Monday, November 30, 2009

Full Review Barcelona 1 R.Madrid 0

Line Up
Casillas
S.Ramos – Pepe – R.Albiol – Arbeloa
X.Alonso – Lass
Ronaldo – Kaka – Marcelo
Higuain

V.Valdes
D.Alves – Pique – Puyol – Abidal
Sergio
Keita – Xavi
Messi – Henry – Iniesta

Zlatan Ibrahimovic berada di bangku simpanan..
Pertembungan yang paling ditunggu-tunggu tahun ini..
El Classico..
Barcelona vs Real Madrid..
Messi vs Ronaldo??
Venue : Nou Camp yang merupakan antara stadium terbesar di Eropah..

Menurut sumber yang boley dipercayai, Zlatan tidak fit 100%, jadi Iniesta akan bermain di tempat Henry. Manakala Henry bermain sebagai CF..Kemungkinan pada 2nd half, Keita akan diganti dengan Zlatan dan Zlatan akan bermain sebagai CF dan Iniesta akan seiring dan sejalan dengan Xavi di bahagian midfield..

Strategi Real Madrid yang mana mereka menggunakan Higuain sebagai lone striker adalah disebabkan strategi mereka yang ingin menggunakan kepantasan Higuain, Ronaldo dan Kaka ketika counter attack..X.Alonso dan Lass diletakkan di bahagian defensive midfield bagi menyukarkan pergerakan Xavi dan Keita..

Minit 4, Kaka lorong bola kepada higuain..tapi nak tercapai oleh akalmu..valdes kutip bola..

Minit 6, dari kiri, Ronaldo lorong bola kepada Kaka..tapi x sampai..bola tu terus meluncur ke arah Marcelo, Marcelo sepak ke langit..

Minit 8, foul terhadap pepe oleh messi..tak padan dengan kecik..

Minit 8, Messi memulakan aksi lipas kudung die di bahagian tengah dan melorongkan bola kepada Henry di sebelah kiri..Henry merembat lemah..Casillas pon terkam bola..

Minit 9, Xavi shoot jauh ke penonton..nampaknya, die begitu menghargai sokongan peminat2 nya dengan memberikan mereka bola..

Minit 11, foul dari Sergio terhadap Ronaldo..Ronaldo macam biase la, dengan gaya poyo die untuk mengambil free kick..Free kick kena benteng..pening kepala defender selepas bola tu kena direct ke muka..

Minit 12, S.Ramos buat through ball kepada Higuain..Higuain offside..

Mini 13, Iniesta lob ball kepada xavi..bola laju sangat..xavi tak mampu mengejar sebab die x cukup laju..

Perlawanan berlangsung agak pantas..macam biasa, penguasaan bola dikuasai oleh Barcelona, manakala Madrid lebih cenderung melakukan counter attack..

Dapat diperhatikan, Sergio sentiasa marking Ronaldo..bak lagu Radja, “aku ada kerana kau ada”

Minit 19..Marcelo backheel kepada kaka..kaka potong pique..then through ball kepada ronaldo di sebelah kanan dia..ronaldo merembat..valdes tepis dengan kaki kanan die..corner pertama untuk Madrid..

Minit 20, ronaldo backheel kepada kaka..kaka one by one ngan valdes..valdes lebih pantas meluru keluar untuk clear kan bola..

Strategi Madrid untuk menyerang secara counter attack nampaknya menjadi walaupun scoreline masih 0-0..

Minit 25, kaka lorong bola kepada Marcelo di sebelah kiri die..marcelo sempat sepak tapi puyol datang blocked dengan badan die..satu lagi peluang keemasan untuk Madrid..

Minit 27, Henry offside ketika tunggu Iniesta lob ball kepada die..
Da 2x Player Barca offside, sementara 1x offside untuk player Real

Minit 31, again Henry offside..laju sangat kot??

Minit 33, foul terhadap Messi oleh Arbeloa..Kad kuning dilayangkan..

Minit 36, through ball kepada Henry..Henry shoot tapi berjaya ditumbuk oleh Casillas..

Minit 37, Iniesta dapat through ball dari Xavi..die merembat dengan kaki kiri..Casillas berjaya save..

Perlawanan semakin mengancam..

Henry offside lagi..ape la sengal die ni..Pellegerini(coach madrid) nampaknya berpuas hati dengan off side trap yang dirancangnya..

Minit 40, kad kuning untuk albiol..hand ball di tengah2 padang..maybe die nak tiru skill terbaru Henry kot??

Minit 42, Iniesta kena foul..keadaan tegang..Ronaldo datang la nak memeriahkan suasana..iniesta menepuk dada ronaldo mungkin untuk memprovokasi ronaldo..

Minit 44, Marcelo merembat lemah..bak kata commentator “easy for victor valdes”..

Masa kecederaan 1minit..Barcelona through ball..cuba teka sape offside?? Henry!!ya tepat sekali..

Half time 0-0
Posession bola : 65% Barcelona, 35% madrid..

Sementara tunggu half time, aku lepak layan video Barcelona vs Real Madrid 3-3 time tahun 2006/2007..Messi Hat-trick, Nistelrooy 2 bijik, Sergio Ramos 1bijik



Second half bermula..Barcelona kick-off..

Minit 46, Iniesta cross bola dari kiri..Albiol clear kan bola dengan header..
Ketika ini, kelihatan Raul dan Ibrahimovic sedang panas kan badan..

Minit 48,Kad kuning utk lass

Minit 50, Sergio bertembung dgn ronaldo di tengah padang..sergio dapat kad kuning..

Kelihatan bayangan Ibracadabra di tepi padang..die masuk menggantikan Henry(yang kini menduduki ranking no1 palyer paling kuat offside dalam game ini..tahniah henry)..ramalan penulis yang iniesta akan shift ke tengah tidak menjadi kenyataan..

Minit 52, counter attack Madrid..ronaldo through ball kepada higuain..higuain berjaya tipoo abidal , namun macam biase brader puyol menyelamatkan keadaan dengan tackle terbang die…

Minit 55, dani alves lob ball kepada ibra yang berjaya meloloskan diri dari pepe dam albiol..ibra membuat 1st timer dengan kaki kiri die..GOLLLLLLLL…satu nou camp bergegar..

Game makin rancak..Barcelona cuba mencari gol kedua yang pastinya akan men-sentot-kan semangat player Madrid..Kelihatan benzema sedang memanaskan badan..

Minit 62, Sergio mengutip kad kuning kedua sebab halang bola dengan tangan..terus keluar..sekarang Madrid mempunyai kelebihan bilangan pemain..

Minit 64, ronaldo cuba mendapatkan penalty..tak berjaya..

Minit 65, Marcelo cross dari sebelah kiri..ronaldo head..tapi bola tersasar..

Nampaknya tu aksi terakhir ronaldo..benzema masuk menggantikan ronaldo..

Yaya toure masuk menggantikan keita..ini dipercayai bagi memadatkan bahagian tengah Barcelona yang kekurangan seorang player..Iniesta turun ke tengah padang..sekarang Barcelona sedang bermain dengan hanya 2 penyerang iaitu ibra dan messi..

Minit 68, messi gelek pepe..pepe pon jatuh kan messi..pepe dapat reward iaitu kad kuning..

Peluang keemasan..pique x berjaya head bola ke dalam gol..

Minit 69, kaka dribble dari kiri.. through ball kepada benzema, benzema rembat..abang puyol menyelamatkan keadaan..game sudah panas..

Minit 70, benzema berjaya take one-on-one terhadap dani alves..then, cut dengan kaki kanan die lalu shoot…bola melayang2..nampaknya Madrid menghadapi kesukaran untuk melakukan percubaan tepat sebab adanyer abang berambut ketak iaitu puyol..

Minit 72, raul bersedia untuk masuk padang bagi mengantikan arbeloa..real Madrid bermain dengan 3 defender sahaja sekarang atau marcelo turun ke bawah ganti tempat arbeloa..anyway, madrid tengah full attack minded

Minit 75, xavi through ball kpd abidal yang overlap kaw2 cam Roberto carlos..abidal shoot leret , bola tersasar di penjuru kanan gol
Barcelona masih tenang mengawal perlawanan..macam tak terase kurang sorang..

Minit 77, corner kick..ramos menanduk bola tapi tersasar..ape dah mamat tarzan ni..

Minit 78,Marcelo kena kad kuning selepas tackle abang puyol..

Minit 80, corner kick ke4 madrid..alonso ambik..raul deflect bola ke dalam..benzema sepak tinggi sebab die ingat die main rugby..banggang betol..

Aku terpikir kenape Madrid x masukkan granero bagi menambah sengat di bahagian serangan..tak pon drenthe ke bagi menambahkan penguasaan di bahagian sayap..

Minit 85, kamera focus seat vip..kelihatan muke laporta ceria, manakala florentino perez buat muka toya..

Minit 88, counter attack oleh barca..dani alves through ball..ibrahimovic one by one dgn casillas..shoot dengan kaki kiri die..casillas blocked ngan kaki..What a miss by ibra..

lass kena kad kuning kedua..lepas membantai kaki xavi..lass keluar..10 lawan 10 sekarang..

extra time 3 minit..

foul tehadap messi di hadapan kotak penalty Barcelona oleh xabi Alonso..player barcelona delay2 masa..

PReittttttttttt…wisel berbunyi..full time 1-0..Barcelona menang dengan jaringan Ibrahimovic..

Abis aje game, bile kamera zoom ke seat vip, didapati florentino perez da ciao..maybe die menggunakan alasan yang die nak terkucil kepada tuan rumah iaitu laporta..

No comments: