Monday, March 15, 2010

Warkah Buat Alice In The Wonderland

Ke hadapan adinda Alice yang dirindui..


Kakanda Amirul(nama betol aku) di sini sehat wa’alfiat..


Kakanda begitu meminati adinda terutamanya sebab adinda ade taik lalat kat atas mulut..Adakah adinda juga meminati kakanda yang hensem boley laa ni..


Tiap2 kali kakanda makan mee magee, pasti kakanda akan mengingati adinda yang berambut kerinting blonde..


Kakanda ada sebijik motor kapcai..tapi jangan salah paham, kakanda bukan nyer mat rempit atau V3 samseng jalanan yang membosankan tu..kakanda suka memakai motor kapcai sebab nanti bila adinda tumpang motor kakanda, adinda boley peluk perut kakanda yang six-pack ini..itu jika dipeluk sebelum kita keluar date makan..kalo selepas makan pulak, perut kakanda agak comel ke depan seperti gaya seorang askar pencen..


Lupa pulak kakanda nak ceritakan baka keturunan kakanda..Kakanda ini berketurunan 50% melayu, 25% jawo dan 25% benggali..adinda pula mat salleh celup..mesti nanti anak kita comel2 macam kucing parsi..


Diharap nanti, selepas kawin, susah senang kita akan tetap bersama..kalo magee abes, diharap adinda sudi memasak magee menggunakan rambut adinda..rambut kekanda kurang sesuai kerana agak2 halus dan hanya sesuai dijadikan berus mewarna anak-anak kita nanti..


Mengenai nama anak-anak kita nanti, anak pertama kalo lelaki, kakanda mahu namakan Ali sebab muka anak pertama selalunya iras2 muka ibunya..manakala kalo anak pertama kita perempuan, kakanda bercadang hendak namakan anak kita tu Ali’zee sempena nama pemenang reality show tu..kakanda suka benar melihat dia menari tergedik-gedik dalam video “La Isla Bonita”


Diharap adinda jangan la kuat bermimpi lagi kerana dikhuatiri mimpi adinda akan terganggu dengan dengkuran kakanda..


Pecah kaca, Pecah gelas..
Lepas baca, harap balas..

(nanti lepas kawin, jangan pulak balik gelas kat kakanda kalo ade cop lipstick kat kolar kakanda)





2 comments:

oniechan said...

da tengok ke alice in wonderland?waah..mahu tengok jugak!

esofagus said...

da2..best