Friday, July 16, 2010

Jari Telunjuk


setiap kali laungan itu berkumandang di tv

pasti jari telunjuk dituju ke atas sementara jari2 yang lain digenggam

dulu aku tidak mengerti apakah maksud semua itu

aku pikir

ini pasti tema baru

seumpama casino di sentosa island

yang pastinya akan menenggelamkan casino di genting highland



rupanya, sekarang baru aku paham

jari telunjuk itu maksudnya harga barang naik

jari yang biasa digunakan bagi mengarah orang

dan pastinya bila harga barang naik tapi gaji tak naik2, inflasi akan naik

rakyat akan naik darah

rambut kelabu(grey hair) akan bertambah



tapi pasti ada tali barut yang menyokong perkara itu

kerana bagi mereka

sokongan itu penting untuk senang naik pangkat

dan pabila naik pangkat, segala keputusan penting pasti ditentukan oleh mereka

pabila di atas meja terletaknya sekeping kertas

dan di tangan, digenggamnya sebatang pen

sambil diselitkan satu cheque

sebagai tanda terima kasih



sementara, orang kebanyakan merana

merana dan terus merana

dan pabila jurang kemiskinan semakin melebar

mula la jari telunjuk itu menuduh kesalahan itu adalah dari orang lain

No comments: