikira bagi menentukan pencapaian murid sepanjang tempoh tu”
“..UPSR hanya mewakili 30% daripada markah keseluruhan yang akan digabungkan dengan 4 penilaian lain iaitu psikometrik, kokurikulum, peperiksaan sekolah dan peperiksaan kementerian..”
Mengikut apa yang aku paham, sistem ni pakai ala2 sistem GPA dan CGPA cam kat U..Patut ke?? Bayangkan budak 2 baru belajar nak pegang pensel, da terpaksa skor dalam test @ exam..
Bagi aku, x patut ar.. Lagipun, kalau kita tengok kat certain sekolah kat pendalaman, ada yang terkial2 nak mengeja time darjah 3, terkial2 nak menulis tie darjah 2..
Budak 2 baru berhingus kat idung lagi, kementerian buat sistem macam ni..Orang tertinggi pikir pakai ape ni, kepala lutut ke??
Kalau ya pun nak start buat, buat ala kat student form 4& form5..At least, budak2 form 4 ngan form 5 ni da boleh berpandangan jauh (lagi jauh dari budak standard 1). Bila da ok, baru piker untuk apply kat keseluruhan sistem persekolahan start dari mana2 yang patut..
X abes lagi isu penggunaan BI dalam sains dan math, kementerian nak buat plak sistem baru..
<>

Thursday, September 11, 2008

Bukit Bendera Umno head Datuk Ahmad Ismail

Datuk Ahmad Ismail: hero or villain??

Aku sebenarnya kesian ngan Ahmad Ismail. Aku baca statement dia, dia cakap yang dia mention yang orang cina tu sebagai "immigrant" time zaman sebelum kemerdekaan..Tapi paper x tulis langsung apa2 pasal full statement dia.

Yang aku lagi panas, kepimpinan tertinggi UMNO cam tunduk semacam aje kat desakan parti komponen BN yang lain. Sedangkan, dulu ada seorang cina yang asal johor, yang ada keluar lagu kat youtube tajuk 'negarakuku' tak kena tindakan langsung. Patut dia kena ISA 2. Yang tolong mintak maaf on behalf dia, ada la sorang pemimpin tinggi MCA. Dia ni patut kena tindakan lagi tegas, cause dia hina agama islam..Aku tanya korang, korang lagi panas telinga dengar orang kutuk bangsa korang atau agama korang..??

Aku kira tabik la jugak kt Ahmad Ismail kerana berani bercakap, walaupun kata2 dia mungkin telah menyingung ramai pihak. At least dia bukannya kerbau yang dicucuk idung dia..

Waa..Panas betul..

Wednesday, September 10, 2008

Anwar pertimbang pertangguhan kerajaan baru



dari mstar.com.my
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK


(Mutakhir) KUALA LUMPUR: Ketika tinggal kurang seminggu, Pakatan Rakyat mengubah tarikh mencapai sasaran membentuk kerajaan persekutuan? Jawapannya nampak menjurus ke arah itu berdasarkan kenyataan terbaru Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) malam tadi.

Kata beliau, sasaran 16 September bagi membentuk kerajaan yang baru boleh dianjak ke satu tarikh yang lain jika wujud masalah yang boleh menghalang proses peralihan kuasa seperti yang dirancang.

"Walaupun kita sudah ada sasaran iaitu pada 16 September, tapi gambaran setakat ini hasil perbincangan bersama PAS dan DAP, tarikh itu boleh kita anjak... kalau tak jadi 16 haribulan mungkin 20 haribulan kerana tarikh itu juga ada sejarah.

"Tapi saya fikir dalam keadaan sekarang adalah susah bagi mereka (kerajaan Barisan Nasional) untuk gagalkan kehendak dan kebangkitan rakyat," kata beliau semasa menyampaikan ucapan selepas majlis solat tarawih dan hajat di rumahnya di Bukit Segambut malam tadi.

Anwar menyatakan demikian sehari selepas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan hampir tiga jam pagi kelmarin susulan pertemuan informal lebih dua jam di ibu negara Ahad lalu.

Ketika ditemui semalam, beliau menjelaskan bahawa perancangan untuk membentuk kerajaan berjalan dengan lancar.setakat ini.

Bagaimanapun malam tadi Anwar berkata, perbincangan secara terpeinci akan diadakan bersama pemimpin parti-parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP bagi meneliti sebarang risiko yang bakal terjadi.

"Esok saya perlu ikuti prosedur mahkamah. Jadi kemungkinan pada sebelah petangnya atau hari berikutnya kita akan bermesyuarat mengenai persediaan kita menghadapi 16 September," katanya.

Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri akan muncul di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini esok bagi mendengar sebutan semula kes liwat melibatkan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari, 23.

Anwar mengumumkan pelan sasaran 16 September enam bulan lalu iaitu sejurus selepas pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Tambah beliau, jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan lompat parti menyertai Pakatan Rakyat sudah mencukupi.

"Jumlah mereka kita sudah ada. Tapi disebabkan mereka pergi lawatan 'menghayati Ramadan' di Taiwan kita perlu tunggu dahulu," katanya.

Menurut beliau lagi. ada antara Ahli Parlimen BN yang menyertai lawatan tersebut telah berjanji kepadanya untuk meneruskan matlamat mereka meninggalkan BN.

"Saya ada dapat maklumat bahawa mereka yang pergi itu tidak dibenarkan pulang sebelum 16 September bagi mengahalang sasaran kita," katanya.

Tuesday, September 9, 2008

Fadilat Tarawih part2

Malam ke-11:
Ia meninggal dunia dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Malam ke-12:
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya.

Malam ke-13:
Ia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan aman sentosa dari tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam ke-14:
Para malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah SWT tidak akan menyesatkan mereka.

Malam ke-15:
Semua malaikat yang memikul 'Arasy, Kursi akan bershalawat dan mendoakan supaya Allah SWT mengampuni kita.

Malam ke-16:
Allah SWT menuliskan baginya terlepas dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam ke-17:
Allah SWT menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam ke-18:
Malaikat akan menyeru "Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapak engkau (baik yang masih hidup atau yang sudah wafat)".

Malam ke-19:
Allah akan meninggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus.

Malam ke-20:
Allah SWT mengkurniakan kepadanya pahala semua orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

Proton new mpv

Semalam time aku baru aje blek dari semayang tarawih, aku gi online jap kat bilik member aku. Lagipun, wifi tiba2 plak da 3-4 ari aku x boleh masuk. Nak dijadikan cerita, dia tengah bukak website berita harian. Kat front page bahagian utama, ada artikel pasal kereta baru proton. So, aku pun hijacked dia punya computer. Aku try search kat google, gambar terbaru kereta ni..

For your information, MPV ni adalah kereta jenis family, yang orang banyak guna kalau nak balik kampong (Mpv-Multi Purpose Vehicle). Kapasiti penumpang dia besar, biasanya boleh muat 7orang. Senang cerita, korang tahu tak Toyota Avanza?? Ha tu salah satu model mpv paling popular kat jalan raya sekarang ni..

Mula2 aku search, aku dapat gambar illustrasi. Ada mamat ni lukis. Lawa gak, depan dia ada rupa cam satria neo. Kaler putih plak tu. Mengancam btul..



Then, aku search lagi. Ada keluar lagi gambar. Gambar orang test drive kt UK, mengikut firasat aku la,sebab sebelum2 ni pun, proton kerap gak buat test drive kt sana. Tak tawu ar, betul ke ni gambar mpv proton, sebab yang gambar kaler hitam tu, ada ala2 model kereta dari luar. X boleh ar mention model apa, cuma macam kereta dari satu company jepun. Kalau salah, mintak maap ye PROTON. 2 hanyalah firasat hamba tuhan yang kerdil ini.



Dengar cerita lagi, model ni dibangunkan dengan enjin Campro (enjin trademark proton start dari Gen2 ngan Waja Campro). Ada orang cakap enjin ni jimat minyak, tak tawu plak aku, sebab aku x pernah pun bawak model kereta tu. Ada orang bagi pendapat, letak aja enjin 1.8liter diesel. Aku setuju gak, sebab enjin diesel sesuai untuk kenderaan yang melakukan kerja2 berat. So, senang cikit mpv ni nak blah time kat traffic light.
Apa2 pun, syabas ar buat engineer proton sebab cuba design mpv. Kira first attempt ar bagi proton. Lagipun market kereta mpv ni memang besar.
Dengar cerita proton nk try letak enjin hybrid @ enjin elektrik kt model Savvy and Persona. I hope all the best. Semoga proton dapat balik ranking no1 dalam Malaysia.

Latest news, untuk mpv ni, proton pakai enjin 1.6liter Campro CPS..Aku rasa dorang pakai enjin kecik sebab nk jimatkan kos pengeluaran..FYI, lagi besar cc enjin kereta, lagi mahal kereta 2..

Wednesday, September 3, 2008

FADHILAT DAN KELEBIHAN SOLAT TARAWIH

Sayyidina Ali bin Abi Talib r.a. meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah saw sebagai jawaban dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi saw tentang kelebihan sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadhan.

Malam ke-1:
Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana baru dilahirkan.

Malam ke-2:
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua orang tuanya.

Malam ke-3:
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat tarawih itu agar meneruskan sholatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka.

Malam ke-4:
Memperoleh pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Qur'an.

Malam ke-5:
Allah SWT akan mengkaruniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam ke-6:
Allah SWT akan mengkaruniakan kepadanya pahala seumpama pahala para malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang yang mengerjakan solat tarawih pada malam ini.

Malam ke-7:
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s. serta menolong Nabi itu untuk menentang musuhnya Fir'aun dan Hamman.

Malam ke-8:
Allah SWT mengkaruniakan pahala sebagaimana pahala yang dikaruniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Malam ke-9:
Allah SWT akan mengkaruniakan pahala dan dinaikan mutu ibadah hamba-Nya seperti Nabi Muhammad saw.

Malam ke-10:
Allah SWT mengkurniakan kebaikan di dunia dan di akhirat.

Tuesday, September 2, 2008

Cuti 16 September: Kelantan setuju, Perak putus esok

---artikel ni gua dpt kt mstar.com.my---
02-09-2008 06:19:24 PM

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan Kelantan bersetuju dengan cadangan menjadikan 16 September iaitu tarikh ulang tahun penubuhan Malaysia, sebagai cuti umum.

Menurut beliau, cadangan itu sepatutnya diterima dan dilaksanakan di lima negeri iaitu Kelantan, Perak, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, yang diperintah Pakatan Rakyat.

"Saya boleh terima, kalau empat negeri lain tu boleh terima," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Integriti Peringkat Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Kelmarin, Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya pimpinan di lima negeri yang dikuasai pakatan pembangkang itu mengisytiharkan 16 September sebagai cuti umum.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ketika dihubungi mStar Online hari ini berkata, kerajaan negeri akan memutuskan perkara itu esok dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri.

“Setakat ini kita belum buat apa-apa keputusan lagi. Tapi kita akan bincangkan dalam mesyuarat esok.

"Kalau kita dapat putuskan esok (berhubung cuti), kita akan putuskan. Kalau tidak, kita akan tunda dululah," katanya.

Semalam, selepas memberi cuti umum sempena pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh, kerajaan Pulau Pinang dilaporkan akan menimbang cadangan Anwar supaya 16 September setiap tahun dijadikan cuti umum untuk lima negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat sebagai memperingati hari pembentukan Malaysia.

"Perkara ini akan dibincangkan dulu dengan exco kerajaan negeri kerana ia akan melibatkan operasi pihak industri di negeri ini," kata Ketua Menteri Lim Guan Eng selepas pada ceramah umum mengenai 'Enzim Sisa Makanan Menyelamatkan Dunia Kita' di Pasar Awam Tanjung Bungah di sini hari ini.

Cadangan cuti umum untuk lima negeri Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Perak, Kedah, Selangor dan Kelantan itu dibuat oleh Anwar pada majlis kesyukuran sempena kemenangan beliau pada pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos lalu.

Kerajaan negeri Pulau Pinang telah memberikan cuti umum pada 26 Ogos lepas sempena pilihan raya kecil berkenaan.

"Kalau kita hendak ambil 16 September sebagai cuti umum mungkin pada tahun depan," kata Lim yang dipetik Bernama.

Beliau berkata, kerajaan pusat sepatutnya menjadikan 16 September sebagai cuti umum.

Tanggal 16 September merupakan hari pembentukan Malaysia manakala 31 Ogos pula Hari Kemerdekaan.

Kerajaan-kerajaan negeri juga mempunyai kuasa untuk memutuskan cuti umum. Peruntukan itu digunakan oleh Pulau Pinang untuk mengumumkan cuti umum pada 26 Ogos lalu.

SOri

Sori ar, da lama x upload any article..Wifi kt UTM lembap and x dpt connect sejak minggu lepas..Sori..

Kasut hitam

Ari khamis lepas, aku kena temubual dgn external examiner dr UKM. Tujuan dia ni datang kt fakulti aku, sbb nk check samada kurikulum course aku sesuai x dgn masa sekarang.


So, pagi 2, aku pn pakai baju kemeja, seluar khakis dan kasut kulit kaler hitam. Kasut 2 aku beli murah aje dulu. FYI, pengangkutan aku ke fakulti ialah moto. Nak dijadikan cerita, sampai saja aku kat parking moto kat fakulti aku, aku pun turun ar dari moto. Tiba2 aku rasa cam ringan aje kaki kanan aku. Rasa cm ada benda flap2 kat tumit kasut aku. Aku pandang aje bwh, tengok2 ar kasut aku. Rupa2 nya, tapak kasut aku dah lekang da kt bahagian tumit. Nak balik bilik memang dah x sempat. So, aku pn buat2 le jalan cam orang injured sblh kaki dengan harapan, xde orang akan perasan kasut aku. Makin lama aku jalan, makin besar tear 2..

Sampai aje dpn pjbt dekan, terus tertanggal tapak kasut aku..Aku pn ngan muka malu2 kucing, terus kan seret tapak kasut ke tempat yang xde orang..Bila line clear, aku ambk tapak kasut belah kanan aku dan terus simpan dalam beg aku. So aku jalan dengan kaki belah kiri lagi tggi banding dengan kaki kanan. Sementara tunggu examiner sampai, tiba2 dalam kepala otak aku, terkeluar iklan mentos. Ala iklan yang awek kasut tuimit tinggi yang patah tumit kat salah satu kasut dia 2. Aku pn try ar pijak tumit kasut lagi sebelah, tgk2.. boleh senang aje tear. Terus aku pijak sampai tercabut tapak kasut belah kiri aku.


Moral dia, kalau boleh, jangan beli benda yang low quality. Biar mahal cikit, asalkan benda 2 tahan lama. Takut2 jadi cam aku..

*based on true story