Friday, August 13, 2010

Sori lama tak update

Memang betol la orang cakap..bila bekerja ni, hidup memang menjadi busy tahap gaban..

Tambahan plak aku yang buat tiga keja dalam satu masa = keja part time + student part time + supervisor final year project 5orang budak degree..

Serius letih..Tiap2 kali balik bilik, rasa nak bukak baju + pasang kipas no5 dan tido sepuas hati...

Sekarang ni keja aku kat stage DESIGN..yang mana memang kena sangat2 ngan jiwa aku yang suka Design benda walaupon kadang2 benda tu tak cukup kriteria yang diperlukan..

So terpaksa la re-do 5,6,7,8 kali..yang mana keja re-do la yang paling palat skali..yang mana idea asal kita terpaksa diubah..kadang2 sebab alasan simple aja macam kenapa pakai CIRCLE??kenapa tak pakai RECTANGULAR..

So kepada mereka di luar sana yang masih student full time, enjoy your life..pergi la jalan puas2 satu malaysia selagi belum bekerja

Thursday, August 5, 2010

Soal Jawab

Siapa tengok rancangan SOAL JAWAB semalam???

Isu semalam adalah pasal "politik di kampus"..

Panel jemput sorang timbalan menteri(kalo tak silap aku la) & sorang bekas naib canselor sebuah universiti(ex NC)..

Yang si menteri tu, yang aku rasa sah2 penyokong parti kerajaan bukan main beria2 nak benarkan mahasiswa& mahasiswi terlibat dalam politik..

Tapi yang si ex NC cukup membangkan politik di kampus..yang di mana idea politik di kampus itu merujuk kepada ahli2 politik di luar sana bebas untuk mendekati mahasiswa, dan mahasiswa bebas untuk berkempen dan menyertai sebarang rapat-umum atau ceramah politik di luar sana...

Aku cukup tabik dengan ex NC tu sebab dia jujur..dia sendiri mengakui yang kalo dibenarkan parti politik menubuhkan cawangan2 di universiti, pasti penyokong parti pembangkang lebih ramai dari parti kerajaan..

Sedangkan si timbalan menteri tu sibuk mengeluarkan kenyataan yang bagi aku, kurang bijak..yang mana dia tidak menjawab soalan tapi lebih kepada mengalihkan soalan itu..Sorry to said, tapi nampak sangat2 yang ex NC itu lebih bijak dalam berkata2 berbanding pak menteri itu..

Sibuk sangat nak benarkan budak2 berpolitik..biarlah dorang abis dulu belajar...nanti bila dah graduate, bila masuk alam di luar sana, nak berkempen sampai naik atas pentas pon tak apa..