aku lihat..aku baca..aku dengar..aku pikir..aku analysis then, baru aku cakap.. jadi, blog ini hanyalah pandangan peribadi..tiada niat nak menyinggung mana2 pihak..
Tuesday, December 23, 2008
Isu tukar kereta
TApi tak silap aku, exco kerajan Terengganu yang start isu nak tukar kereta ni..Dorang nak ambik Mercedes..So, sebelum BN boleh cakap yang kerajaan Kedah dan Perak gatal2 nak tukar pakai Camry, cermin2 kan la diri dulu..ciao
Saturday, December 20, 2008
Thursday, December 18, 2008
Anak P.Ramlee Meninggal Dunia..Al Fatihah
P. Ramlee’s only son Nasir dies
KUALA LUMPUR: Mohamad Nasir Ramlee, the only son of Malay entertainment icon Tan Sri P. Ramlee, died Wednesday of heart and kidney failure. He was 55.
He breathed his last at 5.10pm at the Kuala Lumpur Hospital where he was admitted at 3pm.
Mohamad Nasir, who was born in Singapore, is P. Ramlee’s son from his marriage to Junaidah, a Malay actress of the 1950s and 60s.
One of his close friends, Roslay Raffie, said Mohamad Nasir has been unwell since two days ago.
Mohamad Nasir, a staff at the Istana Budaya, had once starred in a film, Bujang Lapok Kembali Da ..., a sequel to the popular Bujang Lapok movies starring P. Ramlee, S. Shamsuddin and Aziz Satar. -- Bernama
Sapa penah dengar LEGO??
Satu theme park Legoland akan datang ke malaysia.. eh eh, silap ayat akan dibina kat mlaysia.. theme park ni akan dibina kat WPI(wilayah pembangunan iskandar). buat sapa2 yang tak tau kat mana WPI, WPI terletak kat kawasan Nusajaya, Gelang PAtah.
Ada 1 fact, dengar cerita, WPI ni diwujudkan sebab nak halang jet2 pejuang @ fighter jet dari singapore airforce training kat kawasan nusajaya..al maklum lah, singapore tu ciput aje, kat mana lagi nak training..sebelum2 ni, fighter jat dari singapore slumber aje dok training kat kawasan udara gelang patah..so, bila kerajaan malaysia decide bukak satu kawasan pentadbiran baru kat citu, x silap aku untuk kerajaan johor, so jet2 singapore x bley la slumber seslumber 'lembu-lembu yang melintas jalan tanpa menghiraukan kereta'.. dorang kene beware la..ha3..padan muka singapore..
aku ni da melalut ni, tiba2 berlambak plak cite pasal jet singapore.. aku tukar cite blek ke Legoland.. tapi ada satu benda hampeh.. Orang malaysia ramai yang x tau apa tu Lego..Aku rasa yang tak tau ni, ntoh le mesti x penah mengalami zaman kanak2..
kat bawah ni ada artikel dari The Star,
Group unhappy over Legoland Theme Park choice
By MEERA VIJAYAN
JOHOR BARU: The arrival of the Legoland Theme Park in Iskandar Malaysia comes as a disappointment as Legoland is a brand unfamiliar to locals.
Malaysian Tourist Guide Council president Jimmy Leong said after all the hype that had been made over proposed theme parks in Nusajaya, Legoland would not make a huge impact in the region.
“After all the talk about something big coming up in Nusajaya, I am disappointed.
Enchanting: Part of the attractions at Legoland Parks.
“Legoland is not a name familiar to people here in terms of a theme park.
“If you mention Legoland to people here, I don’t think many people are familiar with the brand,” he said, adding that industry players had been expecting world theme park icons like Disneyland.
Iskandar Investment Berhad, the investment arm of Iskandar Malaysia signed a deal with the Danish manufacturer of interlocking plastic bricks, Lego Group to set up the Legoland Theme Park on Dec 13.
Leong said that one of the factors against the RM750mil Legoland was its target audience, as it was restricted to children aged between two and 12-years-old.
“That itself means that it will not appeal to a wide target group,” he said.
Leong also pointed out that it would be hard to market Legoland to tourists and entice them to stay for more than a day as Singapore’s Integrated Resorts (IR) had stronger products to offer.
The attractions at the IR include Universal Studios Singapore, a casino and the Marine Life Park, which was expected to be the largest of its kind in the world.
“It covers entertainment for a wide range of people, from children to adults.
“Everyone has something to do at IR whereas Legoland targets a limited age group.
“Legoland cannot be compared to the IR across the causeway,” he said.
Leong also said tourists with only a few days to spend in the region would pick bigger and better-known brand theme parks to visit.
He said the tourism industry players would continue to promote Johor to tourists overseas but admitted it would be a huge challenge to market Legoland.
“We will promote whatever products we have, but the final choice and decision will be made by the tourists,” he said.
Legoland is expected to open to the public in 2013.
Peringatan: jangan tercekik termakan lego da le
Hei..sori da lme x publish ape2..
Benda yang sama la jugak jadi kat aku..cian kan kat aku..
aku mintak maap kat spe2 yg penah follow aku, sebab da lama x publish
Monday, October 6, 2008
Kuat ingatan
Sori le
Thursday, October 2, 2008
first day raya
and then, aku bermaaf-maafan dengan family aku. Untuk pengetahuan semua, tahun ni family aku bertambah seorang lagi..iaitu, baby akak aku..Khalysh Najlaa..best ade baby dalam family aku..nanti aku upload gmbar family aku...
then,tengahari tu, aku ngan family aku gi umah mak ngah and mak long aku..ni blah mak aku..aku pkena lemang kaw2..
petang tu plak, aku gi umah mak lang and mak chak (a.k.a mak long)..mak chak aku masak nasi tomato..perghh..sedap tu..
Sebenarnya, aku x tahu ape sangat nak tulis...nanti aku cte lagi ek..
Untuk semua orang, SELAMAT HARI RAYA..Maaf Zahir dan Batin
Wednesday, September 24, 2008
PUSAT KAUNSELING
Sampai kat sana, aku sempat usher keliling, cam xde langsung kenderaan student (maksud dia, tempat 2 cam x busy ar, so lagi senang ar keja)..Masuk aje dalam tu, aku ngan member2 aku lagi 3orang kena la isi buku pendaftaran sebab dorang nak record kedatangan budak..Member aku merangkap ketua group aku, try le tanya kat akak kat kaunter tu, pasal nak buat appointment ngan kaunselor untuk bincang pasal task English tu. Peh tu, akak tu tanya balik, ada bawak x surat appointment??..Tiba-tiba kitaorang pening2, sebab x tahu ape2 pasal benda alah tu.. So cakap la x bawak pon..
Next, dia panggil sorang lagi akak, aku rasa dia ni cam setiausaha pengarah la kot kat citu..Dia tanya lagi soalan sama, bawak x surat appointment?? Bila kitaorang cakap x bawak, tiba2 dia membebel..Dia cakap, “tiap2 tahun benda sama je jadi, student nak buat appointment, tapi x buat surat..Ini tak, main terjah aje”..Aku ngan member2 aku pun diam. Peh tu, akak tu bag nobor sorang lecturer fakulti pendidikan, die mintak kitaorang call lecturer tu, atas alasan kita orang x bawak surat appointment..
Bila aku call lecturer tu pakai handphone ketua aku, x dapat..lecturer tu off handphone..Tengahari tu, dalam kul 12, lecturer tu call balik, tanya apehal call tadi..Ketua aku pn, cakap la pasal nak interview kaunselor..Senang2 hati dia aje cakap busy, x free langsung sampai minggu depan..
End story tu..Yang aku bengang ngan akak kat psat kaunseling tu, gaya dia cam malas nak layan kitaorang..Patut ar pusat kaunseling tu , xde pun rupa student kat citu, student pun malas nak kena bebelan akak 2..Camni ke pusat kaunseling, patut tolong budak, ni x, buat sakit ati lagi ade ar..Kot ye pn penat puasa, orang len pun puasa gak..
Nak dijadikan cerita, sok tu, 16september bos aku hantar surat rasmi ke pusat kaunseling, siap mintak surat sokongan dari lecturer English aku..and FYI,sampai skrang dorang x call ape2 pun, untuk bincang pasal tarikh untuk interview..
Banyak tul kerenah birokrasi..kalau cam ni ar pusat kaunseling universiti, pusat kaunseling sekolah lagi friendly dari ni..untuk akak yang kuat membebel tu, kalau dah tahu budak slalu forget buat surat appointment, lain kali tulis besar2 kat main entrance..slagi dia buat dunno, x tulis ape2 pn, slagi tu benda sama akan jadi..Contoh dia, cam kita komplen ar tiap2 hari kena hujan, da tawu kena hujan, bawak ar payung..ini x, membebel aje kuat, tapi tindakan apa pun tarak..adioss…
Thursday, September 18, 2008
Benda pelik...
KUALA LUMPUR: Isu butik mahupun premis gagal mempamerkan tanda barangan diperbuat daripada kulit babi masih berterusan malah keengganan pemilik mahupun penyelia gedung itu meletakkan tanda amaran dilihat tidak wajar sekali gus memerangkap pengguna yang sensitif terhadap isu ini.
Terbaru, seorang wanita terperdaya apabila cekak rambut yang dibelinya di sebuah butik di pusat beli-belah terkemuka di Bukit Bintang, di sini, sebenarnya diperbuat daripada kulit babi.
Malah mangsa, yang dikenali Hanida, 40, berkata ketika ditanya kepada petugas butik terbabit, mereka menyatakan cekak itu diperbuat daripada kulit lembu.
Menceritakan kembali pengalamannya, ketika kejadian mangsa bersama anak gadisnya membeli-belah di pasar raya yang terletak di kawasan segi tiga emas itu sebelum memasuki butik yang dimaksudkan.
more...
“Sebaik memasuki butik terbabit, saya dan anak yang sememangnya sudah biasa berkunjung ke situ mula membelek barangan jualan dipamerkan sebelum tertarik dengan cekak rambut itu.
“Sebelum membeli barangan itu, saya bertanyakan kepada petugas di premis terbabit mengenai bahan digunakan membuat cekak rambut berkenaan,” katanya.
Harian Metro turut difahamkan butik terbabit antara tempat wanita golongan mewah berbelanja berikutan harga bagi barangan yang dijual di situ agak mahal.
“Pekerja butik mengakui barangan yang dimaksudkan (cekak) itu diperbuat daripada kulit lembu.
“Berkenan dengan barang itu, saya tanpa sebarang perasaan ragu-ragu membelinya dengan harga mencecah RM200,” katanya.
Namun ‘rahsia’ barangan kulit itu akhirnya terbongkar pada suatu hari ketika mangsa bersama anaknya sekali lagi mengunjungi butik terbabit.
Ketika kejadian, penyelia butik itu tiada dalam premis terbabit dan yang tinggal hanya pekerja dan mangsa yang sememangnya dikenali di butik itu dihampiri seorang pekerja.
“Alangkah terkejutnya sebaik dimaklumkan cekak yang dipakai itu diperbuat daripada kulit babi dan pekerja itu meminta maaf berikutan tidak memberitahu perkara sebenar,” katanya.
“Pekerja terbabit turut menceritakan bagaimana dirinya serta rakan sekerja diberikan amaran oleh penyelia butik agar tidak memberitahu secara terperinci spesifikasi barangan kepada pengguna sekiranya mahu bekerja lama di situ,” katanya.
Bagi mendapatkan kepastian, mangsa kemudian menghantar cekak itu ke makmal dan hasil analisis sah menunjukkan kulit babi menjadi bahan utama pembikinan produk itu.
“Pihak berkuasa perlu membuat pemantauan yang l3ebih kerap dan dibimbangi sekiranya orang ramai tidak didedahkan dengan perkara ini, ramai lagi akan tertipu dan terus menjadi mangsa daripada keuntungan pemilik premis yang tidak bertanggungjawab,” katanya.
Several Possible Scenario
He could table a motion of no-confidence in the prime minister in Parliament. If the PM loses the vote, he will have to inform the Yang Di Pertua Agong (YDPA) that he no longer commands the majority and the government must resign.
Constitutionally, YDPA could then invite Anwar to form a government if he feels Anwar can command a majority, after which Anwar could then face a confidence vote in the house to show that indeed he has a majority.
Abdullah has another option if the opposition parties can successfully mount a non-confidence motion against him.
He can opt to seek dissolution of Parliament and in a snap parliamentary general election seek a fresh mandate.
Article form news strait time, 17september 2008
If Anwar has enough MP to crossover, he could just call a gathering of all defectors with signed pledges, parade them before the press, and practically bring down the government as he did in 1994 in Sabah after the Parti Bersatu Sabah democratically won the elections. At that time, Anwar was deputy prime minister and was heading the election campaign for BN in Sabah
Tuesday, September 16, 2008
Fadilat tarawih part3
Allah SWT akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang dibuat dari Nur.
Malam ke-22:
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman daripada duka cita dan kerisauan (di Padang Mahsyar).
Malam ke-23:
Allah SWT akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga yang terbuat dari Nur.
Malam ke-24:
Allah bukakan perluang 24 doa yang mustajab bagi orang yang bertarawih pada walam ini (lebih elok dikerjakan ketika sujud).
Malam ke-25:
Allah akan mengangkat siksa kubur darinya.
Malam ke-26:
Allah akan mengkurniakan pahala 40 tahun ibadah.
Malam ke-27:
Allah akan mengkurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian Shiratalmustaqim seperti kilat yang menyambar.
Malam ke-28:
Allah akan menaikkan kedudukannya 1000 derajat di akhirat.
Malam ke-29:
Allah akan mengkurniakan pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam ke-30:
Allah akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya: "Wahai hamba-Ku, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama Salsabila, serta minumlah air dari telaga yang dikaruniakan kepada Nabi Muhammad saw yang bernama Al-Kautsar."
Penilaian baru untuk murid sekolah rendah pada 2015
Terkejut gila aku baca frontpage ni..Statement dari berita harian..
”pelajar sekolah rendah tidak lagi dinilai sepenuhnya berdasarkan keputusan UPSR kerana peperiksaan itu hanya mewakili 30% dari markah keseluruhan murid”
“Menerusi penilaian baru menggunakan sistem pengumpulan mata seperti di IPT itu, markah yang diperolehi murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 akan dikumpul dan dikira bagi menentukan pencapaian murid sepanjang tempoh tu”
“..UPSR hanya mewakili 30% daripada markah keseluruhan yang akan digabungkan dengan 4 penilaian lain iaitu psikometrik, kokurikulum, peperiksaan sekolah dan peperiksaan kementerian..”
Mengikut apa yang aku paham, sistem ni pakai ala2 sistem GPA dan CGPA cam kat U..Patut ke?? Bayangkan budak 2 baru belajar nak pegang pensel, da terpaksa skor dalam test @ exam..
Bagi aku, x patut ar.. Lagipun, kalau kita tengok kat certain sekolah kat pendalaman, ada yang terkial2 nak mengeja time darjah 3, terkial2 nak menulis tie darjah 2..
Budak 2 baru berhingus kat idung lagi, kementerian buat sistem macam ni..Orang tertinggi pikir pakai ape ni, kepala lutut ke??
Kalau ya pun nak start buat, buat ala kat student form 4& form5..At least, budak2 form 4 ngan form 5 ni da boleh berpandangan jauh (lagi jauh dari budak standard 1). Bila da ok, baru piker untuk apply kat keseluruhan sistem persekolahan start dari mana2 yang patut..
X abes lagi isu penggunaan BI dalam sains dan math, kementerian nak buat plak sistem baru..
<
Thursday, September 11, 2008
Bukit Bendera Umno head Datuk Ahmad Ismail
Aku sebenarnya kesian ngan Ahmad Ismail. Aku baca statement dia, dia cakap yang dia mention yang orang cina tu sebagai "immigrant" time zaman sebelum kemerdekaan..Tapi paper x tulis langsung apa2 pasal full statement dia.
Yang aku lagi panas, kepimpinan tertinggi UMNO cam tunduk semacam aje kat desakan parti komponen BN yang lain. Sedangkan, dulu ada seorang cina yang asal johor, yang ada keluar lagu kat youtube tajuk 'negarakuku' tak kena tindakan langsung. Patut dia kena ISA 2. Yang tolong mintak maaf on behalf dia, ada la sorang pemimpin tinggi MCA. Dia ni patut kena tindakan lagi tegas, cause dia hina agama islam..Aku tanya korang, korang lagi panas telinga dengar orang kutuk bangsa korang atau agama korang..??
Aku kira tabik la jugak kt Ahmad Ismail kerana berani bercakap, walaupun kata2 dia mungkin telah menyingung ramai pihak. At least dia bukannya kerbau yang dicucuk idung dia..
Waa..Panas betul..
Wednesday, September 10, 2008
Anwar pertimbang pertangguhan kerajaan baru
dari mstar.com.my
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
(Mutakhir) KUALA LUMPUR: Ketika tinggal kurang seminggu, Pakatan Rakyat mengubah tarikh mencapai sasaran membentuk kerajaan persekutuan? Jawapannya nampak menjurus ke arah itu berdasarkan kenyataan terbaru Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) malam tadi.
Kata beliau, sasaran 16 September bagi membentuk kerajaan yang baru boleh dianjak ke satu tarikh yang lain jika wujud masalah yang boleh menghalang proses peralihan kuasa seperti yang dirancang.
"Walaupun kita sudah ada sasaran iaitu pada 16 September, tapi gambaran setakat ini hasil perbincangan bersama PAS dan DAP, tarikh itu boleh kita anjak... kalau tak jadi 16 haribulan mungkin 20 haribulan kerana tarikh itu juga ada sejarah.
"Tapi saya fikir dalam keadaan sekarang adalah susah bagi mereka (kerajaan Barisan Nasional) untuk gagalkan kehendak dan kebangkitan rakyat," kata beliau semasa menyampaikan ucapan selepas majlis solat tarawih dan hajat di rumahnya di Bukit Segambut malam tadi.
Anwar menyatakan demikian sehari selepas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan hampir tiga jam pagi kelmarin susulan pertemuan informal lebih dua jam di ibu negara Ahad lalu.
Ketika ditemui semalam, beliau menjelaskan bahawa perancangan untuk membentuk kerajaan berjalan dengan lancar.setakat ini.
Bagaimanapun malam tadi Anwar berkata, perbincangan secara terpeinci akan diadakan bersama pemimpin parti-parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP bagi meneliti sebarang risiko yang bakal terjadi.
"Esok saya perlu ikuti prosedur mahkamah. Jadi kemungkinan pada sebelah petangnya atau hari berikutnya kita akan bermesyuarat mengenai persediaan kita menghadapi 16 September," katanya.
Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri akan muncul di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini esok bagi mendengar sebutan semula kes liwat melibatkan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari, 23.
Anwar mengumumkan pelan sasaran 16 September enam bulan lalu iaitu sejurus selepas pilihan raya umum ke-12 diadakan.
Tambah beliau, jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan lompat parti menyertai Pakatan Rakyat sudah mencukupi.
"Jumlah mereka kita sudah ada. Tapi disebabkan mereka pergi lawatan 'menghayati Ramadan' di Taiwan kita perlu tunggu dahulu," katanya.
Menurut beliau lagi. ada antara Ahli Parlimen BN yang menyertai lawatan tersebut telah berjanji kepadanya untuk meneruskan matlamat mereka meninggalkan BN.
"Saya ada dapat maklumat bahawa mereka yang pergi itu tidak dibenarkan pulang sebelum 16 September bagi mengahalang sasaran kita," katanya.
Tuesday, September 9, 2008
Fadilat Tarawih part2
Ia meninggal dunia dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
Malam ke-12:
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya.
Malam ke-13:
Ia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan aman sentosa dari tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam ke-14:
Para malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah SWT tidak akan menyesatkan mereka.
Malam ke-15:
Semua malaikat yang memikul 'Arasy, Kursi akan bershalawat dan mendoakan supaya Allah SWT mengampuni kita.
Malam ke-16:
Allah SWT menuliskan baginya terlepas dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
Malam ke-17:
Allah SWT menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam ke-18:
Malaikat akan menyeru "Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapak engkau (baik yang masih hidup atau yang sudah wafat)".
Malam ke-19:
Allah akan meninggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus.
Malam ke-20:
Allah SWT mengkurniakan kepadanya pahala semua orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
Proton new mpv
For your information, MPV ni adalah kereta jenis family, yang orang banyak guna kalau nak balik kampong (Mpv-Multi Purpose Vehicle). Kapasiti penumpang dia besar, biasanya boleh muat 7orang. Senang cerita, korang tahu tak Toyota Avanza?? Ha tu salah satu model mpv paling popular kat jalan raya sekarang ni..
Mula2 aku search, aku dapat gambar illustrasi. Ada mamat ni lukis. Lawa gak, depan dia ada rupa cam satria neo. Kaler putih plak tu. Mengancam btul..
Then, aku search lagi. Ada keluar lagi gambar. Gambar orang test drive kt UK, mengikut firasat aku la,sebab sebelum2 ni pun, proton kerap gak buat test drive kt sana. Tak tawu ar, betul ke ni gambar mpv proton, sebab yang gambar kaler hitam tu, ada ala2 model kereta dari luar. X boleh ar mention model apa, cuma macam kereta dari satu company jepun. Kalau salah, mintak maap ye PROTON. 2 hanyalah firasat hamba tuhan yang kerdil ini.
Dengar cerita lagi, model ni dibangunkan dengan enjin Campro (enjin trademark proton start dari Gen2 ngan Waja Campro). Ada orang cakap enjin ni jimat minyak, tak tawu plak aku, sebab aku x pernah pun bawak model kereta tu. Ada orang bagi pendapat, letak aja enjin 1.8liter diesel. Aku setuju gak, sebab enjin diesel sesuai untuk kenderaan yang melakukan kerja2 berat. So, senang cikit mpv ni nak blah time kat traffic light.
Apa2 pun, syabas ar buat engineer proton sebab cuba design mpv. Kira first attempt ar bagi proton. Lagipun market kereta mpv ni memang besar.
Dengar cerita proton nk try letak enjin hybrid @ enjin elektrik kt model Savvy and Persona. I hope all the best. Semoga proton dapat balik ranking no1 dalam Malaysia.
Latest news, untuk mpv ni, proton pakai enjin 1.6liter Campro CPS..Aku rasa dorang pakai enjin kecik sebab nk jimatkan kos pengeluaran..FYI, lagi besar cc enjin kereta, lagi mahal kereta 2..
Wednesday, September 3, 2008
FADHILAT DAN KELEBIHAN SOLAT TARAWIH
Malam ke-1:
Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana baru dilahirkan.
Malam ke-2:
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua orang tuanya.
Malam ke-3:
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat tarawih itu agar meneruskan sholatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka.
Malam ke-4:
Memperoleh pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Qur'an.
Malam ke-5:
Allah SWT akan mengkaruniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam ke-6:
Allah SWT akan mengkaruniakan kepadanya pahala seumpama pahala para malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang yang mengerjakan solat tarawih pada malam ini.
Malam ke-7:
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s. serta menolong Nabi itu untuk menentang musuhnya Fir'aun dan Hamman.
Malam ke-8:
Allah SWT mengkaruniakan pahala sebagaimana pahala yang dikaruniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
Malam ke-9:
Allah SWT akan mengkaruniakan pahala dan dinaikan mutu ibadah hamba-Nya seperti Nabi Muhammad saw.
Malam ke-10:
Allah SWT mengkurniakan kebaikan di dunia dan di akhirat.
Tuesday, September 2, 2008
Cuti 16 September: Kelantan setuju, Perak putus esok
02-09-2008 06:19:24 PM
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan Kelantan bersetuju dengan cadangan menjadikan 16 September iaitu tarikh ulang tahun penubuhan Malaysia, sebagai cuti umum.
Menurut beliau, cadangan itu sepatutnya diterima dan dilaksanakan di lima negeri iaitu Kelantan, Perak, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, yang diperintah Pakatan Rakyat.
"Saya boleh terima, kalau empat negeri lain tu boleh terima," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Integriti Peringkat Negeri Kelantan di sini, hari ini.
Kelmarin, Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya pimpinan di lima negeri yang dikuasai pakatan pembangkang itu mengisytiharkan 16 September sebagai cuti umum.
Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ketika dihubungi mStar Online hari ini berkata, kerajaan negeri akan memutuskan perkara itu esok dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri.
“Setakat ini kita belum buat apa-apa keputusan lagi. Tapi kita akan bincangkan dalam mesyuarat esok.
"Kalau kita dapat putuskan esok (berhubung cuti), kita akan putuskan. Kalau tidak, kita akan tunda dululah," katanya.
Semalam, selepas memberi cuti umum sempena pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh, kerajaan Pulau Pinang dilaporkan akan menimbang cadangan Anwar supaya 16 September setiap tahun dijadikan cuti umum untuk lima negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat sebagai memperingati hari pembentukan Malaysia.
"Perkara ini akan dibincangkan dulu dengan exco kerajaan negeri kerana ia akan melibatkan operasi pihak industri di negeri ini," kata Ketua Menteri Lim Guan Eng selepas pada ceramah umum mengenai 'Enzim Sisa Makanan Menyelamatkan Dunia Kita' di Pasar Awam Tanjung Bungah di sini hari ini.
Cadangan cuti umum untuk lima negeri Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Perak, Kedah, Selangor dan Kelantan itu dibuat oleh Anwar pada majlis kesyukuran sempena kemenangan beliau pada pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos lalu.
Kerajaan negeri Pulau Pinang telah memberikan cuti umum pada 26 Ogos lepas sempena pilihan raya kecil berkenaan.
"Kalau kita hendak ambil 16 September sebagai cuti umum mungkin pada tahun depan," kata Lim yang dipetik Bernama.
Beliau berkata, kerajaan pusat sepatutnya menjadikan 16 September sebagai cuti umum.
Tanggal 16 September merupakan hari pembentukan Malaysia manakala 31 Ogos pula Hari Kemerdekaan.
Kerajaan-kerajaan negeri juga mempunyai kuasa untuk memutuskan cuti umum. Peruntukan itu digunakan oleh Pulau Pinang untuk mengumumkan cuti umum pada 26 Ogos lalu.
SOri
Kasut hitam
So, pagi 2, aku pn pakai baju kemeja, seluar khakis dan kasut kulit kaler hitam. Kasut 2 aku beli murah aje dulu. FYI, pengangkutan aku ke fakulti ialah moto. Nak dijadikan cerita, sampai saja aku kat parking moto kat fakulti aku, aku pun turun ar dari moto. Tiba2 aku rasa cam ringan aje kaki kanan aku. Rasa cm ada benda flap2 kat tumit kasut aku. Aku pandang aje bwh, tengok2 ar kasut aku. Rupa2 nya, tapak kasut aku dah lekang da kt bahagian tumit. Nak balik bilik memang dah x sempat. So, aku pn buat2 le jalan cam orang injured sblh kaki dengan harapan, xde orang akan perasan kasut aku. Makin lama aku jalan, makin besar tear 2..
Sampai aje dpn pjbt dekan, terus tertanggal tapak kasut aku..Aku pn ngan muka malu2 kucing, terus kan seret tapak kasut ke tempat yang xde orang..Bila line clear, aku ambk tapak kasut belah kanan aku dan terus simpan dalam beg aku. So aku jalan dengan kaki belah kiri lagi tggi banding dengan kaki kanan. Sementara tunggu examiner sampai, tiba2 dalam kepala otak aku, terkeluar iklan mentos. Ala iklan yang awek kasut tuimit tinggi yang patah tumit kat salah satu kasut dia 2. Aku pn try ar pijak tumit kasut lagi sebelah, tgk2.. boleh senang aje tear. Terus aku pijak sampai tercabut tapak kasut belah kiri aku.
Moral dia, kalau boleh, jangan beli benda yang low quality. Biar mahal cikit, asalkan benda 2 tahan lama. Takut2 jadi cam aku..
*based on true story
Monday, August 25, 2008
8 Signs a Female is Flirting with You
Here are a few body-language cues to watch out for:
She points in your direction with her leg, foot or shoulders.
She leans toward you while talking.
She plays with or tosses her hair.
She fidgets with a piece of jewelry (like an earring) or strokes the stem of her glass.
She keeps her eyes locked on you while she talks or drinks.
She mirrors your body movements (for example, if you put your hand on the table, she quickly does the same).
She smiling when you check her out.
If you become aware of a cluster of these signals, you can almost be sure that she's giving you the green light for romance.
Friday, August 22, 2008
Wall.E
Hari selasa baru aje lepas, aku pn g tgk wayang kt Queensbay Mall..Cam biasa ar, gua p tgk sorang2..Macam la ada orang nk teman gua ni..Gua pn que ar, nnt dapat tiket tengah2 seat plg belakang skali..
Gua pun layan cte ni..sedap gk, lagipn cte ni x byk dialog..Yg lg best 2, siap dorang ade kritikan terbuka terhadap sikap manusia..Antaranya:
1. Timbunan sampah makin bersepah kt muka bumi
2. Manusia terlalu mengharapkan robot dalam kehidupan sehari. Even nak naik atas kerusi pn, harap robot tlg adjust
3. Keburukan fast food. Dorg gambarkan manusia ni gemuk gler masa hdpn.
4. Lipas sentiasa ada sampai bila2..Kiranya, un-destructable.
5. Terlampau busy ngan kehidupan...sampai x kenal la orang sebelah..
Betul ke semua bnde 2..Gua rasa ada kebenarannya..
Aku rasa watak paling klakor dalam cte ni,watak ade robot cleaner..muncul sekejap aje, tapi klakor gler..Part plg touching, tme Eve repair balik Wall.e..Wall.e mcm hilang ingatan& wall.e sggp berhujan panas dengan Eve..
Puas ati arr,aku tgk cte ni..Klakor gk tme starting cte..Dorg ade bt 1 scene psl sorg magician ngan arnab dia..
2 thumbs up aku bg...Antara cte terbaik tahun 2008..Bak kata Eja,"Rugi kalau x tengok(sambil menunjukkan bulu mata melentik dia tiap kali iklan flm Sepi)"..
Monday, August 18, 2008
GAMESHOW PLG BEST DALAM SEJARAH AKU IDUP
Apa favourite gameshow korang??Aku ada favourite gameshow aku sendiri…Nak tawu???Ok2 aku bg hint ek..
Host dia, finalis Raja Lawak season 1..
kt astro ria, tiap2 petang pkl 6..
ada 2 group akan bersaing..
Ha, da dpt teka da??
Bolos saja dinding itu!!
Gameshow favourite aku ialah Bolos..First episode aku tengok, aku da gelak terbahak2..Korang pn tawu kan rancangan tu diambil dari Jepun..Check kt youtube, taip Human Tetris ataupun Hole In The Wall..Confirm tergelak pecah perut pn..
Sebenarnya, ada beza Bolos Malaysia ngan Bolos Jepun..Contohnya, dinding untuk Bolos Jepun tebal gler..susah nak pecah..Bolos Malaysia plak, dinding dia nipis..Senang2 aje nak pecah kebaboom..
Cam host Bolos Jepun, aku tengok cm x kelakar sgt ar..Maybe sebab dia da berumur kot..Tapi, Zizan jd host Bolos Malaysia, mmg happening gler..Cara dia mengusik contestant mmg best, kena plak kalau contestant tu jenis kaki mengusik..
Next differences, peserta untuk Bolos Jepun mmg slumber..Dorang lebih kepada enjoy game, bknnya nk menang saja..Kalau bentuk cam superman, dorang betul2 bt cam superman..Cam orang kita, asyik berdiri straight cam nyanyi lagu time perhimpunan kat sekolah rendah.
Cuma yang aku x berapa berkenan, penyertaan contestant pompuan..x ssuwei sbb bju yg disediakan ketat2..
Selain Human Tetris dgn Hole In The Wall, try taip Japanese Pac-Man..klakar gk (bagi sesape yang biasa main pac-man time tengah berhingus dulu,sbb baru paham dia pny rule)..
So apa tunggu lagi, Bolos Saja Pintu Itu..!!!!
FYI, Human Tetris ngan Hole In The Wall sama aje..
Sunday, August 17, 2008
P44 : Pemilihan Raya Kecil Permatang Pauh
Hari ini bersamaan 16 Ogos, telah berlangsung proses penamaan calon bagi kerusi parlimen, P44 Permatang Pauh. Semasa sesi penamaan calon, seramai 4 calon telah hadir bagi dicalonkan bagi ‘kerusi panas’ ini..
Wakil Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah
Wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato Seri Anwar Ibrahim
Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Hamad
Calon bebas, Dr Mansor Othman…
Selepas sesi penamaan calon tamat, bermula sesi bantahan. Setelah tamat sesi ini, Saudara Roslan Yahya mengumumkan pertandingan akan berlangsung 3 penjuru, yang melibatkan Anwar Ibrahim, Arif Shah dan Hanafi Hamad. Manakala, Dr Mansur telah menarik diri. Difahamkan, Dr Mansur bertindak sebagai ‘spare tyre’ sekiranya Anwar Ibrahim gagal ketika proses penamaan calon. Untuk makluman, Dr Mansur merupakan bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang.
Menurut pemikiran saya yang kerdil ini, saya merasakan inilah pilihan raya kecil paling gempak sekali dalam sejarah Malaysia. Mana tidaknya, ini merupakan pilihan raya pertama Anwar Ibrahim setelah bebas dari tahanan politik. Semestinya, beliau perlu menggunakan kehebatan dia dalam debat dan pengaruh beliau bagi meneruskan penguasaannya di kerusi keramat ini. Difahamkan bahawa beliau telah mula mewakili Parlimen Permatang Pauh sejak tahun 1982. Sekiranya, dia kalah, ini akan menjatuhkan maruah Pakatan Rakyat.
Tentang Datuk Arif pula, beliau merupakan wakil rakyat bagi DUN Seberang Jaya. Berkebolehan bertutur dalam Mandarin dan Hokkien memberi kelebihan besar baginya. Beliau mendakwa sekiranya beliau berjaya merebut kerusi ini dari ‘hot favourite’, Anwar, beliau akan sentiasa menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat P44. Tiada tekanan di atas bahunya,bagi memenangi pilihan raya ini. Senang cerita, “He got nothing to lose”
Tentang Saudara Hanafi Hamad, dia merupakan Presiden bagi AKIM (serpihan dari
PAS). Parti ini pernah bertanding pada Pilihan Raya Umum 1999, di kerusiparlimen Pasir Puteh dan Kota Bharu tetapi tewas. Berkeahlian seramai 10ribu di seluruh negara.
My prediction, Anwar akan menang tetapi kemungkinan majoriti berkurang berbanding kemenangan Wan Azizah pada PRU-12. Ini kerana hari pengundian berlagsung pada hari selasa, 26 Ogos. Kebanyakan pengundi muda yang berasal dari Permatang Pauh tetapi bekerja di ibu kota, mempunyai kesulitan untuk apply cuti kerja dan pulang untuk menunaikan kewajipan mengundi. Seperti yang kita ketahui, pada PRU-12, kebangkitan Pakatan Rakyat dikatakan dipengaruhi faktor undi dari pengundi muda.
Anwar perlu memenangi pilihan raya bagi menunjukkan kepada Malaysia, yang beliau sememangnya ‘Bakal Perdana Menteri Malaysia’ dan berkemampuan bagi membentuk kerajaan baru seperti yang didakwanya pada 16 september ini. Bagi Datuk Arif, inilah peluang bagi beliau bagi memberi nafas baru kepada penduduk Permatang Pauh. Bagi Hanafi Hamad, ini merupakan salah satu platform bagi memperkenalkan parti ini di utara tanah air.
Buat maklumam pembaca semua, pengundi-pengundi di Malaysia terdiri dari 3 golongan. Golongan yang taksub kepada pemimpin tertentu, penyokong setia parti tanpa mengambil kira siapa calon yang bertanding dan golongan yang ketiga, pengundi atas pagar. Pengundi2 di Permatang Pauh majoritinya pengundi setia Anwar Ibrahim. Tetapi situasi boleh berubah, sekiranya BN mempunyai hujah yang betul2 dapat menyakinkan pengundi kawasan P44.
Dan jika Anwar Ibrahim menang dalam pilihan raya kecil ini, dan juga jika benar akan berlaku Tsunami kedua pada 16 september ini, ini akan membuktikan perubahan besar-besaran dalam situasi politik tanah air.
Apakah Gerhana Biru akan terus terpancar di sanubari pengundi kawasan P44, atau BN akan memecahkan dominasi Anwar di kawasan tradisinya sendiri. Ataupun calon ‘underdog’ akan memberikan kejutan terbesar dalam tahun 2008. Sama-sama kita nantikan 26 ogos ini……
.Dari mahasiswa untuk rakyat tercinta.
Wednesday, August 13, 2008
Apakah bunyi itu??
13 August 2008 around 6.40am
Sebaik aje, lepas semayang subuh ,aku pun dengan melangkah layu membuka pintu bilik ku..bila aku buka aje, tiba2 kedengaran bunyi pelepasan valve angin( valve adalah salah satu komponen penting dalam sistem pneumatic)(pneumatic adalah satu sistem yang menggunakan angin sebgai bahan utama,klo sistem tu guna cecair nme dia sistem hidraulik plak)..pruttt…loud and clear..aku pn cari ar kat keliling aku, tayar moto sapa plak yg lose angin pagi-pagi ni..tiba2, di sudut kanan aku, terdapat satu lembaga yang sedang duduk di kawasan agak gelap di koridor bersebelahan bilik aku..aku pn meneyeh2 mata aku yg masih kemerah-merahan(sbb x cukup tido) untuk memastikan apa sebenarnya yg aku nmpk td..Dari jauh sayupp2 kelihatan lembaga itu memandang ke arah kirinya..aku
Sebaik sahaja aku ketahuan yang hanya dia saja berada di situ, hati kecil ku berbisik “bedebah punya brother, ade ke patut lepas angina fus-fus dia..dah la direct plak bunyi dia..”..Aku tengok muka brother tu, dia boleh plak buat muka slumber..Memang sah dia sedang menyembunyikan satu rahsia yang amat besar lagi memalukan jika didedahkan di tabloid tempatan..Aku pn terus sahaja melangkah pergi ambil air di ground floor..Sambil jalan tu, aku berkata “ apa la brother, dalam banyak-banyak site nak uji bom nuclear kat dalam dunia ni, dia boleh pilih nak test kat sebelah bilik aku gk”..lepas aje isi air, aku pn melangkah dengan penuh keyakinan (macam iklan kasut budak sekolah plak) menuju ke bilik aku, yang bersebelahan dengan tempat uji bom nuclear..aku lalu sahaja sebelah brother 2, hujung mata aku dapat mengesan yang dia sedang memerhatikan aku dengan muka yang malu-malu kucing..Terus aku tersenyum kerana hipotesis@andaian awal aku terbukti benar..wa cam eksperimen sains time form 2 dulu..
Terima kasih ar bro, sebab jadi
Sebenarnya, moral cerita ini adalah kita kena jaga adab dan tatasusila kita..kalo ye pun nk lepas angin, masuk ar tandas..tak pun cepat-cepat lari masuk bilik, baring atas katil, tarik selimut dan buat2 berdengkur..peh tu, baru buang angin.. tak ada la orang nak syak ape2…..tak pun, buat2 gelak time nak lepas angin 2..Ini tak, dah la lepak kat tempat public..
Sori bro, aku tak de niat nak malu kan ko..ni semua hanya sebagai peringatan dan pedoman
Demonstrasi di uitm
Panas telinga aku dgr idea 'bernas' dr MB Selangor ni..Ape kejadah die bagi idea cam ni..Dalam otak aku, aku pikir pasal hak orang melayu aje..Aku bca kt internet, smpi 8ribu org berarak kt shah alam.. pergh, klo la aku dapat g join
Then, aku terpikir ape la motif die bg idea mcm ni..pada pdgn aku, aku rse die bg pdgn ni sbb dia sayang orang melayu..dia nak orang melayu berani bersaing, bkn nye jenis yang duduk kt sit paling belakang dlm dewan kuliah, yang bersiul time pompuan lalu depan mata( time ramai2 ar, kalau sorang2 x berani..aku jamin")..Die nk orang melayu yang kompetitif dalam dunia masakini..bila ade cina ngan india kt uitm, secara x lgsg, ni akan menggalakkan bdk melayu bersaing..Xkan la nk sampai time dunia pekerjaan, baru kita nk gelabah bukak buku, blajar cara untuk bersaing..
Ade orang ckp pasal isu survival orang melayu kt universiti..kononnya kalau orang cina masuk ke uitm, dorang akan memonopoli top rank dalam uitm..Apa2 pn aku nk ckp yang,sebenarnya orang yang ckp mcm 2 takut ngan bayang2 sendiri..bila dorang skor time test, lagi power dari kita, kita sepatutnya lawan balik..ini x, dalam hati kita asyik cakap "x pe ar, biar la, da dia pandai.." kita sepatutnya push harder dalam kita punya study..
KADANG2 KITA RASA YANG SURVIVAL DALAM JUMLAH YG BESAR ITU PENTING, TAPI SEBENARNYA YANG PALING PENTING ADALAH SURVIVAL YANG WALAUPUN JUMLAHNYA CIKIT,TAPI PERFORMANCE@KUALITINYA DIA BAGUS...
Kita ambik contoh kt US..Orang yahudi cikit aje,tp disebabkan dorang dapat kontrol ekonomi US, secara x langsung dorang dapat kontrol dasar luar US..2 yang US x berani ambik tindakan ke atas Israel laknatullah..
C'mon, kita kena berubah..
Aku sayang kat bangsa aku sendiri..Semoga MELAYU dah tidak mudah lupa