Monday, February 15, 2010

Aku bukan racist



Susah sangat ke nak mengaku diri tu mamak..kenapa??MALU?

Aku tak paham, sesetengah tu, mengaku melayu, tapi balik umah boley pulak cakap tamil dengan family..

Ada member2 aku yang mamak ni, mengaku melayu siap bagi ayat best lagi.."dalam family aku, aku sorang aje yang gelap..adik beradik aku sume putih"..come on laa..



kalo yang dah dua-tiga keturunan da bercampur dengan melayu, boley la dikategorikan melayu..tapi ni siap boley cakap tamil lagi kat macha nasi kandar, ape cerita?

And satu lagi, aku orang Penang..tak suma orang penang ni mamak ya..so jangan buat lawak bila nampak aku, korang boley tanya aku ni mamak ke ape..

~aku bukan racist yea..aku cuma tak paham kenapa susah sangat nak mengaku~


Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam pekara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai:

1. Seorang yang beragama Islam
2. Bertutur bahasa Melayu
3. Mengamalkan adat istiadat Melayu
4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

Kereteee keneee tarikkkkkk



Aku link-kan satu artikel dari kosmo sambil aku tulis : "tak abes2 penarikan kete..sebab nak rush sangat, sanggup abaikan certain tests"

Kosmo! Online - Dunia
www.kosmo.com.my
SAO PAULO - Pengeluar kereta kedua terbesar di Brazil selepas Fiat, Volkswagen kelmarin mengumumkan penarikan balik hampir 200,000 unit model Novo Gol dan Voyage yang dikeluarkan di Brazil sebelum Julai 2009 berikutan masalah roda belakang yang mungkin boleh tertanggal.





Senior aku, Bro F
ok la tarik blk..bleh pastikan pengguna puas hati dan selamat..
aku tertanya2, proton penah x buat penarikan blk?


Aku
penah..kat savvy..ade problem bearing kt tayar..time proton tarik tu, semua org kutuk2..tup2 sekarang, toyota, honda, VW pon ade tarik kete


Bro F
toyota, honda ni dh pnah dah sblm ni tarik blk. kete2 us pon dah bese tarik blk, ford la klo xsilap aku pasal tank minyak. bnde biase je tarik ni. diorg dah biar pengguna pakai, baru nak perasan kerosakan, so tarik blk la. kadang2 rosak sket pon tarik blk jugak..

Aku
tp, aku salute la dorg tarik balek..ye la, walaopon cam malu cikit, tapi takpe la asalkan customer selamat


Bro F
haha..aku tunggu gak kalo2 proton nk tarik blk kete die yg power window xleh naik2 ni.


Aku
haha..eh, tu bukan ke trademark proton..bukan problem da..heheh



lately, banyak manufacturer kete da tarik balik beberapa model kete dorang atas problem tersendiri..

"Honda will pull back all the Jazz cars produced in 2001 until 2008. Honda says there are problems in production that can trigger of a fire."

"Toyota has just announced a huge recall. About 3.8 million vehicles are included, and that includes the 2004 to 2009 Prius hybrid. Since that's probably a fairly popular car with our readers, we thought it would be a good idea to let you know. Other models affected are: 2007 to 2010 Camry; 2005 to 2010 Avalon; 2005 to 2010 Tacoma; 2007 to 2010 Tundra; 2007 to 2010 ES 350; and 2006 to 2010 IS 250 and 2006 to 2010 IS 350"



problem2 ni berlaku mungkin disebabkan beberapa faktor(my opinion):
no1- terkejar2 nak release kereta before something..for example, before Raya Puasa, CNY yang mana ada orang yang beli kereta baru mungkin sebab nak menunjukkan kat kampung..

no2- masa yang diperuntukkan untuk car testing dikurangkan

no3- nak jimatkan kos?

no4- nak release kereta before competitor release kereta dorang

no5- da memang trademark company tu(power window erk?!)

p/s : kalo proton nak ambik new engineer, saya still available..hehe


kalo mamat British(jeremy clarkson) ni jadi CEO Proton, tak taw la apa nak jadi pasni..

Sunday, February 14, 2010

Cakap Tak Serupa Itu Bikin

Cakap tak serupa itu bikin..ini ibarat ludah ke langit 'pecuppppp' kene mulut sendiri balik


*best reporter dalam sejarah hidup aku..tak biased..

aku musykil la dengan pendirian tv3..

dalam berita utama pukul 8malam semalam, ade segmen pasal valentine day..tv3 pon interview la sorang ustaz ni tanya pasal valentine day(yang aku rasa, kalo korang tanya aku pon, aku akan bagi statement yang lebih kurang walaupun aku bukan lulusan agama)..

then, on the spot aku cakap kat bapak aku..
"kat slot berita tv3, tv3 cakap la tak elok sambut valentine day ni bla..bla..bla..
tapi boley lak buat iklan movie spesel sempena valentine day ni.."




aku paham, movie2 tu boley generate income kat tv3..tapi cam memalukan aje la kan, one moment u promo benda tu, next moment u bangkang benda alah tu..what the heck??pikir2 kang aje la..


*antara movie yang di-promo..aku tengok dari awal sampai abis..

p/s : ade orang tanye aku.."berani ek ko terus terang pasal tv tu"
aku balas balek.."aku tak rasa aku salah, sebab aku nak tegur aje.."

Saturday, February 13, 2010

14feb

Ni cerita 4tahun lepas kalo tak silap aku..time aku kat matrik penang..



Pompuan : awak sambut tak 14feb ni?

Aku : sambut..nape?

Pompuan : awak tawu tak, kita tak boleh sambut 14feb..

Aku : takkan salah kot saya nak sambut..

Pompuan : ye la salah..perbuatan tu menyerupai bla..bla..bla..(die ceramah kat aku)

Aku : tapi kan..14feb tu besday ayah saya..takkan la saya tak boley sambut..

Pompuan : (kontrol ayu sambil malu2 kucing)..


(aku pon tergelak terbahak-bahak lepas tu)


HEPI BESDAY DAD.!!!14 FEBUARY

Giler Tak Lawak



Aku tengah makan keseorangan di meja makan..manakala parent aku dan akak aku kat living hall tengok RAJA LAWAK..

Peserta pertama muncul..Caca kot nama die..die pon buat la lawak dengan muka die yang penuh dengan baking powder sambil dress up dengan baju berwarna biru..die pon sedaya upaya buat la lawak dalam masa 3minit tu..tapi haram tak lawak pon..aku pon tahan dulu expressi tekak aku yang nak gelak tapi tak menjadi..

Peserta kedua, aku tak ingat sape..die pon buat lawak yang tak lawak..then, suddenly aku tergelak..wooowwwwww..aku gelak sebab lawak die tak menjadi..

Peserta seterusnya, aku gelak..bukan gelak kat lawak die yang dua kali lima cam previous contestants, tapi aku gelak kat komen juri..how come komen juri lagi lawak dari persembahan contestant..



aku salute kat lawak ALEX time die jadi pengemis..walaupon aku gelak cikit aje lawak die kerana nafsu gelak aku sudah terencat angkara mat-mat 'alip mim nun wau=sarkis', at least ade gak mesej yang die sampaikan..congrate bro ALEX..



p/s : aku rasa kalo aku lepak dengan member2 aku lagi best, boley buat lawak mengutuk orang, lawak orang bujang, lawak kutuk saiful bukhari dan lain2..

p/s : harun salim bachik punyer lawak lagi best..

3jam di kL


*gambar KHALYSH NAJLAA..dicilok dari FB akak aku..

ho yeahhh...cuti raya cina..

aku terpaksa singgah kat kL sat sebab tiket balek Penang dari JB(yang harga around rm60lebih ke rm70) da abis..tinggal tiket bas tambahan(ke geng bas sekolah??) yang da la tak selesa bila travel jauh2, tiket pulak mahal tahap menyembelih darah kambing black metal..mbek..mbek...GILER APE??

senang cite jB-kL aku naek bas transnasional..kL-Penang aku naek myVI akak aku..(time die drive, memang jadi public transportation la..sebab aku berdengkur chantek punyer sebelah die)

sampai aje kat umah akak sulong aku kat ampang, aku nampak anak buah..aku nak peluk die, die lari dari aku..maybe sebab ketiak aku berbau kot..(takpe, sampai ati khalysh buat pak su camni..sob..sob..)..next time pak su calit rexona dulu sebelum buat2 gaya nak peluk..

then, biler aku naik aje atas sebab nak pi mandi, dengar la suara die dari tingkat bawah..

"Naa PaaCuuu"(nak pak su)..banyak kali la dengar suara dia..siap naik tangga semata2 nak 'melawat' aku..hehe..tak abis2 perkataan "PaaCuu" keluar dari mulut die..

comey siot..

tapi aku still tak sempat nak bergusti dengan die, sebab time turun bawah, aku terus makan malam..lepas makan, terus budak kecik tu tergolek..frust menonggeng aku nak peluk2 die..


*gambar KHALYSH NAJLAA..dicilok dari FB akak aku..

~~GONG XI FA CHAI TO ALL MALAYSIAN~~

Thursday, February 11, 2010

Apa Yang Best Sangat Dengan Drama Korea



Dulu..aku tak paham kenapa ramai orang pompuan yang aku kenal, minat giler tengok drama korea..

Bila aku tanya dorang, "eh apa yang best sangat tengok cite korea?"
dorang pon balas "sebab hero die hensem"

terus aku kensel niat nak tengok cerita korea, buat ape aku nak tengok cite korea semata2 hero die hensem..aku bukannya gay..lagi pon, baek aku tengok aje cermin kat loker aku(perasan)..terus ter-sentut semangat aku nak tengok drama korea sebab bila aku belek cermin, lobang idong hero dia sama aje cam lobang idong aku aje..




Bila aku tanya member laki pulak, "ape yang best sangat dengan drama korea??"
dorang balas "ntoh, awek aku layan cite FULLHOUSE..aku pon tumpang la layan"

aku solo beb..memberi tekanan aje untuk aku yang desperate ni untuk cari awek semata2 nak mintak die lap hingus aku time aku melayan cerita korea..so, makin bertambah2 ter-sentut feel aku..




aku tanya orang lain pulak "apa yang bestnya dengan cerita korea?"
orang tu jawab "cerita dia best!"

aku rasa cerita yusof haslam, razak mohaideen dan cerita2 melayu yang sewaktu dengannya lagi best sebab aku boley predict ending die..best sebab aku boley tukar2 ke channel lain..takde la bosan tengok satu channel aje..




Setelah bertahun2 aku menunggu, akhirnya hati aku tergerak untuk beli dvd drama korea "Boys Over Flowers"(jiwang giler tajuk, geli aku) disebabkan ade suara2 lalat yang berkumandang kat telinga aku yang kata cerita tu best tahap babun..

so, doakan aku tak tertido time tengok cerita tu nanti..adiossss....