Wednesday, January 28, 2009

Ape la dosa mamat ni..Cian

KUALA LUMPUR: Seorang penghantar surat menghadapi saat getir apabila diserang tujuh lelaki dipercayai Mat Rempit yang mengugut dan mengepung mangsa sebelum membelasah serta menyamunnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam kelmarin itu, mangsa berusia 21 tahun yang bekerja di sebuah syarikat swasta di ibu kota mendakwa mengalami kecederaan akibat dibelasah selain kehilangan telefon bimbit.

Menurutnya yang enggan dikenali, dalam kejadian itu, dia yang tinggal di Taman Sri Aman, Cheras di sini bersendirian makan di Bandar Permaisuri, Cheras sebelum pergi ke kedai runcit berdekatan untuk membeli rokok.



“Selepas itu, saya mahu pulang ke rumah, namun berhenti di tepi jalan selepas telefon bimbit berbunyi

more..

“Ketika berbual di telefon, sekumpulan lelaki menaiki empat motosikal datang dan seorang daripada mereka bertanyakan nama saya,” katanya.

Katanya, dia yang pada awalnya tidak mengesyaki apa-apa terkejut apabila lelaki terbabit secara tiba-tiba marah dan mengambil telefon bimbitnya.

“Mereka memukul saya beramai-ramai tanpa belas kasihan menggunakan topi keledar dan besi,” katanya.

Menurutnya, dia tidak dapat melakukan apa-apa kerana jumlah lelaki itu ramai selain cuba mengelak daripada dipukul di kepala dengan teruk.

“Kumpulan lelaki itu melarikan diri sebaik ada orang membantu saya dan menghubungi polis,” katanya.

Katanya, sebuah kereta peronda polis datang ke tempat kejadian dan dia dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk mendapatkan rawatan.

2 comments:

SitiNurGagah said...

wakakakakakaka

esofagus said...

jiwa rempit..penuh kelajuan..