Monday, May 31, 2010

Vacation

yeah2..keje belum start..peluh belum keluar..pusat belum berdaki(bukan berdaki= mendaki puncak everest tu)..dan gaji pon belum dapat..

tapi dalam kepala aku dah terlintas pasal vacation..

jeles seyh..

budak kos aku..

ade geng chinese yang rapat ngan aku, dorang pergi taiwan..lama jugak la dorang dok sane..abes dekat 3.1k..

amoi kelas aku, yang tak rapat sangat ngan aku walaupon senegeri, gambar profile die ngan balak die posing kat krabi, thailand..aiyoyoyoo...jeles sial..

sorang budak pompuan kls aku pergi buat umrah..wahh, best2..dapat berjalan sambil beramal..


so target aku, tahun depan aku dapat bercuti ke sipadan island..



then tahun kemudiannya, aku dapat pergi krabi..

Saturday, May 29, 2010

from Penang Bridge to Johore Causeway

ke "dari Laksa Penang ke Laksa Johor?"



Pehhh..ni post terakhir untuk segment 'home sweet home'..


Aku akan kembali ke johore setelah 1bulan bercuti..yup, lebih kurang ngam2 1bulan cuti..kembali ke sana untuk kerja kedua dalam sejarah idop aku..kerja pertama dulu adalah time aku abes matrik, yang mana aku bosan nak mampus kat umah so aku apply la keje kat Giant sebagai Sales Assistant..


Dulu..time keje pertama aku, time tu demam world cup 2006..
sekarang..untuk keje kedua aku ni, time ni pulak demam world cup 2010..



Perasaan kali ni lain cikit berbanding perasaan time abes cuti2 sem atau cuti mid-sem..perasaan kali ni, "da cukup ready ke aku nak keja ni?"..berbanding perasaan di satu masa dahulu "aku boley ke idop kat johore?"..


Dulu, time world cup 2006(sebenarnye start dari world cup 1998 la), aku sokong ITALIA..tapi disebabkan prestasi kurang memberangsangkan ITALY time Euro2008, aku tukar sokong BRAZIL sekarang ni..


Dulu, problem cikit, aku call bapak aku mintak dia bank-in duit..tapi sekarang ni, aku terpaksa la pandai2 nak idop..maybe untuk 1st month, ade la kot belanjawan cikit untuk anak tersayang ni..ahehe..


Ada orang tanya aku, "Pasai pa hang tak mintak keja kat Penang ja??"..aku jawap la "sekarang ni nak dapat keja pon susah, ni kira baguih la lecturer aku tolong rekemen aku..takpa la 1st job, kumpul pengalaman puas2 dulu"

Thursday, May 27, 2010

Toyota Vios

soalan pertama...
tahukah anda, di fillipina dan indonesia serta beberapa negara lain menggunakan TOYOTA VIOS sebagai taxi mereka??

jawapan pertama...
yup..kalo anda tak tawu, mungkin anda kurang melayan sinetron, drama atau soap opera dari negara2 ASEAN



soalan kedua...
tahukah anda, di indonesia dan phillipine, ada model vios dengan enjin 1.3L dan 1.5L sedangkan di malaysia hanya 1.5L..

jawapan kedua...
mungkin TOYOTA tak keluarkan vios 1.3L kat malaysia kerana tak mau orang tukar2 sparepart enjin VIOS dengan MYVI..seperti yang diketahui ramai, TOYOTA-DAIHATSU ada share yang besar dalam PERODUA..so, kalo TOYOTA ade keluarkan VIOS dalam variance 1.3L, kalo engine breakdown, sah2 orang tukar pakai sparepart PERODUA yang semestinya lagi murah(kerana untuk menyokong orang membeli kereta tempatan)..

kebanyakan pengeluar2 kereta sekarang, for example HONDA..setiap model yang pakai engine 2.4L macam HONDA STREAM dan HONDA ACCORD berkongsi engine yang sama atas pelbagai sebab seperti ease maintenance, boley kongsi sparepart, senang nak buat troubleshooting, berkongsi mould(acuan) yang sama dan lain-lain..



soalan ketiga..dan jawapan yang dihimpun sekaligus
tahukan anda, kalo anda meng-wikipedia TOYOTA VIOS..dan bila anda scroll ke bawah, ada perkataan DUGONG pada model VIOS baru..yup, memang VIOS baru agak dugong kalo takde spoiler..the best part, kat perkataan DUGONG tu ada hyperlink dan bila di-klik, die akan pergi ke wikipedia DUGONG..haha..damn..




yup..jangan lupa, harga kereta foreign mahal di negara kita sebab ada polisi dan akta untuk mem-protect kereta nasional

Wednesday, May 26, 2010

Statement kul 2.25am

aku dapat dari page - AGAINST "Everybody Draw Mohammed Day!"

dari Afiq Khalil

When u attack Black people,they call it racism.
When u attack Jewish people,they call it anti-semetism.
When u attack women,they call it sexism.
When u attack homosexuality,they call it intolerance.
When u attack a Country, they call it treason.
When u attack a religious sect,they call it hate.
When they attack the Prophet Mohammed,they call it freedom of speech?

(make it your status if you care)


ini sebab posting dari page against dot..dot..dot tu


Facebook is banning pages created by Muslims against Jews. (“May 20 – Everybody Ridicule & Draw Holocaust Day”)

In this example, Facebook banned a Page with-in 20 minutes of its reporting by jews. Facebook has not removed the blasphemous page from the website. i.e. Everybody Draw Mohammed Day! despite the protest of a large number of Muslims.



*xtawu betol ke tak baru 20minit dah di-mati-kan sebab aku tgk '16 hours ago'


aku tawu dorang memang kurang ajar..

Tuesday, May 25, 2010

Kuku besi vs demokrasi

kuku besi vs demokrasi??

perasan atau tak, kita sentiasa disogok oleh Barat yang kunun2nyer "democracy is the best leadership or the best way to rule your country"..

jawapannya yang sebenar-benarnya adalah tidak..dalam firasat aku la..well, kita kan bebas untuk menyuarakan sesuatu..

demokrasi yang aku paham la, lebih kepada sesuatu kepimpinan yang ditentukan melalui pilihan raya yang mana pelbagai parti akan diundi untuk dilantik memimpin..

kuku besi yang aku paham, lebih kepada kepimpinan yang tak boley dipersoalkan..lebih 'keras'..(bunyi macam kuku besi a.k.a autocracy cam hampeh giler kan??)



ok aku ambik satu example ke dua example?haha..lantak la labu..

di china..sistem pemerintahan adalah autokrasi atau lebih tepat, communist system..yang mana, apa kerajaan tentukan, rakyat tiada hak untuk membangkang..kerajaan dah pikir apa yang terbaik untuk rakyat dan negara..

di india pulak..sistem pemerintahan adalah sistem demokrasi..people have rights to choose their own leader..bunyi macam aman tenteram bagaikan hutan hujan tropika..


tetapi..

dua negara yang mempunyai penduduk teramai di dunia ni sangat2 berbeza..

china..soon to be kuasa ekonomi terbesar di dunia..sedangkan..
india..semakin susah dan susah..



di china..facebook, youtube dan sume 'laman sesawang' di-block semata2 kerajaan tak nak rakyat disogok dengan keburukan mereka..di india, aku tak tawu la, tapi banyak orang yang ada degree kat sana jadi driver teksi..


and dalam sistem demokrasi, KADANG2 perkara yang bagus di mata kerajaan terpaksa melalui pelbagai stage sebelum diluluskan..tu pon kalo dapat undi 2/3..


aku malas nak defend democracy sebab kat luar sana, dah ramai sangat pejuang democracy..so, mungkin speech dorang adalah lebih menarik dari post blog aku..

pikir2kan la..

~the best leadership style is the mixture between autocratic and democracy~



dan sebab demokrasi jugak, adira kalah time konsert finale af..argghh,damn..

Monday, May 24, 2010

The Best Job In The World


entah la..ala2 documentary series baru kat channel 553..

aku tertarik dengan tajuk die.."The Best Job In The World"

tiap2 orang ada dream job memasing..for example,

aku ~ suka keje benda2 design atau lebih tepat, buat benda baru

kawan aku, no1 ~ suka keje bahagian Quality Control yang mana memang aku tak suka langsung

kawan aku, no2 ~ suka keje maintenance flight a.k.a kapal torbang

so, senang cerita, kerje yang ideal untuk setiap orang tak sama..macam taek la, setiap orang berak kaler taek lain2..



how u define 'the best job'??

-> duk opis?
-> masuk keje, kemudian punch card dan kemudian keluar minum kopi selama 1jam?
-> bermain2 dengan adobe photoshop?
-> shooting gambar model?
-> jadi 'anak ikan' untuk mak datin?
-> have your own business??
-> kerja off-shore
-> jadi penyanyi!?
-> keje dengan Donald Trump?

bagi aku, aku suka kerja yang boley travel..not as salesman..tapi macam melawat site, pergi melawat supplier..buat spot-check..boley jumpa ramai orang..develop benda baru..

oh lupa nak bagitawu, alhamdulillah aku dah dapat kerja..tapi aku kembali ke jB la..tak pe la, kumpul experience..kalo takde experience, camne nak dapat gaji besau..

Sunday, May 23, 2010

Air Cooler



Semalam..aku teman mak aku pergi cari kipas sebenarnyer..ala, kipas yang standing tu..tup tup sampai kat kedai letrik tu, ada benda lagi best dari kipas..iaitu AIR COOLER atau nama2 lain macam air evaporator, air refreshener dan bla bla bla..

then, setelah aku kawtim ngan mak aku, kitaorang pon decide la nak sambar model ape ntoh..ok la, sejuk yang mem-puas hati..

betol2 before angkat air cooler tu,

si salesman cina tu cakap.."ohh ini u boley taruk ais jugak taw!"(instead of water)

aku tanya.."ohh, ais dengan air mana lagi syiokk?"

si salesman tu jawab.."lebih kurang saja..u boley taruk air, air sejuk dan ais..tapi
kalo u mau angin keluar tu wangi, u boley taruk air teh bunga"


aku berbisik dalam hati " celake betol..buat lawak lak ngan aku..haha"



anyway, salesman tu friendly..

nanti ada orang cakap, salesman mesti la friendly..kalo tak friendly camne nak jual barang..

aku jawab ni, memang la friendly, tapi kalo hari tu, kalo die kerja dari kul9-5, die dapat 20customers yang cerewet dan perangai ntoh ape2 ntoh, mesti la die tension time die handle aku..ahaha..aku tak cerewet..dun wori salesman di luar sana


congrate to inter milan sebab menang champions league

Friday, May 21, 2010

Iklan



ada sesetengah iklan, aku tengok iklan tu dengan teliti..sebab kadang2 dari iklan tu, dah cukup story suma benda..

for example, iklan toyota prius yang ada binatang dua ekor naik basikal..iaitu 'bateri' dan 'petrol'..kalo perasan, masa mula2 bergerak, just si 'bateri' tu aje kayuh besakal..then biler naik bukit, 'petrol' dan 'bateri' sama2 kayuh beskal dan biler turun bukit, dua2 binatang tu lepas pedal basikal so basikal turun tanpa di-paddle..

memang dari iklan tu, memang diberitahu konsep sebenar apa tu hybrid engine yang mana macam mana 'bateri' or 'electric' bergerak sekali dengan 'petrol'..

tapi dalam manyak2 iklan, aku akan cepat2 tukar channel bila ade iklan pad orang pompuan..entah la, segan kot..ahaks

Tuesday, May 18, 2010

Penang vs Non-Penang


semalam..aku dengan dua lagi kawan baek aku pergi batu feringhi..lama tak jumpa especially sorang tu, so dia la yang paling banyak topik..aku lebih kepada listener ja semalam..


time on the way balek kat area2 Jelutong Expressway(J.E haha..serius J.E nama die), tiba2 member aku hangen satu badan..die cakap, die paling menyampah orang Penang pergi tempat lain sembang slang lain..in most cases, pergi kL and cakap kL la..member aku siap buat confession lagi sebab die takkan cakap kL sebab bila orang kL datang Penang, dorang tak cakap Penang..so what's the point die nak ber-asimilasi dengan slang kL..


then aku cool down la campur kipas2 nak bagi sejuk die..


aku cakap la, tak salah pon kalo kita pi tempat orang dan kita cakap slang dia..for example, kalo korang pergi padang besar, korang kena la cakap betol2 piau(pure) perghlis(perlis) untuk dapat the best price..kalo kat ujung2 ayat ada perkataan 'ke' or 'ek' instead of 'ka'


for example:
berapa ek harga jersi ni?? ~ek
yeerrr ke?? ~ke
betoi ka?? ~ka


ok ni cerita betol..kawan aku orang penang, die pergi padang besar dengan sorang lagi kawan die budak perlis..bayangkan kat kedai yang sama, kawan aku dapat beli harga barang tu rm20, tapi si budak perlis tu dapat harga rm10..boley nampak tak beza harga die..
bak kata member aku 'normal la orang berniaga, nampak orang luaq cikit, start la nak katok'


and lagi, kalo ko dah duduk satu tempat yang slang die berlainan dari slang ko, tak salah pon ko belajar adapt slang baru tu..tak rugi pon..lagipon, lagi senang communication korang dengan orang tempatan kat citu..more friendly i guess..

for example, kalo korang pergi brazil, mesti la kena belajar cikit2 cakap portugese..kalo tak, memang susah nak idop

aku tawu, mesti korang kata.."ek eleh mamat ni, macam bagus aje..padahal die pon slang KeyeLLL.."..yes aku memang cakap slang KeyeLL(KL) or jB watever sebab kawan aku banyak dari negeri lain..agak2 kalo aku cakap slang utara dengan dorang, dorang paham ke??yes paham memang paham..tapi tak sume perkataan dorang paham..

Monday, May 17, 2010

GEMUKerz


G.E.M.U.K



en Zaki merangkap kawan baik aku kat FB..zaki=organiser


pre-game


ada yang belum sampai lagi..last skali adalah la dalam 20++



aku dengan kawan2 FB aku..aku yang pakai jersi malaysia..original yer..



after-game


kame hame ha..


antena kat belakang kepala aku



korang memang best!!!




Thanks kepada GEMUKerz2 sekalian sebab invite aku tengok final FA cup kat NZ curry house..thanks a lot..

GEMUKerz tu adalah...camne ek nak cakap..macam rakyat Malaysia kan dipanggil Malaysian..lebih kurang camtu la..

G.E.M.U.K = gagasan excited man united kalah..gagasan bagi sesiapa pon di malaysia ni yang benci man U tak mengira sokong pasukan mana2 pon..kalo anti man u tapi sokong team sekolah sendiri pon boley jugak join..G.E.M.U.K ditubuhkan di facebook..

time gathering ni, geng2 supporter chelsea dicampur dengan sorang fans Liverpool dan sorang lagi fans tak tawu kelab mana..

aku rase ni second time kot dorang ajak buat gathering..last time adalah time minggu lepas, time chelsea menang dengan wigan 8-0..

time lepak kat NZ curry house tu, kitaorang dok betol2 depan skrin besar..tension je tengok game tu, berlambak2 shoot kena tiang..aku pon tak taw berapa kali aku cakar muka aku..

korang memang rock giler malam tu..

Wednesday, May 12, 2010

Pengemis

*sila baca dari perspektif aku..




Pengemis..aku benci pengemis2 yang hanya duduk DIAM tanpa berusaha mencari duit..


minggu lepas, di pasar malam depan rumah aku..


ada dua orang yang duduk di tengah2 lautan manusia..


orang pertama : seorang bermain keyboard sambil mata tertutup kerana buta..ada kole a.k.a mug plastik di hadapannya..


orang kedua : seorang lagi hanya memegang kole sambil menayangkan ketidakupayaan dia..


Aku pon mengeluarkan duit sedikit dari wallet aku dan aku hulur ke kole orang pertama..tapi untuk orang kedua, aku tak hulur apa2 pon..


Bunyi macam kejam kan??


Yess, aku memang kejam sebab aku hanya akan tolong orang yang berusaha..walaupon mungkin muzik yang die main tu biase aje..tapi aku rase berbaloi hulur duit kat die..secara tak langsung, dia akan bersemangat untuk memperbaiki mutu nyanyian dia..


Rather than orang yang sekadar meletakkan kole..aku tak suke..


Paling aku tak suka, dulu kat bazar ramadhan masjid bayan baru, ada sorang pompuan myanmar(pelarian unicef kot) memegang kole di sebelah tangan sambil lagi sebelah tangan mengkendong bayi die..die tetap di port sama tiap2 hari, walaupon pada hari tu hujan renyai..


Sebab aku berpegang kepada "Sesungguhnya Allah SWT tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."


rase lagi puas derma lima henget kat orang2 O.K.U yang mintak kita beli tisu daripada die..tisu berapa la duit sangat..yang penting die berusaha dan membuatkan kita bagi tu ade value..


~aku tawu korang akan pikir dari sudut lain..like, die kena bawak anak kecik die sebab takde sape nak tolong jaga..die dah berusaha ler tu, siap tebal muke lagi..bla3..~


~well, kita bebas untuk berpikir~

Monday, May 10, 2010

G8



hp baru gua..macam iPhone la..haha...ala, budget pon tak tinggi pon..plan asal nak tukar hp time dah bekerja nanti..tapi dah kronik sangat skrin aku tu..

CSL G8 wifi..takde 3g..ala, aku pon bukannyer buat video call pon..just sebelum ni, 3g tu membantu untuk hantar text msg lagi laju..tp wifi aku slalu gune..

hp lame aku dah tak dapat diselamatkan, skrin totally out..blackout..takde kedai nak angkat..taik betol..nak repair pon dalam seratus lebih cikit..

Saturday, May 8, 2010

Bubbye hp Lama

hp aku mempunyai penyakit..


no1..speaker tersumbat ke hape..terpakse la aku gune loudspeaker..
penyakit ni dah dua bulan jadi

no2..biler hp aku di-slide tutup, button arrow tak boley gune..
baru 1bulan jadi..

no3..biler hp aku di-slide tutup, lampu automatik black-out..
baru 1minggu jadi..

no4..skrin bermasalah..
baru 1hari jadi..


hampeh arr..sekarang ni, kalo terima call, aku tak boley buat loudspeaker..kalo call out boleyyy je..

text msg???tersangat2 kura-kura..

Thursday, May 6, 2010

Ulat Tiket

Semalam..dalam Aduan Rakyat tv3..ade sentuh pasal isu ulat tiket..


ade la si reporter tu interbiu beberapa orang, dorang cakap, dorang kena paksa beli tiket dengan ulat..


aku ade tips cikit, tapi tak taw la membantu ke tak..aku ade ajar kat cousin aku, harap2 cousin aku tu ingat la..



no1..
kalo anda dihampiri ulat tiket, cakap aje "da beli"..


no2..
kalo dia buat2 tak paham bahasa, tunjuk aje 'tiket2 bas yang lama2'..ala die bukannyer tengok pon tarikh tu..


no3..
simpan tiket2 bas yang lama kalo nak buat trick no2..tapi, make sure tiket2 lama tu masih suci dan murni serta keras..tak mau ade kelepet2 atau dah nak lunyai..


no4..
buat muka brutal..tak mau tersengih2 macam kerang busuk..


no5..
anda ade duit..duit tu kepunyaan anda..jadi, anda yangg tentukan nak beli tiket dari ulat ke tak..

Tuesday, May 4, 2010

Nak Tunggu Sampai Biler

sekarang ni, melayu tak semestinya islam..dan islam tak semestinya melayu



nak tunggu sampai biler baru nak ambik tindakan..

sampai ketua cawangan parti dot.dot.dot berduyun2 jalan langkah seiringan ke balai polis untuk buat repot?




die cakap macam melayu, orang tulis kat wall FB die pon dalam bahasa melayu..so aku rase melayu atheis kot..

Dear F

Dear F..

I harap U peminat setia blog i..

I dah ade kat Penang sekarang..bila kte nak hang-out ni..ermm..

I text u, tapi u tak reply..Fb u pon dah berapa hari tak terusik..

U sakit ke?? kalo sakit, bagitawu la I..

frankly said, I tak tawu berapa lama I ada kat Penang..

Hari tu, U tanya I, "apa yang I expect dari relationship kita?"

I jawab "something special"

U tak paham "special??"

I jawab "sebagai BFF"

padahal I nak aje tulis sebagai "BF"



sori, lupa nak bagitawu..I memang alergik cikit dengan awek2 yang cun ni..sebab selagi I stay single, selagi tu I akan terus alergik..

bila nampak awek cun aje, terus I gatal2 nak kaco..so, I harap, U dapat jadi pengubat I la..

Monday, May 3, 2010

Penang..


*separuh muka gua



2 may 2010..

aku kembali bermastautin di penang..ho yeah ho yeah..berapa lama??entah la..aku tak tawuu..selagi ade yangg sudi nak penuhi kesunyian kat hati aku ni, selagi tu aku ade kat penang..

apa plan besok, erm..gi giant jap..cari benda2 kat bawah ni..
no1..syampoo rambut...
no2..rak buku...
no3..ubat ketiak..
no4..hati orang...


oh lupe..chelsea menang..YES!