Wednesday, June 23, 2010

Selamat tinggal Penjara Pudu



runtuhannya sebuah penjara..yang menyimpan begitu banyak sejarah...


kata protester :
penjara pudu perlu dikekalkan..ia adalah satu warisan..

kata pak menteri :
penjara itu bukan warisan..tiada apa yang perlu dibanggakan dengan sebuah penjara..


yess..penjara pudu bukannya satu artifak yang patut kita bangga-banggakan..tetapi penjara pudu adalah satu bentuk monumen keadilan..di mana pesalah seperti botak chin digantung sampai mati..


satu monumen yang perlu dikekalkan bagi mewujudkan rasa gentar di hati mereka yang teringin membuat onar dan menganggu kesejahteraan negara..


masih ingatkah ketika kecil, ketika kita masih kanak-kanak yang memakai pampers tiada jenama, setiap kali kita nakal, pasti mak/ayah kita akan kata "HAH, buat la jahat..nanti polis datang dan hantar masuk JAIL!"..dan pasti kita yang walaupon masih berak dalam pampers, akan cepat-cepat menjadi baik walaupon untuk tempoh 5minit kerana takut akan masuk JAIL..


jadi selepas ini, pabila tiada lagi Penjara Pudu, mungkin akan kurang rasa gentar di hati anak2 muda yang merempit pada pukul 3pagi di Jalan Hang Tuah dan Jalan Pudu..kerana monumen ITU sudah tiada..


Penjara Pudu dilupuskan atas nama pembangunan..tapi kenapa club di Bukit Bintang tak dilupuskan??kenapa and why?? adakah kerana club-club itu membayar cukai sedangkan Penjara Pudu itu perlu dikeluarkan lagi duit dari poket untuk dijaga maintenance-nya?


Atau barangkali club-club itu simbol kemodenan Kuala Lumpur??Sementara Penjara Pudu itu simbol kejahatan rakyat-rakyat Malaysia yang pernah dihukum penjara atau dihukum bunuh di situ...

2 comments:

nabila said...

huhuhu..kat pekan kuala kangsar ni kan..padang bola tibe2 dibina dewan..sedangkan dah ade dewan dah besar kt pekan kuale ni...herm..nape ek???
pembangunan ape nye??? huhuhuh

esofagus said...

yup nabila..sekarang ni, padang2 untuk orang nak ber-rekreasi dah berkurang..

camna nak galakkan rakyat sihat tubuh badan dan rapatkan silaturahim kalo padang2 camtu takde..

padang bola jugak buat benda lain..kenduri, netball, event ape2..

bongok arr orang2 tertentu tu