Friday, July 30, 2010

Public fone



Telefon awam yang kaler biru atau kuning..

Pergghhhh klasik gila...

Dulu, di public fone la aku bergayut di zaman aku sekolah...di zaman aku digelar hero remaja..

Zaman itu, memang perlu cari public fone paling sunyi supaya jelas bercakap..

Bercakap plak kena la dengan nada slow gila..baru la romantik..hanya untuk si dia dengar..

Dalam poket seluar jeans lusuh aku, penuh dengan duit syiling..minimum adalah rm2..

Kepala selalunya dihulur sedalam mungkin..mungkin untuk mendapatkan feel..



Tapi sekarang??

Public fone makin pupus..

Yang rosak lebih banyak dari yang berfungsi..

Public fone lebih kepada fungsi notice board..di mana iklan bilik sewa dan iklan peminjam wang ditampal bersilih ganti..

Remaja muda mudi semakin kurang bergayut di telefon awam..



Di situ, aku nak mention beberapa kelebihan public fone semoga tradisi bergayut di public fone berkekalan..

Kelebihan call awek dengan public fone berbanding handphone

1. sanggup keluar umah tengah malam untuk bergayut..konon2nya sanggup bersusah payah.

2. sambil bergayut tu, boley kutuk2 orang sebelah yang 'cakap kuat' or watever...

3. boley budget berapa ringgit habis time calling awek..so perbelanjaan berhemat..

4. boley tengok perangai kaki gayut di public fone..

5. membentuk sifat penyabar apabila terpaksa beratur panjang untuk guna public fone.

6. dapat melatih kaki supaya tahan berdiri untuk sekurang-kurangnya 1/2 jam..

7. berminat untuk kumpul duit syiling untuk dijadikan modal bergayut..

8. sanggup beli gula2 hack 2bijik(10sen) semata-mata hendak baki 90sen untuk bergayut

9. memberi turn kepada makcik2 yang terdesak nak menggunakan publis fone..

10. mampu membentuk badan mengikut ruang2 kosong di celah2 public fone..

Wednesday, July 28, 2010

Kelas master aku

Sekarang ni hidup aku sebagai budak master full time + engineer sangat2 la busy..

Kalo tak de keje, gua study..kalo tak study, gua cari penyakit..

Sampai ada orang komen muka gua tension la sangat..nak buat camna..pressure tu tersangat2 tinggi..

Berkaitan kelas master aku, kelas aku around 40-50++ budak..separuh dari kelas adalah foreign student..lagi separuh adalah malaysian..

Dari sume malaysian tu, ramai yang dari universiti luar..yang dulu buat degree tempat lain..budak U aku yang direct sambung tak ramai la..banyak keja dulu sebab nak bagi kewangan stabil..

Boley kata, hampir separuh malaysian yang dalam kelas aku sume berumor..jenis yang dah biasa bekerja di industry..

Foreigner plak suma dalam late 20's atau early 30's..hampir semua ada indstry experience..

Tentang kelas master plak, lecturer ajar...perghhh bapak laju giler..berdesup2 maklumat masuk dalam otak aku tanpa sempat dikunyah sehadam-hadamnya...

Monday, July 26, 2010

Ariel dan Luna

weekend aritu aku baru sempat tengok gambar Ariel dan Luna..


perghhh..itu aje yang mampu aku lafazkan...


patut la hot giler gambar ni..


*aku rasa macam nak bagi penyepak je kat tuan punya gambar ni..betol2 kelakar nak mampus..hahahah..


Ubah gaya hidup

petrol naik harga..gula pon naik harga..diesel pon naik harga..

lagi 2bulan aje kita nak raya, so sah2 biskut2 raya bertamah2 mahal dan tiket bas naik harga...fed-up aku..rasa macam bingai aje..

jadi apa boley buat, ubah gaya hidup


*basikal mountainbike ber-cover set RXZ.. dari FB Mr Khairul..

Friday, July 23, 2010

Aku bukan Unta

semester pertama sebagai budak master ni, aku ambik 3subjek teras + 1subjek umum..ambik 12kredit aje..malas nak carry banyak2 macam unta kat padang pasir..

salah satu subjek tu adalah adv eng math..korang paham kan shortform..aku tak mau tulis nama penuh, kang2 free2 aje orang google terkeluar blog aku..

subjek ni tough la..setiap minggu ada quiz..mungkin untuk semua orang sentiasa alert & tak study last minit sebelum pergi jawab test..



nak dijadikan cerita, time aku dengan kawan aku tengah lepak2 di working station aku(yang mana dikongsi oleh ramai orang), tertiba ada brader final sem master ni datang tegur kawan aku..

Brader : Study Adv Eng Math ke???

Member : A'ah..

Aku : (toleh pandang brader tu)

Brader : ala, senang aja subjek ni..saya dulu skor A..kamu boley tak skor A??

Aku : ermm..boley la kot..(sambil tersenyum kelat)



then brader tu sembang la 'pang pom pang'(cakap banyak atau sembang kuat) pasal dia dulu..yang kunun2nya dia la yang paling excellent dalam kelas..kemudian, kawan aku bertanya..

Member : soalan2 dia susah tak??

Brader : susah la jugakk..

Member : ramai tak yang skor??

Brader : kalo yang budak baru first time ambik, skor biasa2 je..sapa yang ambik second round, skor A la..

Dipendekkan cerita, brader tu pon blah dari meja aku setelah berborak..Kemudian aku tanya kepada member aku..

Aku : eh, tadi brader tu cakap "sapa yang ambik second round dapat skor A kan??

Member : a'ahh..

Aku : ntoh2 brader tu ambek second round kot tu yang konfident cakap dia dapat A..

Member & Aku : hahahahaa...

Wednesday, July 21, 2010

Seksi ke Seksa?

gambar ni aku cilok dari wall fb kawan aku..tu bukan gambar yang dia snap..aku tak tawu dia segan nak mengaku ke apa..tapi yang pasti ayat pertama yang keluar dari mulut aku "Perghhh..berMUSCLE tu.."




dan ayat terakhir aku "dah macam model tayar MICHELIN"




salahkah mulut puaka aku untuk mengkritik penampilan awek itu atau salah awek tu kerana berpakai jarang sehingga menampakkan lebihan2 lemak yang tidak terbakar???

Tuesday, July 20, 2010

Amanah

Terima kasih daun keladi kepada brader Alan kerana melantik aku sebagai Admin dan Officer KAMI SOKONG PERMAINAN CANTIK (SAMBA,TOTAL FOOTBALL,ATTACKING)..

Aku akan cuba melaksanakan tanggunjawab ini sebaik mungkin dan cuba mencurahkan segala idea tentang bolasepak ke dalam page tu..Semoga sume orang akan lebih menghargai permainan cantik dalam bola sepak.

Korang semua are welcomed to join it..

Friday, July 16, 2010

Jari Telunjuk


setiap kali laungan itu berkumandang di tv

pasti jari telunjuk dituju ke atas sementara jari2 yang lain digenggam

dulu aku tidak mengerti apakah maksud semua itu

aku pikir

ini pasti tema baru

seumpama casino di sentosa island

yang pastinya akan menenggelamkan casino di genting highland



rupanya, sekarang baru aku paham

jari telunjuk itu maksudnya harga barang naik

jari yang biasa digunakan bagi mengarah orang

dan pastinya bila harga barang naik tapi gaji tak naik2, inflasi akan naik

rakyat akan naik darah

rambut kelabu(grey hair) akan bertambah



tapi pasti ada tali barut yang menyokong perkara itu

kerana bagi mereka

sokongan itu penting untuk senang naik pangkat

dan pabila naik pangkat, segala keputusan penting pasti ditentukan oleh mereka

pabila di atas meja terletaknya sekeping kertas

dan di tangan, digenggamnya sebatang pen

sambil diselitkan satu cheque

sebagai tanda terima kasih



sementara, orang kebanyakan merana

merana dan terus merana

dan pabila jurang kemiskinan semakin melebar

mula la jari telunjuk itu menuduh kesalahan itu adalah dari orang lain

Tuesday, July 13, 2010

World cup 2010..

WTF team feveret aku kalah..argghhh..tak pe abaikan..2014 nanti, sila jumpa lagi di Brasil..congrate to Espana sebab menang world cup walaopon ada beberapa scene yang agak kontroversi..

Walaupon world cup kali ni agak boring terutamanya di peringkat kumpulan, tapi still ada beberapa benda yang aku paling ingat pasal world cup edisi 2010 ni..

no1..
Germany National Team..walaweyhhh..marvellous giler dorang main..betol2 Total Football..Gol berduyun-duyun masuk sampai menangis-nangis supporter England & Argentina..



no2..
Maradona..coach Argentina..second best football player sepanjang zaman..ex-drug addict..mulut lancang..siap janji lagi, kalo Argentina menang, dia nak lari bogel satu Buenos Aires..



no3..
Paul si sotong psikik..pakar mem-predict result..dah macam iklan digi dahh...



no4..
Vuvuzela yang sangat-sangat bising..volume tv terpaksa dikuatkan semata-mata nak dengar komen pengulas dengan jelas..



no5..
Bola Jabulani yang sungguh unpredictable..bukti dia, tanya saja Robert Green yang tengah sakit perut tu..





no6..
Poser2 bola sedunia yang terhegeh-hegeh nak sokong team kuat tanpa tahu pon kesebelasan utama team dia..



no7..
Kejatuhan pemakai jersi no10..jersi no10 adalah playmaker setiap team..player paling power akan pakai no10..Messi, Rooney, Kaka dan beberapa pemain lagi antara pemakai jersi keramat tu..tapi salute kepada sneijder & forlan yang jugak pemakai jersi no10

Saturday, July 10, 2010

Twilight : cerita 2

ini bukan review filem TWILIGHT..harap jangan kecewa


Tadi gua berjaya melayan TWILIGHT : ECLIPSE kat wayang area skudai..dekat aje..ade la 10minit dari kolej gua..wayang kecik je, tapi ok la..better ada dari takde kan kan kan??

Aku tak mau review filem..yer la, gua pon tak reti sangat review2 benda ni..kadang2 ada cerita gua layan, tapi orang lain kata cerita tu haprak..ada cerita gua rasa betol2 haprak takde storyline, tapi ada orang cakap action dalam movie tu gempak tahap king kong..

Tadi time pergi tengok tu, gua rasa gua satu2nya lelaki solo perseorangan yang tengok movie di wayang yang full-house tu..yang lain2nya, adalah couple atau sekelompok awek2 atau segerombolan kawanan lelaki dan wanita...

Then, aku dok seat baris belakang skali..senang cikit nak ubah2 kedudukan badan tanpa hirau pandangan orang lain tergangggu(kalo aku dok baris tengah)..sebelah aku ada couple yang muka agak matang seperti orang bekerja..si awek dok sebelah aku..manakala si balak dok sebelah awek die(of course la kan)..

Yang membuatkan aku agak berbulu dengan couple tu adalah si awek tu nak mentarbiahkan balak die yang tak penah tengok TWILIGHT sblm ni..tapi masalahnya balak die takde knowledge atau tak penah ambik port pon pasal movie tu..awek tu boley plak buat sinopsis TWILIGHT & NEW MOON kepada balak dia..dan, suara dia tu berkumandang masuk ke gegendang telinga..annoying beb..annoying..

Gua datang tengok movie tu sebab nak layan feeling..nak ber-resonance atau menyamai frekuensi hati dan perasaan aku yang sememangnya jiwang..bukannya nak dengar orang tumpang ber-sinopsis kat sebelah cuping telinga kanan aku...

Sampai aku terkata dalam hati, "haisshhh palat betol...kalo camni la, better aku beli dvd..pasang kat laptop n taruk headset kat telinga..pasang volume kuat2 sambil tutup lampu..baru feel.."

Owhh..by the way..kalo nak tarbiah balak untuk layan TWILIGHT, beli la dvd kat dia..kalo dia layan terus ECLIPSE tapi takde knowledge, memang kena pakai RAM tinggi baru boley pick up..

Friday, July 9, 2010

Twilight


*post ini ditulis sebelum aku pi tengok eclipse..so kalo korang expect aku tulis review..jangan harap laaa....

Perghhh...gua rasa kolot giler beb..orang lain ternanti2 ECLIPSE keluar semalam, gua baru terhegeh2 cari dvd TWILIGHT-1 & NEW MOON ari rabu lepas..

Baru datang iltizam untuk melayan cerita ni..

Terhegeh2 nak tengok apa yang orang kata seronok sangat movie ni..

By the way, aku lambat tengok movie ni bukan hape, bila aku tanya orang, apa yang best sangat ngan TWILIGHT tu?? dorang a.k.a kawan2 perempuan aku cakap "hero dia KA-CHO(kacak + macho) bhai"..jadi disebabkan aku masih lurus, so what the heck(kata hati jantanku) aku nak tengok movie tu sebab hero dia hensem..

So, selama dua malam..yup...rabu malam kamis aku tengok TWILIGHT..kamis malam jumaat aku tengok NEW MOON..dan malam ni, jumaat malam sabtu, gua harap2 ada tiket available lagi untuk ECLIPSE...

* yes hero die memang hensem..heroin pon cun..cerita jiwang level macam ni aku boley layan..

Monday, July 5, 2010

Buy through online

ermm...sekarang ni banyak bisnes through online(thru on9)..even akak aku pon ada bisnes thru on9 jugak..

aku pon penah beli barang through online..tapi tak kerap pon..

cuma aku nak nasihatkan, be aware la dengan bisnes online..sebab ada macam2 jenis penjual barang thru on9..

ada yang memang betol penjual, ada yang kaki kelentong, ada yang jual mahal, ada yang jual harga standard tapi low quality dan seribu satu macam jenis penjual..

senang cerita, before korang beli barang tu thru on9, cek dulu market price harga berapa..for example, ada orang jual jam..aku beli jam tu tahun lepas..ngam-ngam 12bulan yang sudah kat carrefour seberang jaya..harga rm19.90..tapi orang tu jual kat on9 harga rm30(campur post delivery)..mahal kan???

aku baru-baru ni beli jersey kat jerseyloverz.com ..brader yang jual tu add aku kat FB sebab aku dulu rajin komen kat page2 yang berkaitan bola..bukan aku nak promo ke hape..tapi dalam web tu, brader tu snap gambar betol2 detail..so korang boley tengok detail kain tu..

and before aku beli, aku dah check jersi tu kat area skudai..kalo nak dapat kualiti sebijik cam brader tu jual, ade la dalam rm68..brader tu jual campur post caj dalam rm50..so aku sambar je la..

berkaitan camne nak trace penipu ke tak tu, aku tak reti nak story..tapi kalo korang jumpa orang yang jenis beria-ria nak jual atau push2 korang, korang jangan layan..your money, not their money..

and lagi satu, kalo benda tu harga beribu2, please la..jangan beli thru on9..kalo nak beli jugak thru on9, better kalo korang book di web, blog atau FB orang tu..and korang kata nak pi ambik by-hand sendiri kat seller tu..suruh die tunjuk barang dulu, korang test pegang and tengok sume and negotiate pasal harga..kalo both side pueh hati, baru deal..

Friday, July 2, 2010

Siri Menyampah 5

Siri menyampah kembali...ho ho liaoo...

Aku MENYAMPAH kepada segelintir manusia yang dieksploitasi oleh pihak2 tertentu untuk berdemonstrasi..

apabila mereka itu adalah orang kampung..yang kurang jelas terhadap sesuatu isu..yang mana mereka mengharapkan berita arus perdana untuk mengetahui perkembangan tanahair..

yang mana mereka hanya mengetahui berita dari satu pihak..

aku MENYAMPAH apabila mereka 'dipaksa' untuk berdemo di tengah panas..tanpa sebarang khemah di atas kepala..

aku MENYAMPAH pabila mereka 'diprovokasi' oleh pihak2 yang mempunyai kepentingan tertentu..

aku MENYAMPAH pabila tiada siasatan yang dilakukan tentang perkara itu..biar la siasatan dilakukan dahulu baru dihukum siapa salah siapa benar..

Ini tak, pantang dikritik sedikit, pasti ada yang melenting..padahal kritikan ada dua jenis, kritikan membina dan kritikan yang merendah-rendahkan..

Wake up my people..let justice reveals it..

*ada demo yang aku setuju n ada yang tak..post ini untuk demo yang aku tak setuju

Kepada perempuan itu

Terima kasih sebab dah buang masa aku..

Terima kasih sebab mainkan perasaan aku..

Terima kasih sebab text aku time aku tido & aku terpaksa membalas sms dalam keadaan separuh sedar..

Terima kasih sebab janji nak kawen dengan aku..

Terima kasih sebab buat aku terasa bangang..

Terima kasih sebab berjaya buat aku syok..walaopun aku rasa time tu, ko memang syok kat aku..

Memang aku terasa palat sangat..

And last but not least, terima kasih sebab sayang kat aku walaupon sekejap