Tuesday, July 28, 2009

Pehh..lame gler aku x online

serius lame gler aku x online..

tenet kat blok aku macam hampeh sangat2 aje..
da le dok kolej jauh, cam ni universiti aku boley buat kat budak2 terpinggir macam aku ni..
hampehh...

weekend lepas aku p pulau pangkor, da berapa kali da p sane, last time, time form5..
kali ni, aku p ngan budak2 laki kos aku..giler happening..lawak nak mampus..

habis tangan, kaki n lutut aku bercalar2 time snorkeling..ni sume sebab kne batu..gler sakit..

anyway, sori2 berbanyak ek aku lame x upload cerita..

Friday, July 17, 2009

Tenkiu bos!

Tenkiu bos
Tenkiu engineer
Tenkiu project exec
Tenkiu drafter
Tenkiu clerk...

Terima kaseh kepada sume staf PJKSB especially bos sebab terima aku untuk buat 'summer internship' kat citu..bos boley buat lawak pulak time last hour tadi..ade ke kata "jangan lupe jemput 1opis time kenduri kawen nanti"..haha..dun wori bos, bawak 1bas rombongan cik kiah pon xpe..

Kepada sorang akak kerani tu yang tanye aku apesal aku still senyum2, xsedih ke nak tinggal kan PJKSB? Aku diam aje la, aku luaran aje hepi tadi, tapi kat dalam ati tengah sedih gler nak ciao..95% sedih + 5% hepi = 100%emosi bercampur baur..Sori kak, saya bukannyer xmau buat muke sedih, kang ilang kemachoan saya, kak..

Kepada Mr Ant, walaupon hang buat perangai agak kureng tadi, xpe aku paham..hang ngan aku pon jarang sembang..aku xberani nak sembang ngan hang..kang silap cakap, hang tengking aku..kalo aku sme jawatan ngan hang iaitu sebagai engineer, da lame aku sound balek hang..xpe2..aku hormat hang..

Kepada En Awie, salah sorg Project Exec kat citu, terima kasih la sebab bro paling banyak ajor aku..walaupon bro just lpsn diploma aje,(aku degree, cume tinggal 1tahun aje lagi) bro ok..x macam Mr Ant..Aku tanye besa2 aje, bro terang detail2..memang sifu aku..

Kepada Chot n En Mie, terima kaseh sebab selalu buat lawak pagi2..time orang tengah mata terkebil2 sebab mengantuk, korang datang buat lawak..

Kepada engineer yang len, terima kasih sebab tolong aku untuk maklumat2 yang aku nak pakai untuk final report..

All the best for PJKSB staf n for myself..


p/s : maybe buat mase terdekat aku jarang update blog buat masa 1minggu atau lebih cikit sebab busy mau buat repot..kalo mau aku cepat2 upload post baru, meh e tulun aku buat repot..

Goodbye internship, here i come final year..doakan aku maintain pointer atas 3..n hopefully dapat 1st class..

Thursday, July 16, 2009

Jual benda pelik2



Semalam, tengah aku dok boring sebab tarak idea nak tulis ape kata final repot LI(ya, ni minggu terakhir LI aku, tbe2 aku sedih pulak), aku saje cari blog yang ade jual keris2 lame..ade 1 blog tu, ore kelate punyo, ade jual keris2 lame..siap ade jual keris yang da penah 'makan' orang..Ngeri la pulak dengar..haha

Then, aku terbukak 1thread ni, ade bukak isu pasal blog jual barang2 mistik..Aku pon klik le kat link yang diprovide oleh tuan pembukak thread..

Gerun pon ade, macam nak tergelak pon ade bler aku baca blog tu..Macam2 barang die ade jual, siap ade mention lagi buyer die dari mane..siap ade yang dari Hong Kong..

U all mention aje nak barang ape, sume ade kat citu..
Rantai babi hutan - untuk kebal kulit dan rambut
Minyak dagu - ade 3tahap..aku baru taw ade 3tahap
Burung cenderawasih (aku dulu penah bace yang ade 1tempat kat dunia yang memang boley biak burung ni..klo x silap irian jaya atau papua new guinea)
Gambar Buraq untuk proses ritual(betul2 da len macam die ni..)
Macam2 jenis batu dan delima
Jenglot
Rambut bunian
dan benda paling mahal kat blog tu, 'Sabok'- macam barang kebal..harga lebih kurang rm888ribu!(tergamam aku...)
and other items

Aku ade forward URL blog ni kat kawan aku..die tanye"ade ape kat blog ni, len macam aje name die"..Aku cakap ade jual benda pelik2..Member aku naek gerun dengar..Die tanye aku, "ko percaya ke benda2 macam ni?"..Aku jawab"x 100%"..

Maksudnyer, mungkin ade sebilangan kecil yang betul2, tapi yang lain tu, aku ragui la..sori..Kat blog ni and ade 1 lagi blog, ade jual besi ape ntoh..kunun2 nyer besi tu xkan boley tertarik dengan magnet..Erkk?!..FYI, logam yang mengandungi unsur besi(ferrous steel) memang boley tertarik dengan magnet but not logam yang x mengandungi unsur2 besi(non ferrous) memang xkan tertarik ngan magnet..contoh nyer, aluminium, penah x jadi tengah sedap2 member korang teguk air tin(aluminium) tapi x offer kat korang, tbe2 tin tu melayang datang kat korang sebab korang tarik guna magnet..

p/s : Selalunyer, orang akan mention yang logam tu besi..

Wednesday, July 15, 2009

Santau => dengki?


source : http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opinion/zaidel-baharudin/32357-syarat-syarat-santau

title : Syarat-syarat santau

author : Zaidel Baharudin


(sori lupe mintak permission)


~~~~~JULAI 15 — Santau adalah sejenis ilmu hitam orang-orang Melayu yang digunakan untuk meracun atau menyakiti pihak musuh. Biasa kita dengar bahawa santau ini digunakan oleh orang tertentu yang dengki dengan kejayaan seseorang itu terutama dalam bidang perniagaan runcit dan industry kedai makan. Banyak cerita-cerita mengenai bagaimana sesebuah restoran yang sedang maju telah berjaya disantau kerana hasat dengki pesaing; pelanggan yang makan di restoran berkenaan akan mengalami sakit perut dan muntah-muntah. Akan tetapi samaada ianya keracunan makanan, taun atau santau kesahihan biasanya tidak dapat dipastikan.

Santau banyak dibincangkan dan diperdebatkan dengan meluas di kedai-kedai kopi dan juga media akademik alternatif seperti Mastika, Mingguan Misteri, Pesona dan sebagainya. Sebagai contoh baru-baru ini penulis sempat berborak dengan seorang pensyarah dari Grik yang datang melawat ke syarikat kami bersama dengan pelajar-pelajarnya. Pensyarah itu dengan arif menceritakan terdapat pelbagai jenis santau seperti santau angin, santau bersalam, santau lalu, santau ujian dan macam-macamlah. Malah ilmu santau pensyarah itu cukup mendalam membuatkan pemandu bas yang kebetulan makan bersama kami menyoal:

“Aii macam-macam jenis santau dekat Grik ni Cik tahu, saya duduk sana sejak 20 tahun pun tak pernah dengar, Cik amalkan ke?”

Pensyarah itu yang tersipu mendengar pernyataan itu menerangkan yang dia cuma dengar-dengar je dari orang cerita.

“Saya dengar je apa orang kata, betul tak betul tak tahulah.”

Teringat saya dengan cikgu sekolah saya masa darjah enam dulu, dia tak mahu gambar dia diambil seorang diri sebab takut nanti orang pakai gambar tu nak “ilmukan” dia. Siapa lah nak “ilmukan” cikgu saya tu, kalau cantik macam Siti Nurhaliza atau Ramlah Ram pun takpelah jugak.

Namun cerita itu membuatkan saya berfikir banyak mengenai santau ini kerana ianya merupakan topik hangat di kalangan orang Melayu. Setelah saya membuat sesi penaakulan di dalam tandas dan mengumpul segala maklumat dari sesi kedai kopi dan mengumpat telah dapat saya agak atau menyenaraikan antara syarat-syarat untuk sesuatu Santau itu berkesan. Seperti ilmu-ilmu hitam yang lain santau juga mempunyai banyak pantang larang.

Kalau kita dengar dari cerita-cerita santau selalunya melibatkan kedai makan atau kedai runcit. Namun ianya mempunyai suatu corak yang lebih kurang sama walaupun lokasi dan masa yang berlainan. Santau biasanya mesti antara gerai hodoh nasi lemak yang nak roboh di tepi longkang disantau oleh tuan punya gerai hodoh nak roboh di tepi longkang di seberang jalan sana sebab kononnya dia tak puas hati yang gerai nasi lemak yang belah sini lagi laku sebab dekat dengan “bus stop”. Syarat yang paling penting untuk santau itu menjadi ialah dua-dua tuan punya gerai mesti Melayu, yang makan dan kena santau pun kena orang Melayu jugak. Sebab itu kita tak pernah dengar kedai bak kut teh atau restoran daun pisang kena santau. Sebab pantang larang pertama untuk santau ialah ianya mestilah sesama orang Melayu. Kalau bangsa lain dia tak jadi, dan semakin hodoh gerai di tepi jalan itu maka kebarangkalian untuk kena santau adalah semakin tinggi. Kita selalu dengar restoran nasi campur dan nasi padang yang kena santau tapi belum pernah kita dengar restoran Woh Kah Seng 888 disantau. Kalau kena bayar wang perlindungan itu ada lah.

Pantang larang yang kedua untuk santau ini ialah dia tak boleh digunakan terhadap kedai-kedai atau restoran yang merupakan jenis cawangan atau “franchise”. Cuba para pembaca sekelian fikirkan sebentar, pernahkah kita dengar McDonald’s, Kentucky Fried Chicken, Giant, Jaya Jusco ataupun Carrefour disantau? Tidak pernah bukan, ahaaaaaa ini adalah kerana mereka ini adalah jenis franchise. Saya yakin ramai peniaga kecil terutama peniaga runcit yang tidak berpuas hati dengan kehadiran pasaraya besar yang merosakkan perniagaan mereka jauh lebih dahsyat dari kedai runcit pesaing yang lain. Namun apakan daya santau tidak berkesan terhadap pasaraya besar kerana Jin santau itu dia tak boleh nak lakukan kerja kalau dia tidak pasti siapakah tuan punya kedai berkenaan. Tapi kalau kedai runcit kecil yang ada mesin kukur kelapa dan kepunyaan orang Melayu mesti boleh punya. Walaupun “franchise” McDonald’s ini kepunyaan syarikat Melayu tapi ianya jenis bukan persendirian jadi itu yang tak jadi tu.

Tapi pasti ada yang bertanya, bagaimana pula dengan kedai atau restoran kepunyaan persendirian orang Melayu yang terletak di dalam pasaraya? Adakah ianya boleh kita santau? Nampak macam boleh tapi sebenarnya santau kita juga akan gagal sekiranya dihantar. Pantang larang ketiga ialah santau tidak boleh berkesan sekiranya kedai atau restoran berkenaan mempunyai penghawa dingin. Ini adalah kerana Jin santau tu Jin Melayu dan bukan Jin orang putih jadi dia tak tahan sejuk sebab Jin Melayu mana ada “sweater” paling kuat pun kain pelikat je. Sebab itu kita tak pernah nampak kes santau di KLCC ke ataupun Pavilion apatah lagi berlaku di Jaya Jusco. Lagipun berapa kerat sangat orang Melayu mempunyai kedai di tempat-tempat berkenaan.

Memang pelik bunyinya, santau yang konon hebat itu kalau kita dengar betul-betul ceritanya banyak masaalah dan kelemahan. Hendak pulak apatah lagi dari cerita-cerita yang kita dengar mengenai santau adalah dari orang-orang yang sendiri tak pernah kena santau. Selalunya rujukan adalah seperti berikut, tukang cerita dengar cerita santau dari orang kampung dia dulu yang mana orang sebelah rumah ada menyertai lawatan ke kilang batik di Pahang dan salah satu ahli rombongan itu kena santau masa makan dekat tepi lebuhraya. Dahsyat.

Pelik tak, kenapa bomoh yang hebat selalu tinggal dekat rumah hodoh yang nak roboh dekat hujung kampung yang eletrik pun belum tentu ada. Apa guna jadi bomoh yang hebat sampai boleh menyakitkan orang pakai angin je tapi tak mampu nak bayar bil Astro, takdelah hebat mana. Kalau ini macam baik jadi eksekutif MLM kurang-kurang ada can nak pakai Mercedes, dapat lengkap tujuh pasang je dah selesa tak payah jual barang.

Tapi itulah dia orang Melayu kita ni, cukup takut dengan benda-benda yang tak nampak ni tapi pada masa yang sama kabur dan terlepas pandang benda yang nyata. Kita sibuk sangat dengan makhluk-makhluk halus ni makhluk yang besar dan nyata ni kita tak nampak. Cuba kita berfikir sejenak, pernahkah anda dengar makhluk halus bunuh orang ke, merogol, merompak, menyamun, meragut, sumbang mahram, mendera kanak-kanak ataupun mencederakan orang. Kita ni sibuk sangat takut dengan hantu tapi kita tak sedar yang manusia ni, manusia yang masih hidup ini adalah jauh lebih dahsyat atau lebih hantu dari hantu.

Teringat saya dulu tentang kes Mona Fandey, macam-macam cerita lah keluar dan ketika itu saya masih sekolah rendah. Cukup sibuk dan macam-macam teori keluar, konon Monda Fandey kalau mati jadi monyet lah, dia belajar dekat Indonesia lah macam-macamlah.

Benda pertama yang saya ingat dari kejadian itu adalah ayat yang terkeluar dari pelakon bernama Zakaria Yusof iaitu bapak kawan saya dalam satu dokumentari mengenai dadah dan AIDS...

“Rupanya Mona lebih advance...”

Dan sejak dari itu nama perempuan jahat dalam drama Melayu selalunya Mona, dan saya nasihatkan dari anda sibuk sangat risau tentang benda-benda yang kita tak pasti ni baik kita buat kerja yang lebih berfaedah sebelum kita jauh ketinggalan dari orang lain yang “jauh lebih advance...”~~~~~

esofagus : aku pulak nak cakap..eh betul jugak ape mamat ni tulis, xpenah pulak aku dengar Kolonel Sander(KFC) kena santau ngan Badut McD..hoho

Monday, July 13, 2009

Sepetang di Queensbay Mall


Ari sabtu lepas, dengan aku bersangka baek yang cuaca baik sepanjang hari, aku pon pi la start motor kesayangan aku tu and terus blah pi Q'bay sebab aku da mengidam sangat2 nak tengok ICE AGE 3..aku blah dari umah kul 3pm sebab memang da target nak tengok kul 3.40pm punyer..

Nak dipendekkan cerita, lepas aku abis tengok dalam kul 5.20 camtu, aku terus chow pi parking motor..On da way, sempat ushar2 baju kemeja kat bulatan tengah2 Qbay, malas la nak beli kemeja, kadang2 aje aku pakai..kalo pakai selain ari isnin, nanti ade la mulut longkang kata aku perasan nak bergaya lebih..

Keluar2 aje dari pintu dekat2 ngan kfc(sebab aku nak ke parking moto) gler ujan manyak lebat..aku tunggu jap kat tepi tu, dengan anggapan yang ujan akan lame ni(aku still x budget berape lame, cume aku budget dlm kul 6.30 stop kot) aku masuk balek dalam..mule2 aku pi Newsplus, cari magazine futbol paling latest..then, aku pusing tergatal pulak singgah ade kedai kat celah mane ntoh buat sales kasut converse n everlast, aku rembat le sepasang kasut everlast(sape x penah dengar brand ni, memang x penah tengok boxing) then, kaki aku p melangkah masuk F.O.S, ade sales half price..gler ape, baju tu harga rm30 aje, tp buat half price..so aku sambar dua..

Aku keluar balek dalam kul 6.45, ujan still manyak lebat..aku lepak le kat tepi dinding..selepas agak lame giler kat citu, ade la geng rempit yang baru nak membesar lepak sebelah aku, aku malas nak layan,so aku layan bace magazine lagi bagus..Lame sangat tunggu ujan nak 100% stop(sekejap lebat, sekejap slow), kul 7.50 aku masuk balek dalam..lapar sangat..aku p cari McD..bantai spicy chicken mcdeluxe smbil lepak balek kat luar sambil tunggu ujan slow..then, aku tunggu punyer tunggu sampai borink gler..aku tunggu ujan slow(still ujan, tapi slow la), aku nekad nak gerak jugak dalam ujan..

Tunggu punyer tunggu, kul 9.15, aku redah ujan nak terus pi start moto..aku bawak moto slow da le jalan memang basah gler(memang le basah, da tengah ujan), ade lapisan2 air lagi kat atas jalan, lopak x payah cakap le..aku pulak x bawak langsung ujan(sebab ramalan cuaca aku mengatakan ari xkan ujan) memang aku tergedik2 le mengigil kesejukan atas moto..peh sejuk gler..slalu dari Q'bay ke umah aku amik masa 15minit(mengikut gaya tunggangan aku), tapi malam tu, aku sampai umah dalam 9.51pm..gler lencun aku..

p/s : aku menyesal gler x bawak keta ari tu..damn...
p/s : aku jadi sexy sat malam tu, sebab baju abis basah, so nampak susuk badan aku yang ala2 hero cerita 300..hoho


--

lepak tepi kawanan rempitan



wat a sweet 'couple'..ada apa dengan paras rupe



gler penuh bag aku



tinggi x renjis-renjis dipilis oleh lopak air

Sunday, July 12, 2009

Annoyed


Kepada seorang mianh yang aku baru approved semalam, tolong la jangan buat aku panas hati..

Ko terlalu(a'ah) terlaluuuu manyak sangat tanya soalan kat aku...hoho, aku da letih jawab soalan banyak2..

Len kali, cube la tanya soalan yang mencabar IQ ke..ni tanya soalan ntoh ape2 kat aku..

Then, biler aku balas msg lambat sebab aku bace artikel(aku da mention), x payah le banyak soal..ades..da memang aku tengah bace artikel pasal futbol, ye la, aku kan nak take over keje shebby singh..hoho..

arini pulak, boley pulak buat lawak lepas tanya aku apesal x puasa...tulun la..kot yea pon, x payah la sindir2 aku yang memang pemalas nak puasa sunat..ko pompuan aku laki, rase nyer kalo aku bagi 'ayat ape yang ko kata kat aku tu' kepada ko, memang ko kata aku sindir orang pompuan..

tulun laaa...kang aku bertukar kaler, baru tawu..

Friday, July 10, 2009

Kembar siam..


^ gambar atas ni xde kaitan, tapi kalo ade jual, aku nak beli satu..

arini, selepas dok syok pangkah schematic drawing, aku bukak blog ni..
http://auto-world-show.blogspot.com/2009/07/half-car-half-bike.html
(nice post!)



perghh..tergamam aku tengok gambar ni..

giler kreatif, aku tabek spring..

xsure la main source power dari motor ke keta..

tapi berdasarkan gambar, handling macam moto aje kontrol sebab dalam keta xde stereng..

tiba2 teringat la kat keta roda 3 dalam cerita mr bean..

p/s : thanks tu kereta.info for make me feymes..hoho..
nice post from auto-world-show.blogspot.com about this kembar siam

Thursday, July 9, 2009

Thanks sebab jujur

Kepada sesiapa yang mengenali mamat yang bernama Mut, sila sampaikan ucap terima kasih sebab 'puji' direct tulisan aku..

X penah pon sebelum ni,kawan2 aku 'puji' sejujur ko..maybe sebab dorang kadang2 pow keje2 aku kot, tu yang dorang x kata ape2 kot..

Aku ingat lagi first day aku kenal ko..'pujian' ko memang buat aku teringan sampai sekarang.."Eh Esofagus, tu tulisan ko ker??buruk gler.."..aku terus tersenyum kelat..

X sangka masih ade orang jujur cam ko..aku tumpang berbangga le..

Tulisan aku memang camtu, kecik lagi kurang hensem..aku memang pemalas nak menulis..so memang tulisan aku ni iras2 tulis doktor..aku ingat kan ade kursus tulisan sebab aku tengok tulisan majoriti doktor lebih kurang aje,rupa2 nyer benda tu semulajadi..

Ermm, rase kalo budak engineering smbg bt master dalm doktor boley x??hohoh..

p/s : aku x dendam pon ngan ko mut, cume aku kesal aku x tulis lawa2 depan ko..hoho

Tuesday, July 7, 2009

Kekasih ku dirampas orang..



Actually tajuk tu sepatutnyer ayat kat ujung skali, tapi aku saje nak taruk sebagai tajuk..lantak le, ni kan blog aku..

Aku nak cerita pasal satu kesah...

Pada satu petang sekitar januari atau febuari 2005, bertempat di umah flat kawan aku..Waktu?waktu lebih kurang lagi 1jam sebelum azan maghrib..

perihal pasal kawan aku ni, die ni kalo diikutkan, die ni boley dikategorikan sebagai junior aku la..nak dijadikan cerita pulak, awek aku time masa tu, iaitu sekitar januari atau febuari 2005 pon junior aku jugak...kelas sebelah2 ngan member aku, tapi member aku x taw tu awek aku..hoho

member aku ni slalu push2 nak taw siapakah gerangan awek aku, tapi aku malas nak bagitaw, saje2..hohoho..nak taw, siasat sendiri..

dialog di petang yang suam2 kuku itu..

Elias : wei, esofagus, aku geram le ngan sorang minah ni..
Esofagus : sapa dia wei?
Elias : budak kelas sebelah aku..
aku da syak len macam, jangan2 awek aku sudah...
Elias :(siap tambah lagi)tiap2 kali die lalu tepi kelas aku, mesti aku perhati aje die..comey wei..
Esofagus : jap2 aku teka, die pengawas ke?(awek aku pengawas)
Elias : haa...
Esofagus : die player netball skolah ke?
Elias : haaa..(panjang cikit)
Esofagus : jap aku teka lagi, die pegang jawatan dot.dot.dot ke kat asrama?
Elias : ye kot, aku x taw sedetail tu..tapi yang aku taw, die ade pegang jawatan kat asrama..
Aku senyum kambing jap..
Esofagus : hang nak taw x, yang die tu... awek aku..
Elias : (muka tergamam smbil buat mke innocent kat aku)..sori la wei, aku x taw tu awek hang..patut la ramai orang x berani sembang ngan die..(bukan sebab aku otai ek, sebab die da berpunya time tu)

dalam masa 2minggu, tiap2 kali aku lepak ngan member aku tu, mesti member aku tu buat2 muka malu2 badak ngan aku..aku tampau kang baru tau, hohoho..

*laen kali, kot nak berkongsi cerita pasal hati ngan perasaan, buat research dulu beb..
*erm, aku da x de ape2..da putus ngan awek tu..Kekasih ku dirampas orang..

Sunday, July 5, 2009

Aku terpaksa ke tepi


"..ku bawa hati jauh berlari..bukan bermakna dirimu aku benci.."

sori ek, aku terpaksa ke tepi...
aku x mau jadi watak perampas...

mungkin lepas ni, bler ko berkata2, aku terpaksa mendiamkan diri..
mendiamkan hati untuk membuatkan orang laen berbahagia...

aku x mau tambah musuh ye, aku cuma mau tambah kawan..

nak tulis ape lagi ek??nope...the end..

Friday, July 3, 2009

Pengalaman keja kat Giant



FYI, aku dulu penah keja sat kat Giant Bayan Baru..time tu bulan berape ntoh, tapi time tu tengah hot ngan world cup 2006(aku support italy time tu, n italy champion..yipee, tp sekarang da x suppot sebab banyak sangat player da tua)..

Aku keja sat sebab tunggu masuk universiti..time tu baru abis matrik n aku bosan kedabak dok umah..kat Giant, aku mintak keja cashier(keja yang popular orang mintak) tapi bler interbiu ngan HR, selepas direnung tajam dan ditanya nak keja ape, aku terlepas cakap "ermm, xkesah le keja ape2 pon"..

So finally,aku keja kat KDF, senang cte bahagian perabot2..macam2 pengalaman aku keja kat citu..rasenyer 1post pon xabis..

ok, first week aku keja, besa le budak baru masuk, so kadang2 bler xde keja(ye la, baru nak menghirup nafas selepas tercungap2 angkat perabot berat), aku akan ditarik oleh bos yg pangkat x besau, tapi saiz die memang besau, untuk pi tolong cashier..ala kena tolong taruk benda dalam plastic beg aje..

nak dijadikan cerita, time ari ke5 kot aku keja kat citu, aku kena jadi 'penyumbat barang dalam plastic beg' untuk second round kot..time tu da kul 4lebih, kul 5 shift pagi abis..memang aku tengah penat time tu..time aku tengah sebok sumbat barang dalam plastic beg, ade sorang staf yang slalu mke die ade kat stor tibe2 beratur kat lane aku..bukannyer beli barang, tapi tengah seronok sembang ngan member die yang tengah tunggu turn mau bayar..lama le jugak dorang sembang..time customer depan dorang tengah buat payment, aku terpandang mke budak stor tu..aku pulak tengah lapar n penat campur mata aku rabun, so memang aku tertenung dengan gaya anjing laut yang lapar la..budak stor tu ushar balek aku, buat mke x puas ati..aku pon mls nak sambung pandang-pandang, jeling-jeling ngan die..kang nanti die ajak aku berduet lagu tu pulak..

esok pulak, aku ngan sorang staf bersama2 supervisor aku yang badan agak besau, tapi gaji x besau pun pi le stor nak ambik barang..mule2 pergi, 3orang masuk stor..second time masuk, 2orang masuk(supervisor nak pergi tambah berat badan), n third time, staf yang masuk skali ngan aku tu ade customer tanye die, so aku proceed sorang2 masuk stor(supervisor still tengah melantak nasi kandar)..

time aku masuk sorang2 tu, budak stor yang semalam aku tertenung die, datang kat aku..

Budak stor : wey, hang mai sini sat..
esofagus : (aku diam, pandang die camtu aje, lebih tepat buat dunno)
Budak stor melangkah dengan gaya samseng kampong dusun ke arah aku..
Budak stor : semalam pasai pa hang dok tengok aku, macam x puas ati jaa..
esofagus : masa bila pulak aku x puas hati dengan hang..?
Budak stor :abis tu, yang semalam hang ushar aku len macam jaa...
Budak stor ngan aku face-to-face time tu..tangan die macam tengah genggam penumbuk..aku buat relak je(aku budak karate + silat k..) sambil buat2 mke berani..aku dalam ati tengah pikir, ni kalo die tumbuk aku, aku tumbuk die balek sampai tercabut gigi die..

then, datang 2orang geng die..aku dalam ati ingat kan dorang nak join die bantai aku..aku da memang kecut perut..3 lwn 1 beb..nak mampus..da le kat tempat die

tibe2 dorang pegang tangan die, cakap "da la wei, hal kecik pon nak gaduh"..dorang sambung lagi "ni jangan dok buat kuat la kat sini" kat budak stor..aku da nak tergelak dalam ati..

pehtu, datang member aku..tarik tangan aku..penyelamat keadaan..

lepas2 kes aritu, naseb baek x kena panggil ngan HR, aku kalo selisih ngan mamat tu, aku buat dunno aje..malas aku nak layan gengster kampong ni..

Wednesday, July 1, 2009

AUTOMATIC CARS FOR DRIVING TESTS AFTER AMENDMENTS TO TWO ACTS


By end of this year, the learner driver will be able to sit for his driving test using an automatic car .Read the full news from Bernama below.
AUTOMATIC CARS FOR DRIVING TESTS AFTER AMENDMENTS TO TWO ACTS.

Learner drivers sitting for driving licence tests would be able to use automatic cars once two road transport acts are amended, the Dewan Rakyat was told Monday.

Deputy Transport minister Datuk Robert Lau Hoi Chew said the two Acts to be amended are The Road Transport Act 1987 and provisions under the Driving Licence regulations 1994.

“The proposal is expected to be implemented by end of the year,” said Lau when answering a question by Norah Abd Rahman (BN-Tanjong Manis) at the Dewan Rakyat here today.

Norah had wanted to know when the government would allow learner drivers to use automatic cars when attending driving licence tests, just like what was practiced in other countries.

Lau added that the amendments would include a special clause to identify drivers who used automatic cars for their tests.

“If the learner driver decides to sit for his driving test using an automatic car, then he or she will only be allowed to drive automatic cars,” he said.

The Road Transport Department (JPJ) would also restructure the modules for learner drivers, teaching methods and driving classes.

->>
giler lawak aku baca benda ni..aiyoyo jpj, bagi le adventure cikit..
akak aku penah cakap, orang besa bawak manual, xde masalah nak bawak auto..
tapi orang bawak auto, ade problem especially nak menten clutch..

rugi aje la kalo buat undang2 ni, melaenkan under few circumstance..
contoh nye, orang OKU atau orang tua contohnyer above 50 nak ambik lesen, xpe la kalo jpj nak luluskan undang2 ni khas untuk dorang..

aku slalu bawak keta manual, tapi seriously aku prefer auto lagi2 bler ade jam..tapi sekarang ni aku teringin nak pakai keta yang ade paddle shifter..