Sunday, August 17, 2008

P44 : Pemilihan Raya Kecil Permatang Pauh

Adakah ini detik kebangkitan atau kejatuhan Anwar Ibrahim?

Hari ini bersamaan 16 Ogos, telah berlangsung proses penamaan calon bagi kerusi parlimen, P44 Permatang Pauh. Semasa sesi penamaan calon, seramai 4 calon telah hadir bagi dicalonkan bagi ‘kerusi panas’ ini..
Wakil Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah
Wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato Seri Anwar Ibrahim
Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Hamad
Calon bebas, Dr Mansor Othman…

Selepas sesi penamaan calon tamat, bermula sesi bantahan. Setelah tamat sesi ini, Saudara Roslan Yahya mengumumkan pertandingan akan berlangsung 3 penjuru, yang melibatkan Anwar Ibrahim, Arif Shah dan Hanafi Hamad. Manakala, Dr Mansur telah menarik diri. Difahamkan, Dr Mansur bertindak sebagai ‘spare tyre’ sekiranya Anwar Ibrahim gagal ketika proses penamaan calon. Untuk makluman, Dr Mansur merupakan bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Menurut pemikiran saya yang kerdil ini, saya merasakan inilah pilihan raya kecil paling gempak sekali dalam sejarah Malaysia. Mana tidaknya, ini merupakan pilihan raya pertama Anwar Ibrahim setelah bebas dari tahanan politik. Semestinya, beliau perlu menggunakan kehebatan dia dalam debat dan pengaruh beliau bagi meneruskan penguasaannya di kerusi keramat ini. Difahamkan bahawa beliau telah mula mewakili Parlimen Permatang Pauh sejak tahun 1982. Sekiranya, dia kalah, ini akan menjatuhkan maruah Pakatan Rakyat.

Tentang Datuk Arif pula, beliau merupakan wakil rakyat bagi DUN Seberang Jaya. Berkebolehan bertutur dalam Mandarin dan Hokkien memberi kelebihan besar baginya. Beliau mendakwa sekiranya beliau berjaya merebut kerusi ini dari ‘hot favourite’, Anwar, beliau akan sentiasa menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat P44. Tiada tekanan di atas bahunya,bagi memenangi pilihan raya ini. Senang cerita, “He got nothing to lose”

Tentang Saudara Hanafi Hamad, dia merupakan Presiden bagi AKIM (serpihan dari
PAS). Parti ini pernah bertanding pada Pilihan Raya Umum 1999, di kerusiparlimen Pasir Puteh dan Kota Bharu tetapi tewas. Berkeahlian seramai 10ribu di seluruh negara.

My prediction, Anwar akan menang tetapi kemungkinan majoriti berkurang berbanding kemenangan Wan Azizah pada PRU-12. Ini kerana hari pengundian berlagsung pada hari selasa, 26 Ogos. Kebanyakan pengundi muda yang berasal dari Permatang Pauh tetapi bekerja di ibu kota, mempunyai kesulitan untuk apply cuti kerja dan pulang untuk menunaikan kewajipan mengundi. Seperti yang kita ketahui, pada PRU-12, kebangkitan Pakatan Rakyat dikatakan dipengaruhi faktor undi dari pengundi muda.

Anwar perlu memenangi pilihan raya bagi menunjukkan kepada Malaysia, yang beliau sememangnya ‘Bakal Perdana Menteri Malaysia’ dan berkemampuan bagi membentuk kerajaan baru seperti yang didakwanya pada 16 september ini. Bagi Datuk Arif, inilah peluang bagi beliau bagi memberi nafas baru kepada penduduk Permatang Pauh. Bagi Hanafi Hamad, ini merupakan salah satu platform bagi memperkenalkan parti ini di utara tanah air.

Buat maklumam pembaca semua, pengundi-pengundi di Malaysia terdiri dari 3 golongan. Golongan yang taksub kepada pemimpin tertentu, penyokong setia parti tanpa mengambil kira siapa calon yang bertanding dan golongan yang ketiga, pengundi atas pagar. Pengundi2 di Permatang Pauh majoritinya pengundi setia Anwar Ibrahim. Tetapi situasi boleh berubah, sekiranya BN mempunyai hujah yang betul2 dapat menyakinkan pengundi kawasan P44.

Dan jika Anwar Ibrahim menang dalam pilihan raya kecil ini, dan juga jika benar akan berlaku Tsunami kedua pada 16 september ini, ini akan membuktikan perubahan besar-besaran dalam situasi politik tanah air.

Apakah Gerhana Biru akan terus terpancar di sanubari pengundi kawasan P44, atau BN akan memecahkan dominasi Anwar di kawasan tradisinya sendiri. Ataupun calon ‘underdog’ akan memberikan kejutan terbesar dalam tahun 2008. Sama-sama kita nantikan 26 ogos ini……

.Dari mahasiswa untuk rakyat tercinta.

3 comments:

Anonymous said...

teringin nak tgk anwar ibrahim bercakap tym dewan rakyat..hope anwar menang..ngeee...

esofagus said...

kte hny merancang,Tuhan yg tentukan..pasrah len mcm aje ayat aku ni..

esofagus said...

kte hny merancang,Tuhan yg tentukan..pasrah len mcm aje ayat aku ni..