Tuesday, September 8, 2009

Jangan tertipu dengan PAU AHMAD

~wallahualam~tak tawu betul ke x..aku penah dengar gak pasal benda ni time aku praktikal dulu..aku x penah makan pau ni..maybe cerita ni da basi..ntoh le..

x sure lah betul ker x citer d bwh ni.........


A'kum Dato' dan semua sahabat,

Ini berkenaan semalam, saya bersama Dato' minum pagi di sebuah gerai, semasa hendak
membayar minuman tersebut saya terlihat ada dua gerai yang menjual pau, jika tidak silap
satu pau tersebut di tulis Pau Al-Ain dan satu lagi Pau Ahmad.

Secara spontan saya teringat, sewaktu pejabat saya di Bandar Teknologi Kajang, Semenyih.
Semasa itu saya dengan seorang lagi rakan perniagaan Ustaz Ridzuan cuba mencari rakan-rakan
bagi membangunkan pasar malam IKS di sekitar bandar kajang, bangi dan semenyih.

Semasa sedang mencari-cari rakan-rakan untuk membekalkan produk-produk halal kepada
usahawan pasar malam tersebut terlihat dek kami kilang membuat pau iaitu PAU AHMAD.
Dengan selambalah saya dan Ustaz Ridzuan masuk kekilang untuk berkenalan dengan Ahmad
tuan punya kilang. Bila masuk je yang menyambut kami adalah seorang perempuan Melayu
yang bertudung labuh, alhamdulillah dapat lagi seorang usahawan melayu yang agak famous
juga sebab dah beberapa kali bila berhenti di R&R saya makan pau AHMAD nih.

Perempuan Melayu nih bertanya kepada kami nak jumpa siapa? Dan kami maklumkan kepada
beliau yang kami nak jumpa Boss, dia agak
hairan maklumlah Ustaz Ridzuan nih pakai serban dan saya pula bertali leher. Perempuan
Melayu nih jawab, Boss tak ada di pejabat dia dah keluar dan kami minta kebenaran masuk
ke kilang nak tengok, tetiba keluar seorang perempuan cina yang kemudiannya kami tahu
rupanya dia adalah pengurus kilang.

Kami jadi was-was kenapa pula kilang macam nih ada pengurus cina dan kami di bawa masuk
ke pejabat yang mana pandangan saya dan ustaz Ridzuan terpandang kepada Tok Kong yang
ada dalam pejabat tersebut dan semua pekerjanya (ofis) adalah cina. Kami kembali bertanya
kepada pengurus cina tersebut, En. Ahmad pergi kemana? Dengan selamba dia maklumkan
kepada kami bahawa En. Ahmad bawa Boss keluar.

Kami lagi bertambah konfius, wah kalau Ahmad bawa Boss siapa pulak si Boss nih? Kami
bertanya lagi itu Boss sapa nama? Alamak.... Boss Ah Chong rupanya... Istifar panjang
Ustaz Ridzuan. Rupa-rupanya Pau Ahmad diambil sempena nama Driver dia. Aduh terkena lagi sebiji...

Dato' ada lagi cerita nih pasal Aminah Hassan, nanti saya cerita.

Haris Fadzlah Mat Ali
PA SDN BHD = Pau Ahmad SDN BHD.

Tipah Tertipu daaaĆ¢¼¯SPAN>??., nasib baik tak suka makan pauĆ¢¼¯SPAN>??.
P A Food Sdn Bhd

2A Jln P 4/7 Sec 4 Bdr Teknologi Kajang 43500 Semenyih Selangor
Malaysia

Tel: 03-8723 1735
Fax: 03-8723 1886
Managing Director
Mr Ding Hong Sing
Finance Director
Ms Siaw Voon Fong

Business:
P A Food Sdn Bhd has vast experience in the manufacturing of fine
flour-based frozen Oriental/Asian delicacies, such as Steam Buns,

1 comment:

relexjer said...

ish x3.. tipah tertipu lagi..