Tuesday, June 29, 2010

Menjadi Pelajar Kembali

Alhamdulillah..hari ni, aku dah settlekan pendaftaran sebagai pelajar Master..dalam bidang yang sama jugak, Mechanical Engineering..

Pendaftaran simple aje..Mungkin sebab suma dah matang, tambahan plak aku buat degree kat tempat yang sama..so, macam2 benda aku save..medical check-up tak payah buat, yuran dapat diskaun rm100(yuran alumni aku tak payah bayar), ada dokumen tak lengkap tapi dorang lepaskan(hehehe)..

So ok la..biaso aje...cuma satu benda aje aku tak puas hati, wht the heck gambar aku senget..pak cik fotographer tu saje je nak sabotaj aku..tak pasal2 gambar aku ada sudut padahal gambar orang lain ok je straight dari depan..

So lepas ni, kehidupan paling baru akan bermula..Engineer yang bekerja sambil belajar..hope i can cope with both pressure :)

Saturday, June 26, 2010

Spanar 17

Ni cerita hari jumaat a.k.a semalam..

Gua baru balek dari pejabat LHDN JB..staf kaunter bawah ok jer senyum..staf kaunter atas bukan ke main ketat muka dia..susah sangat nak senyum..yer la, tahu la muka aku tengah berminyak time tu..

Ok ok, balik saja, aku singgah pi kedai hardware..motifnya sebab aku nak beli spanar saiz 17..aku pergi kedai hardware..ada spanar tulis 'drop-forged' dan ada tulis 'chrome-vanadium'..ok, bagi mereka di luar sana yang tak tahu apa beza antara dua jenis spanar tu, sebenarnya 'chrome-vanadium' tu adalah bahan UTAMA untuk spanar manakala 'drop-forged' tu adalah teknik penghasilan spanar tu..



Yang membezakan spanar yang berharga rm5 dengan rm20 adalah bahan additive(perkataan yang selalu dipakai dalam iklan petrol..poyo sangat nak guna 'english yang di-melayu-kan'..padahal boleh je pakai bahan tambahan) dan rawatan haba..

Atau dalam erti kata lain, kalo korang just guna kadang2 aje, beli aje la yang rm5 macam aku beli..tapi kalo korang memang keja kat workshop, better beli yang mahal..lagi durabi(erkkk, aku cuba melayu-kan perkataan durable) atau lagi tahan lama..

ok..di situ aku dah abis rm5..balik je ofis, kepit barang yang aku nak bukak tu kat clamp(ragum meja)..aku tolak nat tu dengan spanar..haram ketat nak mampuihh..then aku henjut2 pulak macam orang tengah berasmaradana..pon tak boleh..

Last2, aku pergi kedai keta, aku suruh mekanik bukak kan..5nat=rm3 burn..sia2 aje aku beli spanar tadi..tapi serius cakap, nat tu memang ketat nak mampus..kena dua orang buatkan(sorang kepit kepala bolt & lagi sorang bukak nat) baru boleh bukak..cina tu pon kata "aiyyaaa, manyak ketat lorrrr"..aku dalam hati "haha, tahu tak pe..ko ingat aku saje2 suka nak hulur rm3 kat kau???"

p/s : tapi kalo dia tulis lain dari dua2 tu, contohnya Silverline, tu brand company yang produce spanar tu..so, jangan gelabah call aku kata aku tipoo..

Friday, June 25, 2010

Lagi2 Judi Sukan

Tajuk di Malaysiakini = Judi sukan: Rais jadikan Cina kambing hitam


Okie, dalam artikel tu, Lim Guan Eng cakap yang orang Cina tak penah pon request supaya judi sukan diluluskan..


Then, aku terpikir, kenapa seronok sangat nak luluskan lesen judi tu..aku tak dapat lagi vision sebelum2 ni..5minit tadi lepas aku baca, tiba2 baru la nak keluar mentol dari kepala aku..TINGGG!!(bunyi mentol muncul)


Bila judi sukan dah dihalalkan dan dilesenkan, so judi sukan tu dah menjadi satu perniagaan..Bila jadi perniagaan, boley dikenakan cukai..Bila dikenakan cukai, masuk poket sapa..Lagi tinggi profit, lagi tinggi la cukai


Tu la sebab pihak dot..dot..dot seronok sangat nak approve


Ermm..mungkin jugak sebab tak taw bila Malaysia nak participate dalam world cup..tu yang rakyat2 Malaysia diberi platform untuk 'participate' dari tanahair sendiri

Lagi kerosakan di Kompleks Mahkamah Duta


Tajuk tu aku cilok dari malaysiakini
Ayat2 kat bawah ni pon 90% sama ngan Malaysiakini..ada yang aku ubah-ubah supaya tak skema sangat bunyi dia..


Pada 30 April, 2007 - tiga hari sebelum pembukaan rasminya, SILING PANEL TERMASUK LAMPU-LAMPUNYA RUNTUH.

Seminggu kemudian, REKAHAN sepanjang tiga meter kelihatan di luar Mahkamah Majistret Empat.

Selain itu, sepanjang Mei 2007 pula, SISTEM AIR-COND mengalami masalah, berlaku TAKDA KAREN dan juga SISTEM PEMBENTUNGAN MELIMPAH(yukkksssss!).

Pagi semalam, SILING kompleks Mahkamah Kuala Lumpur roboh hari ini menyebabkan kafeteria bangunan itu dibanjiri air kerana SALURAN PAIP PECAH(kebocoran kali kedua).

Pengarah Mahkamah Kuala Lumpur Azizah Mahamud berkata runtuhan itu berlaku berikutan tekanan air terlalu tinggi dan kerosakan itu telah diperbaiki kontraktor yang bertanggungjawab melakukan kerja-kerja penyelenggaraan.

Kebocoran yang dikatakan berlaku semalam, tetapi telah dibaiki dan siap kira-kira jam 5 pagi ini.

Namun ia bocor kembali dua setengah jam kemudian iaitu pada jam 7.30 pagi ini.


Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Datuk Seri Judin Abdul Karim ketika mengulas kejadian itu berkata, kebocoran tersebut disebabkan penutup paip yang pecah dan bahan yang digunakan tidak mengikut spesifikasi.


**JOM GELAK RAMAI2..WAKAKAKKAKAKAKA....**
**CANGGIH LA SANGAT**
**FOR SURE 500JUTA TU ADA BOCOR KAT KIRI KANAN, DEPAN BELAKANG**
**TAMIA A A, WAKA WAKA A A..**

Wednesday, June 23, 2010

Selamat tinggal Penjara Pudu



runtuhannya sebuah penjara..yang menyimpan begitu banyak sejarah...


kata protester :
penjara pudu perlu dikekalkan..ia adalah satu warisan..

kata pak menteri :
penjara itu bukan warisan..tiada apa yang perlu dibanggakan dengan sebuah penjara..


yess..penjara pudu bukannya satu artifak yang patut kita bangga-banggakan..tetapi penjara pudu adalah satu bentuk monumen keadilan..di mana pesalah seperti botak chin digantung sampai mati..


satu monumen yang perlu dikekalkan bagi mewujudkan rasa gentar di hati mereka yang teringin membuat onar dan menganggu kesejahteraan negara..


masih ingatkah ketika kecil, ketika kita masih kanak-kanak yang memakai pampers tiada jenama, setiap kali kita nakal, pasti mak/ayah kita akan kata "HAH, buat la jahat..nanti polis datang dan hantar masuk JAIL!"..dan pasti kita yang walaupon masih berak dalam pampers, akan cepat-cepat menjadi baik walaupon untuk tempoh 5minit kerana takut akan masuk JAIL..


jadi selepas ini, pabila tiada lagi Penjara Pudu, mungkin akan kurang rasa gentar di hati anak2 muda yang merempit pada pukul 3pagi di Jalan Hang Tuah dan Jalan Pudu..kerana monumen ITU sudah tiada..


Penjara Pudu dilupuskan atas nama pembangunan..tapi kenapa club di Bukit Bintang tak dilupuskan??kenapa and why?? adakah kerana club-club itu membayar cukai sedangkan Penjara Pudu itu perlu dikeluarkan lagi duit dari poket untuk dijaga maintenance-nya?


Atau barangkali club-club itu simbol kemodenan Kuala Lumpur??Sementara Penjara Pudu itu simbol kejahatan rakyat-rakyat Malaysia yang pernah dihukum penjara atau dihukum bunuh di situ...

Tuesday, June 22, 2010

World Cup

dari saat aku kenal apa itu bola sepak(ketika aku berumo 6tahun bila Bapa aku bawak aku tengok team negeri Perlis training) sehingga la aku dah ada rupa orang yang bekerjaya ni, aku dah lalui 4world cup iaitu world cup 98, world cup 2002, world cup 2006 dan world cup 2010..

*shahidan pokai??erkk..time aku pra-skol, orang lain pegang..


world cup 94 aku tak tawu apa2 sebab aku masih budak pra-sekolah TAPI yang aku tawu satu benda aja pasal world cup 94 iaitu Roberto Baggio a.k.a player feveret abang aku..mungkin sebab rambut ekor kuda die kot?

*roberto baggio


World cup 98, time tu yang aku tawu hanyalah Beckham, Shearer, Owen, Carlos Valderamma, Kluivert, satu team Holland, Vieri, Ronaldo(brazil) dan Zidane(selepas dia head dua bijik goal time finale)..itu je la..zaman gua darjah 5..lebih sokong sebab orang lain sokong..tapi entah la camne satu team Holland gua boley ingat player2 dia..padahal surrounding gua, sume orang sokong Italy, Brazil, Jerman dan Argentina..

aku sokong : England time tu tapi gua tak tawu satu team 11st eleven England time tu..tapi gua tawu 11st eleven Holland..

*carlos valderamma


World cup 2002, demam bola sepak di kalangan warga Asia..aku ingat lagi Mak aku bagi green light untuk aku tengok sume game walaupon tahun tu aku ambik PMR dan kerana aku di sekolah yang elite..tapi Mak aku begitu memahami hati anak kecil die ni..player2 bola makin banyak yang aku kenal(walaupon dorang tak kenal aku)..and hasilnya, aku skor 7A 1B(B = untuk subjek agama) dalam PMR..gumbira..

aku sokong : Italy walaopon sampai sekarang aku still tak puas hati sebab Italy kena kick out dari tournament 2002 dengan South Korea(campur bantuan ref gemuk)..gua menangis Italy terkeluar..

*cilaka ponyer korea


World cup 2006, aku baru lepas matrikulasi time tu..cuti 2bulan aku habiskan dengan keja part-time di Giant Bayan Baru dan tengok bola..still gua support Italy disebabkan influence Totti a.k.a Roman gladiator..sampai ke sekarang, Totti antara player feveret aku sepanjang zaman..tapi tournament tu aku sempat tengok smpai game hape ntoh..ermm, sampai game Holland vs Portugal..sebab start aje quarter final, gua dah kena orientasi kat UTM..sume game gua terlepas..harapkan member text message result game Italy untuk aku..

aku sokong : Italy..champion maaa..what can i say..

*totti angkat piala milo


World cup 2010, harrkkk tuih...takde keja aku nak sokong Italy..Totti dah tarak..Italy main hampeh..defense and attack sume teruk..so, gua berubah angin..aku jenis sokong team yang main efficient..tak kesah sangat fancy macam club Barcelona main ke hape..sana sini orang sokong Spain..gua tak suka ikot arus..so gua sokong Brazil yang main tak lawa sangat pon, tapi efficient..

aku sokong : Brazil..kita tengok!!!

Sunday, June 20, 2010

Surat Berantai

rasanya, dalam hidup, dah banyak sangat surat berantai yang kita dapat..

kalo trend dulu, orang bagi flyer tentang bla3x dan yang paling haprak skali, kat hujung flyer tu tertulis, sekiranya anda tidak mengedarkan 20salinan kepada orang lain, anda akan dapat kecelakaan dalam tempoh 1minggu..

tapi trend sekarang, berlambak2 dalam message inbox FB aku atau orang buat notes dan kemudian tagged aku..aku bace intro sekejap dan terus aku bukak benda lain..sebabnya takda masa aku nak percaya benda2 camtu..

yup, kebanyakkan benda surat layang tu cerita tentang amal ibadat..dan kemudian die akan cerita effect terhadap beberapa orang macam


#1 "Zulfikar Ali Bhuno telah menerima surat wasiat ini dan tidak percaya akan
kebenarannya juga menganggap palsu lalu membuangnya ke dalam tong sampah.
seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati"

hujah aku : hukuman pancung sampai mati..selalunya atas kesalahan berat tu.sah2 la mamat tu kena sebab die buat jenayah..kalo die dok umah elok2 layan world cup, takkan tiba2 nak kena hukum pancung..satu lagi, dah pancung kepala..of coz mesti sampai mati..ape ko ingat ni cicak kepala putus ke?


#2 "tan sri ghazali, bekas menteri besar negeri *** secara tidak langsung dipecat dari jawatannya kerana apabila beliau menerima wasiat ini beliau terlupa mencetak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain tetapi beliau telah menyedari kesilapannya lalu beliau mencetak semula wasiat ini dan mengirimkannya kepada orang lain, beberapa
hari kemudian beliau telah dilantik menteri Kabinet Perdana Menteri."

hujah aku : kalo dah performance baek punyer, for sure naek pangkat kan???walaupon pada masa sekarang ni, ko jadi kaki ampu pon dah boley naek pangkat


#3 "di Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiat ini dari
pengirim yang tidak dikenali yang datangnya dari Perak lalu beliau membuat sebanyak 20
salinan seperti yang dituntut. Alhamdulillah dia dianugerahkan oleh Allah seorang gadis
berakhlak mulia seperti yang dituntut oleh Islam. baginya anugerah ini paling agung dan
tidak ada tandingannya."

hujah aku : kalo dah jodoh..tak ke mana kan??


#4 "Di Terengganu juga, seorang hamba Allah telah menerima surat ini dari orang yang tidak dikenali tetapi beliau tidak mengendahkannya dengan mengatakan ianya bohong belaka dan sengaja mengada-adakan untuk menakutkan orang yang membacanya. Beberapa hari
kemudian dia telah mendapat penyakit ganjil dan penderitaanya amat menyedihkan. setelah
tiga minggu mendapat rawatan rapi di hospital, penyakitnya sukar juga diubati oleh doktor. Akhirnya beliau teringat akan wasiat ini dan mengedarkannya kepada orang lain.
Semingu kemudian barulah beliau beransur sembuh sehingga sekarang."

hujah aku : aikk, terengganu lagi??ni nak sabotaj orang ganu ke hape ni..penyakit tu datang bersebab..sihat atau sakit tu bukan kuasa kita..



kalo niat korang forward sebab nak ingatkan orang tentang ibadat, banyak cara lain lagi..tapi kalo niat korang takut sebab wasiat tu ada superpower, aku rasa akidah korang dah tergugat dah..sebab yang berkuasa tu hanyalah ALLAH S.W.T..

Ok bottom line..kalo korang still nak forward benda2 camni..dipersilakan..

Friday, June 18, 2010

Setahun sudah berlalu

18 june 2009..setahun yang lepas..

kawan baek aku dah pergi..meninggal dunia..

kawan baek sejak dari zaman matrik(2005-2006)..4tahun aku dengan arwah kamcing..selalu aje dok blok sekali, cuma tingkat lain2..

walaupon aku asal Penang dan arwah asal Kuala Selangor, kita orang memang kamcing abes..even kalo ada problem ngan ehem2 pon, aku gak tolong2 bagi settle cikit2..

aku dengan arwah sama fakulti, cume kos asing2..kalo selisih tengah jalan pon, still boley lepak jap borak2 sambil buat lawak..walaupon lawak aku tak kelakar mana pon, arwah tetap ambik ati dengan senyum atau gelak..

aku tak nak luahkan kesedihan aku, sebab kang mata aku berair..berair bukan sebab masuk habuk tapi berair sebab teringat persahabatan aku..

tadi, awek arwah paste lagu Avril Lavigne - When You're Gone..sedih beb..sedih..sebab no1, lagu tu memang lagu feveret arwah..no2, paham2 aje la maksud lagu tu..



dude, kalo ko ada lagi, mesti kita ambik scroll sekali time konvo bulan 9 ni..

kalo ko ada lagi & still ada jodoh ngan awek ko, mesti nanti time ko kawen, ko mintak aku jadi pengapit..aku tak kesah dude..ko hepi = aku hepi..

kalo ko ada lagi, mesti tiap2 hari ko borak ngan aku pasal world cup..



sori aku tak sempat pergi tahlil arwah ko..sebak beb..sebak

sori jugak sebab kadang2 aku melawak kasar ngan ko..

ok la, aku tak mau sedih2..idup kene terus.. ='(

Thursday, June 17, 2010

Speaking kung king

1st of all..aku pon tak power pon English, so maafkan aje la grammar aku..post ni takde niat nak aibkan orang, just as reminder aje pon..


cerita berbulan2 lepas..

ayat sorang mamat ni di wall aku..angkara tak puas hati dengan pengadil(ref) botak lagi mangkuk hayun..

pengomen(bukan nama sebenar) : "weyy, panas hati gila aku dengan ref tu..buyers giler"

then aku selit, "bro, bukan BUYERS la..tapi BIASED =D "





cerita semalam..

selepas kekalahan Spain, post ni dipost oleh mamat yang anti penyokong Spain yang sebilangannya adalah glory-hunter..(glory-hunter = bila dah kuat and jadi champion, tetiba plak mamat/minah tu mengaku fans fanatik)

abang kacak(bukan nama sebenar) : "raining european champions......ramai yg kate spain akan menang world cup ni.team lain diorang xpandang,brazil pun ramai gak yg predict..."

Aku : "reigning la bro" ·

abang kacak : "ha,ha....yes,remaining european champions.tp team yg menang euro xsemestinye menang world cup.kite tgk la nanti."

Brader XY (bukan nama sebenar): "reigning champions lerrr..=D"

abang kacak : "sorry semue.maklum la bahasa inggeris xpandai."


p/s : kalo anda rase ragu2, better try taip dulu kat google untuk cari maksud atau bukak kamus..boley elak dari dapat malu free

Wednesday, June 16, 2010

Quote BM-BI

kadang2 aku tak paham beb..dok pehe sungguh..

aritu, time wirawan GAZA selamat pulang ke tanah air, wartawan ada keluarkan ayat yang membuatkan aku tergelak2

"bagaimana agaknya perasaan keluarga mereka(wirawan) ketika mendapat berita tentang serang ke atas kapal misi bantuan tersebut..kalaulah semua rakyat Malaysia 'berada di dalam kasut mereka'...bla3.."

berada di dalam kasut mereka?? ko ingat ni cerita 'honey, i shrunk the kids' ke??
berada di dalam kasut = if you were in my shoes

kenapa tak guna saja ayat "kalaulah rakyat Malaysia dapat meyelami perasaan keluarga wirawan2".. ni nak jugak guna English yang di-Melayu-kan tu..geli aku..



weekend baru lepas pulak, gua baca newspaper..terkeluar ayat dari artikel tu
"pelajar-pelajar di IPT hendaklah 'berfikir di luar kotak' bagi mencapai aspirasi.. bla3.."

berfikir di luar kotak = thinking out of the box

kenapa tak guna aje, "berfikir di luar skop"?? kan senang,,ape dahhh..

Tuesday, June 15, 2010

Soalan Gelas

ada satu soalan dalam Formspring

Q : mana satu yg btol??? separuh penuh @ separuh kosong?


jawapan aku

A : pada pdgn aku, itu bergantung kepada mentaliti = perfectionist or opportunist..opportunist akan pandang sebagai separuh penuh..perfectionist akan pandang sebagai separuh kosong



rasanya takda pon jawapan yang betol atau salah dalam soalan tu..soalan tu lebih kepada nak tengok mindset somebody tu..nothing wrong about being an opportunist or a perfectionist..

kalo orang tanya aku, ermmmmmmmmm...aku rasa aku more on opportunist..sebab rugi beb tak sambar peluang..lain la kalo peluang tu macam orang hulur botol todi kat aku, memang aku tak pandang pon benda tu sebagai opportunity..dan satu lagi, tu peluang penjahanam orang..

tapi, perfection penting dalam hidup..walaupon kita jarang dapat satu keadaan yang ideal..contohnya masa aku belajar thermodynamic, selalunya kita akan anggap sesuatu sistem tu ideal atau orang panggil perFek! sebab nak memudahkan pemahaman, senang kira dan kehilangan tenaga yang terbebas sebab minor flaw adalah tersangat2 keCik..
(dan disebabkan aku more on opportunist,aku sangat2 teruk subjek thermodynamic tu :p)

Dan yang terbaek sekali antara dua2 mindset ni, of course la mixture(kata orang kimia) atau hybrid(kata orang biologi) atau composite(kata sorang mechanical engineer) atau combination(kata orang biase2)...example paling senang combination of perfectionist and opportunist, aku yang tengah single mingle ni memang ada ciri2 yang aku nak perlu ada pada bakal bini aku..tapi memang susah nak cari pompuan yang ser-perFek! tu..so, mana2 girl yang terhampir dengan ciri2 idaman aku, aku akan cuba flirt la..tak salah kan..

Monday, June 14, 2010

Telinga aku



Aku rasa telinga aku ada problem cikit la..aku susah nak concentrate perkataan orang..macam aritu, kawan aku ajak pergi rumah dia kat parit sulong, batu pahat..

member : "wei bro..datang la rumah aku ahad ni??"
aku : "ada ape event apa bro?"
member : "ala ada majlis khatam adik aku"
aku : "oh okie..nanti aku datang"


sampai aje umah die hari ahad..
aku : "wei bila majlis start??"
member : "owh dah lepas dah..siap ada baca yaasin lagi pastu"
aku konfuse cikit..(nanti korang tawu sebab apa)


*sekadar gambar hiasan

then lepas 30minit lebih kat rumah dia, adik kawan aku tu datang ngan pakai baju melayu..dia salam aku..aku jadi bertambah konfuse..

then lepas member aku upload gambar majlis kat facebook, baru la aku paham..


time member aku kata "majlis khatam adik aku", aku terdengar "majlis khatan adik aku"..

tu yang aku terkejut ada majlis baca yaasin..lagi aku pelik bila aku tengok adik member aku pakai baju melayu satu set..sebab dalam hati aku "bior betol budak ni, baru lpz bersunat terus pakai seluar"..



~sengal~

Friday, June 11, 2010

RMK10 dan harapanku

RMK10..ada member aku tanya aku : "apehal ko khusyuk sangat tgk RMK10?"..so aku jawab yang aku khusyuk tengok sebab "aku nak tawu planning kerajaan dalam masa 5tahun"..


aku tak nak la bersembang pasal RMK10 sebab aku pon bukannyer pakar ekonomi, just hanya graduate engineer..yang ada knowledge seciput2 kutu babi yang ditampar P.Ramlee..



tapi apa harapan aku..tak kesah la ada kaitan tak ngan RMK10, tapi yang pasti harapan aku untuk 5tahun akan datang


no1..cukup la jangan bagi minyak naik harga..sebab bila minyak naik harga, barang2 harian akan naek harga..tambang pengangkutan especially bas pon akan naek harga..TAPI gaji tak naek2..so, masalah inflasi akan meningkat menyamai 3rd world country..


no2..improve sistem pengangkutan awam..kerajaan dok rekemen orang naek public transportation tapi public transportation kadang2 lagi mahal + lagi banyak masa terbuang..


no3..kerajaan perlu mengurangkan 'pelindung' yang kerajaan beri kepada pengeluar kereta nasional terutamanya Proton..Proton telah ditubuhkan pada 1983.Proton Saga pulak dikeluarkan pada 1985..so sepatutnya, Proton(sudah berumor 27 tahun) dah boleh kuasai market south east asia..dalam masa 27tahun, SEPATUTNYA DAH banyak model2 yang berbaloi dengan harga dikeluarkan..kalo korang ada anak umo 27tahun, takkan korang still nak bela dia..mesti korang nak anak korang independent kan?


no4..daripada kerajaan dok sebok nak allowed just third party insurance utk kete umo 10++ tahun, baek kerajaan wajib kan kete malaysia ada EBD, ABS, air-bag, Disc Brake dan safety features yang lain2..


no5..cukup la satu kampus UiTM dah ada kat semua negeri..(aku bukan budak UiTM)..aku bercakap dari hati nurani aku..yes, UiTM ditubuhkan untuk bagi peluang orang melayu further study, tapi biar la ekslusif..




tu aje kot..entah la, pagi2 jumaat ni, dalam kepala dok terpikir aktiviti weekend ngan world cup aje..

Wednesday, June 9, 2010

Jersi

Aku suka jersi, tapi aku tak suka pakai jersi yang manyak orang pakai..tak kesah la aku beli ori ke tak(yess, aku penah beli jersi ori..Malaysia Nike 1st edition), aku tak suka sebab ramai sangat pakai jersi yang sama ngan aku..

So, aku prefer beli jersi golok yang rare..kelab/negara yang jarang orang pakai..

for example, valencia away kit 2006-2007(kaler itam)


chelsea away kit 2007-2008


olmpique marseille home kit 2008-2009


japan world cup 2010


aku suke pakai jersi pergi kelas, so kadang aku prefer yang rare and tak nampak poyo sangat cam jersi..so sekarang aku target jersi away korea and australia home untuk world cup

Monday, June 7, 2010

Aku Tak Suka Arab

Dalam banyak2 bangsa yang aku menyampah kat dunia ni, salah satu daripadanya adalah Arab..ada yang ok dan ada yang k.o..setakat ni aku jumpa lagi banyak yang k.o...


Dulu time aku kecik2 merangkap zaman budak hingusan, aku slalu rasa Arab tu bagus..sebab dalam drama atau movie, mesti digambarkan orang Arab ni baik..


tapi itu cuma sebilangan aje..yang lain tu macam haram..


sepanjang universiti life, kebanyakan foreigner yang aku jumpa adalah African dan Arabs..African banyak yang ok and peramah(walopon ada yang perangai sehitam warna kulit)..tapi Arab??kerek nak mampos..


kebanyakan Arabs yang aku menyampah ni, berkongsi al-sifat yang sama iaitu :


a) berlagak nak mampus

b) ingat jalan tu bapak dorang yang design

c) time susah baru panggil aku "friend"

d) ada yang perasan hensem

e) kadang2 tak reti nak ikut 'turn' a.k.a beratuq

f) sekasar2 aku main bola, dorang main lagi kasar

g) arab tak bersatu untuk palestine



* kalo awek arab ni, ade la pengecualian

Sunday, June 6, 2010

Judi Malaysia




tu gambar aku ambik dari malaysiakini

post bawah ni aku ambik dari the star..aku just masukkan yang penting2 aje..




Published: Saturday June 5, 2010 MYT 5:26:00 PM
Updated: Saturday June 5, 2010 MYT 7:37:03 PM


Vincent Tan to donate RM525mil from Ascot Sports stake sale
By NG SI HOOI

KUALA LUMPUR: Tan Sri Vincent Tan intends to donate the entire sale proceeds of the RM525mil that he expects to receive from the proposed sale to Berjaya Corporation Bhd of his 70% stake in Ascot Sports Sdn Bhd, Malaysia’s first legalised sports betting operation, to Better Malaysia Foundation.

“As a responsible member of our society, it is my belief that we return to society a part of what we have received. I have therefore strive to do my part by providing financial support and resources to people in need as well as to support various organisations with similar objectives,” he said.

He said providing scholarship and interest-free loan to students was one of the assistance would be given out by the foundation.

“The RM525mil is just a start. I hope that when I do better, I will to donate more to this foundation,” he said.

“Personally, I want this foundation to be properly monitored, and the account to be published in the newspapers.

“I want this foundation to be transparent, as transparent as possible, so that people can see what it does,” he said.

On the ban of sports betting imposed by Pakatan-ruled states - Penang, Kedah and Selangor - Tan said he would appeal to the states to reconsider the ban.

“The licence was re-issued to Ascot Sports because the Government felt that the time was right to do so in the light of the rampant growth of illegal betting operations and also because Ascot Sports had the first right of refusal to this licence if it was to be re-issued,” he said.



ni aku nak bercakap

BONGOK..Niat baik pon tapi kalo sumber die haram, tak gune la BAHALOL

tepuk tangan cikit

Saturday, June 5, 2010

Drama Melayu


drama2 melayu..so stereotype..

kebanyakan cerita mesti pasal isu dengki, dendam, adik beradik berebut harta..

ke memang cerita tu reflect perangai orang melayu sendiri??atau tu memang semulajadi manusia??

entah la Labu...

Thursday, June 3, 2010

2jam ke umo 22tahun

haha...thank kepada sorang kawan baek aku sebab text ayat tu ke henset aku..

sedap giler ayat tu..

apa yang aku dah achieved dalam tempoh setahun ni??dari jun 2009-jun 2010



no1..aku dapat 2x dean's list..

no2..aku dah dapat kerja..

no3..lecturer aku cakap suruh sambung masters..

no4..chelsea jadi double winner..

no5..henset baru touchscreen sebab henset lama aku jahanam..beli pakai duit sendiri..

no6..1 jilid thesis final year projek aku..

no7..dapat ramai kawan2 baru dari geng G.E.M.U.K..

no8..aku agak pro la kalo pasal 'physical' tulang belakang..

no9..dalam tempoh setahun ni, aku rase aku betul2 cuti 1+1+1+4minggu = 7minggu aje..

no10..dapat pakai slipar Croc..then tak sedap ati sebab orang cakap lambang Croc tu macam paham2 la..

no11..kak aku pregnant twin..dan aku baru tahu dalam keturunan aku ade twin, so sape kawen ngan aku ade potensi dapat twin la..



untuk besday aku,ermm...korang pandai2 la pikir nak bagi hadiah apa kat aku..

Wednesday, June 2, 2010

Keje day1 n day2

argghhh..susah nak kerja..lagi2 bila ko paling junior..eh silap bukan ko, tapi aku..

tiap2 hari aku kena berurusan ngan orang lagi tua dari aku..paling kecik skali gap umo adalah around 17tahun..yup 17tahun lagi tua dari aku..

hahahahahHampeh..

workstation tak dapat lagi..besok pulak meeting no3..arrgghhh...

harap2 besok time meeting, aku tak menguap macam singa laut lagi