Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

Friday, July 30, 2010

Public fone



Telefon awam yang kaler biru atau kuning..

Pergghhhh klasik gila...

Dulu, di public fone la aku bergayut di zaman aku sekolah...di zaman aku digelar hero remaja..

Zaman itu, memang perlu cari public fone paling sunyi supaya jelas bercakap..

Bercakap plak kena la dengan nada slow gila..baru la romantik..hanya untuk si dia dengar..

Dalam poket seluar jeans lusuh aku, penuh dengan duit syiling..minimum adalah rm2..

Kepala selalunya dihulur sedalam mungkin..mungkin untuk mendapatkan feel..



Tapi sekarang??

Public fone makin pupus..

Yang rosak lebih banyak dari yang berfungsi..

Public fone lebih kepada fungsi notice board..di mana iklan bilik sewa dan iklan peminjam wang ditampal bersilih ganti..

Remaja muda mudi semakin kurang bergayut di telefon awam..



Di situ, aku nak mention beberapa kelebihan public fone semoga tradisi bergayut di public fone berkekalan..

Kelebihan call awek dengan public fone berbanding handphone

1. sanggup keluar umah tengah malam untuk bergayut..konon2nya sanggup bersusah payah.

2. sambil bergayut tu, boley kutuk2 orang sebelah yang 'cakap kuat' or watever...

3. boley budget berapa ringgit habis time calling awek..so perbelanjaan berhemat..

4. boley tengok perangai kaki gayut di public fone..

5. membentuk sifat penyabar apabila terpaksa beratur panjang untuk guna public fone.

6. dapat melatih kaki supaya tahan berdiri untuk sekurang-kurangnya 1/2 jam..

7. berminat untuk kumpul duit syiling untuk dijadikan modal bergayut..

8. sanggup beli gula2 hack 2bijik(10sen) semata-mata hendak baki 90sen untuk bergayut

9. memberi turn kepada makcik2 yang terdesak nak menggunakan publis fone..

10. mampu membentuk badan mengikut ruang2 kosong di celah2 public fone..

Monday, July 26, 2010

Ubah gaya hidup

petrol naik harga..gula pon naik harga..diesel pon naik harga..

lagi 2bulan aje kita nak raya, so sah2 biskut2 raya bertamah2 mahal dan tiket bas naik harga...fed-up aku..rasa macam bingai aje..

jadi apa boley buat, ubah gaya hidup


*basikal mountainbike ber-cover set RXZ.. dari FB Mr Khairul..

Wednesday, July 21, 2010

Seksi ke Seksa?

gambar ni aku cilok dari wall fb kawan aku..tu bukan gambar yang dia snap..aku tak tawu dia segan nak mengaku ke apa..tapi yang pasti ayat pertama yang keluar dari mulut aku "Perghhh..berMUSCLE tu.."




dan ayat terakhir aku "dah macam model tayar MICHELIN"




salahkah mulut puaka aku untuk mengkritik penampilan awek itu atau salah awek tu kerana berpakai jarang sehingga menampakkan lebihan2 lemak yang tidak terbakar???

Friday, June 25, 2010

Lagi kerosakan di Kompleks Mahkamah Duta


Tajuk tu aku cilok dari malaysiakini
Ayat2 kat bawah ni pon 90% sama ngan Malaysiakini..ada yang aku ubah-ubah supaya tak skema sangat bunyi dia..


Pada 30 April, 2007 - tiga hari sebelum pembukaan rasminya, SILING PANEL TERMASUK LAMPU-LAMPUNYA RUNTUH.

Seminggu kemudian, REKAHAN sepanjang tiga meter kelihatan di luar Mahkamah Majistret Empat.

Selain itu, sepanjang Mei 2007 pula, SISTEM AIR-COND mengalami masalah, berlaku TAKDA KAREN dan juga SISTEM PEMBENTUNGAN MELIMPAH(yukkksssss!).

Pagi semalam, SILING kompleks Mahkamah Kuala Lumpur roboh hari ini menyebabkan kafeteria bangunan itu dibanjiri air kerana SALURAN PAIP PECAH(kebocoran kali kedua).

Pengarah Mahkamah Kuala Lumpur Azizah Mahamud berkata runtuhan itu berlaku berikutan tekanan air terlalu tinggi dan kerosakan itu telah diperbaiki kontraktor yang bertanggungjawab melakukan kerja-kerja penyelenggaraan.

Kebocoran yang dikatakan berlaku semalam, tetapi telah dibaiki dan siap kira-kira jam 5 pagi ini.

Namun ia bocor kembali dua setengah jam kemudian iaitu pada jam 7.30 pagi ini.


Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Datuk Seri Judin Abdul Karim ketika mengulas kejadian itu berkata, kebocoran tersebut disebabkan penutup paip yang pecah dan bahan yang digunakan tidak mengikut spesifikasi.


**JOM GELAK RAMAI2..WAKAKAKKAKAKAKA....**
**CANGGIH LA SANGAT**
**FOR SURE 500JUTA TU ADA BOCOR KAT KIRI KANAN, DEPAN BELAKANG**
**TAMIA A A, WAKA WAKA A A..**

Wednesday, June 23, 2010

Selamat tinggal Penjara Pudu



runtuhannya sebuah penjara..yang menyimpan begitu banyak sejarah...


kata protester :
penjara pudu perlu dikekalkan..ia adalah satu warisan..

kata pak menteri :
penjara itu bukan warisan..tiada apa yang perlu dibanggakan dengan sebuah penjara..


yess..penjara pudu bukannya satu artifak yang patut kita bangga-banggakan..tetapi penjara pudu adalah satu bentuk monumen keadilan..di mana pesalah seperti botak chin digantung sampai mati..


satu monumen yang perlu dikekalkan bagi mewujudkan rasa gentar di hati mereka yang teringin membuat onar dan menganggu kesejahteraan negara..


masih ingatkah ketika kecil, ketika kita masih kanak-kanak yang memakai pampers tiada jenama, setiap kali kita nakal, pasti mak/ayah kita akan kata "HAH, buat la jahat..nanti polis datang dan hantar masuk JAIL!"..dan pasti kita yang walaupon masih berak dalam pampers, akan cepat-cepat menjadi baik walaupon untuk tempoh 5minit kerana takut akan masuk JAIL..


jadi selepas ini, pabila tiada lagi Penjara Pudu, mungkin akan kurang rasa gentar di hati anak2 muda yang merempit pada pukul 3pagi di Jalan Hang Tuah dan Jalan Pudu..kerana monumen ITU sudah tiada..


Penjara Pudu dilupuskan atas nama pembangunan..tapi kenapa club di Bukit Bintang tak dilupuskan??kenapa and why?? adakah kerana club-club itu membayar cukai sedangkan Penjara Pudu itu perlu dikeluarkan lagi duit dari poket untuk dijaga maintenance-nya?


Atau barangkali club-club itu simbol kemodenan Kuala Lumpur??Sementara Penjara Pudu itu simbol kejahatan rakyat-rakyat Malaysia yang pernah dihukum penjara atau dihukum bunuh di situ...

Sunday, April 25, 2010

Sumpah Sesumpah



dulu, setahun setengah yang lepas..

lecturer subjek 'etika profesional' aku berkata..

"kamu bayangkan, ada sorang tu curi spender kat JJ..then, lalu kat censor keluar bunyi alarm..pak guard pon datang n tanye "kamu mencuri ke???"..then si pencuri spender tu angkat sumpah kata yang die tak curi ape2 pon..kamu pikir apa pak guard tu buat?"

masing2 bagi pendapat..

aku menjerit dengan lantang.."bagi bogel aje sama die.."..

sume orang gelak..

kalo camtu, senang le kerja polis..makin kurang la kes2 di makhamah..tahniah..makin berkurang masalah2 berkaitan isu keselamatan negara

Tuesday, April 13, 2010

Ini bukan sembang kedai kopi



Bagi mereka2 yang hanya baca paper arus perdana, termasuk la jugak aku..aku tak perasan pon pasala berita2 ni..

tapi bila aku bukak themalaysianinsider.com, baru aku dapat baca benda2 ni..

so tak mau cakap banyak arrr, pikir2 arr sendiri..bagi aku, ade certain benda yang kita boley sembang atau debat umpama pak mat dan ah choong di kedai kopi rama..tapi ade benda yang kita can't never ever forever and ever discuss..

kata2 di bawah diambil dari themalaysianinsider.com



"Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (gambar) mengesahkan kerajaan memutuskan untuk menubuhkan sebuah badan yang lama ditunggu — jawatankuasa antara agama untuk menyelesaikan pertikaian-pertikaian berkaitan dengan agama."



"Ahli-ahli jawatankuasa tersebut adalah Ketua-Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Jakim, Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) dan wakil-wakil dari MCCBCHST, Allied Coordinating Committee for Islamic NGOs (ACCIN) serta pakar, sarjana dan wakil dari Sabah dan Sarawak.
Manakala Unit Perhubungan Agama, JPNIN di bawah Jabatan Perdana Menteri akan bertugas sebagai sekretariat kepada Jawatankuasa ini. Pandangan dan cadangan jawatankuasa ini akan diutarakan kepada Jemaah Menteri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon."



"State Mufti Tan Sri Harussani Zakaria said discussions on Islam did not require the interference of non-Muslims as this could have negative implications. “Any other existing religion is not the same as Islam,” he said in a statement issued here today. Harussani said although discussions and dialogues on religion were allowed, the Perak Fatwa Committee felt it should be avoided especially among the general public as it would only invite misunderstanding."



"In 2008, protestors stormed an open forum organised by Bar Council on religious conversion, forcing the forum to come to an abrupt halt. In 2006, more than a hundred demonstrators forced an early end to a forum on religious freedom organised by Article 11, a coalition of 13 NGOs formed for the cause of religious freedom as enshrined in Article 11 of the Federal Constitution.
In the early 80s, the idea for an inter-faith panel was first mooted but was dismissed following objections from the Islamic Development Department (Jakim)."

p/s : call me otak sempit(kalo dibanding dengan saiz bontot), pandangan kabur(kalo tak pakai spek), mulut celupar(semestinya!), tapi aku pantang mak nenek pasal benda alah ni..

Sunday, April 4, 2010

Punca Graduan Menganggur


What??Chinese speaking is essential..

Bila kerajaan buat polisi dot.dot.dot dan etc.etc.etc, lu cakap itu kerajaan berat sebelah sebab kasi tutup sama periuk nasi lu..kasi tabur pasir itu dalam periuk nasi..

Tapi bila lu orang buat syarat-syarat, lu orang mau kasi balas dendam ke sama melayu??

Saturday, March 20, 2010

Taip

just want to share something..coincidence aje kot..

aritu..
time text mesej kat hp..

signal dari kepala otak aku : "nak kena taip thesis ni"
tangan aku menekan punat2 henset (punat..so klasik) : "ni i nk kne taip..(belum berakhir, aku pause sekejap"

aku rase aku nak tulis typing..tapi aku da terlajak tulis dalam BM..

then aku pikir..
TAIP=TYPE..
TYPING=MENAIP..
tapi aku da terlajak tulis TAIP..
so tangan aku rasa cam gatal aje nak tulis TAIPING(taip-ing = type-ing)

kemudian otak aku berpikir2..
aku tak penah pon pronounce taiping sebagai taiping..tapi aku pronounce sebagai taipeng.. not I but E...

wahhh...


weeeeeeeee...awek taipeng..

Monday, March 15, 2010

Tukar perkataan boley tak?



"Budak 11 tahun kahwin lelaki tabligh ditemui di Batu Caves"~tajuk satu artikel kat paper..


perlu ke guna perkataan TABLIGH tu..


aku rase macam bagi imej tak baek aje kat budak2 TABLIGH lain yang selalu menziarah orang2 yang slalu buat muka toya..


muka toya adalah expresi muka menyampah apabila kita borak dengan orang yang kita tak suka(sedangkan orang tu ajak kita ke surau/masjid tapi kita sangat2 malas nak ke masjid/surau)


budak2 TABLIGH ni sebenarnya2 sangat2 la baik..dorang bukannya ajak pi clubbing..dorang ajak memeriahkan masjid/surau ajo..


lu orang bayangkan apa yang non-muslim akan paham bila asyik2 die baca paper dengan tajuk cam tu..kalo cina sebelah umah korang cakap, " eh itu tabligh datang umah u sebab apa haaa..mau ajak kawen budak2 ka?"


dulu time aku kaler rambut(nak rase ape yang artis2 malaysia rasa), ade budak tabligh 2orang ziarah bilik aku..aku dalam hati"kalo dorang kutuk2 rambut aku, mau aku terbakar ni"..tup.tup..budak tu tak sentuh langsung isu pasal rambut aku..siap dengan tenang lagi ajak aku pi masjid..bagus giler kan kan kan??

Tuesday, March 9, 2010

Terima Kasih Kerana Prihatin!!!



KUALA LUMPUR 7 Mac - Perdana Menteri hari ini mengumumkan pemansuhan cukai import bagi pembelian baru buggy untuk kegunaan kelab-kelab golf di seluruh negara berkuat kuasa serta-merta.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemansuhan itu bertujuan membantu pembangunan sukan golf yang semakin diminati pelbagai lapisan masyarakat dengan kelab-kelab golf pada masa sama berupaya meningkatkan lagi kemudahan yang sedia ada.

Difahamkan apabila pemansuhan cukai import itu dilaksanakan, ia akan mengurangkan hampir separuh daripada harga sebenar sebuah kereta buggy.



source : http://www.bernama.com/bernama/v5/newsgeneral.php?id=480440

KUALA LUMPUR, March 7 (Bernama) -- Golf clubs were presented a gift by the Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak Sunday when he announced the immediate abolishment of the import duty on golf buggies to spur the development of the golf industry in the country.

"I have been told that one of the ways in which we can help the development of quality golf courses in this country as well as to ensure that golf clubs in this country provide better facilities is to to consider removing import duty on buggies.

"So, on this auspicious occasion, wearing my hat as the Minister of Finance, I would like to announce the immediate abolishment of import duty on all golf buggies in this country," he said.

A happy Malaysian Golf Association (MGA) president Datuk Robin Loh welcomed the removal of the import duty which he said was 50 per cent.

For example, an imported buggy of RM20,000 would cost RM35,000 with the import duty and other taxes, he said.


sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0308&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm


->>>Aku berkata :

fakta tentang buggy golf dan apa saja berkaitan golf

BUGGY
sebuah kereta buggy yang standard - memuatkan dua orang pemain dengan membawa peralatannya sekali -berharga sekitar RM RM 12 ribu-RM 60 ribu tidak termasuk harga cukai.

PENGGUNAAN

penggunaan kenderaan jenis ini adalah terhad untuk kegunaan di padang-padang golf mewah untuk pemain-pemain golf
Menurut laman web golf-malaysia.com, Malaysia cuma mempunyai 162 Kelab golf sahaja diseluruh negara dengan kadar yuran keahlian paling rendah adalah RM 4,000 setahun.

PEMAIN GOLF
Pemain-pemain Golf tempatan kebanyakannya terdiri dari kalangan mereka yang berpendapatan tinggi. Walaupun sudah ada mereka yang berpendapat sederhana bermain golf tetapi hanya sebagai aktiviti santai dan riadah, bukannya untuk menjana pendapatan negara. Mereka yang mengunakan Kereta buggy ini pula hanya golongan mewah, sedangkan pemain golf yang biasa hanya berjalan kaki keliling padang golf.



kepada Encik pengubal undang-undang..
cukai kereta bila pulak nak mansuhkan..??? hah???(aku buat muka tak paham) and then, berapa peratus sangat rakyat malaysia yang main golf..bapak saya pon tak main golf..

berbalik kepada berapa peratus sangat rakyat malaysia boley main golf, adakah tindakan ini dapat mengalakkan budaya bersukan bagi menyihatkan badan di kalangan rakyat jelata..

tahukah encik pengubal undang-undang, kos latihan bagi saya yang berumo 22tahun ini yang dikatergorikan dewasa adalah RM165 untuk satu sesi(sejam setengah sahaja), RM475 untuk tiga jam dan RM900 untuk enam jam termasuk penggunaan peralatan dan fasiliti.

Mengenai kos untuk peralatan peralatan berteknologi tinggi pula, kalo saya teringin nak lawan Tiger Wood, mesti la saya pakai barang berkualiti tinggi..tapi barang berkualiti tinggi adalah melebihi RM150,000.

kenapa mahal..nak buat camne encik pengubal undang-undang, da nak lawan tiger wood..kang kalo saya pakai barang murah and then time saya sedap posing bontot nak hayun kayu golf tibe2 kepala kayu golf tu melayang kepala tiger wood, saya nak cakap apa kat dia..saya bukannyer tere speaking encik pengubal undang-undang..

saya pon teringin nak ada caddy yang hebat, kalo boley saya nak pakai bekas caddy tiger wood sebab senang sikit saya nak suruh caddy saya mintak nombor fon awek2 golf yang loaded tu wahai encik pengubal undang-undang..

Monday, February 15, 2010

Aku bukan racist



Susah sangat ke nak mengaku diri tu mamak..kenapa??MALU?

Aku tak paham, sesetengah tu, mengaku melayu, tapi balik umah boley pulak cakap tamil dengan family..

Ada member2 aku yang mamak ni, mengaku melayu siap bagi ayat best lagi.."dalam family aku, aku sorang aje yang gelap..adik beradik aku sume putih"..come on laa..



kalo yang dah dua-tiga keturunan da bercampur dengan melayu, boley la dikategorikan melayu..tapi ni siap boley cakap tamil lagi kat macha nasi kandar, ape cerita?

And satu lagi, aku orang Penang..tak suma orang penang ni mamak ya..so jangan buat lawak bila nampak aku, korang boley tanya aku ni mamak ke ape..

~aku bukan racist yea..aku cuma tak paham kenapa susah sangat nak mengaku~


Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam pekara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai:

1. Seorang yang beragama Islam
2. Bertutur bahasa Melayu
3. Mengamalkan adat istiadat Melayu
4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

Wednesday, December 30, 2009

Pulau Besar DAy 3



Actually, wake up at pulau besar aje..kul 8 pagi, kitaorang da ciao dari pulau besau and next plan, makan sepuas hati di tanah besar..

so, mula2 breakfast kat mydin area2 melake sentral..

then, drive pusing2 melake..posing ambek gambar tepi eyes on malaysia..

then, sambung drive sampai dataran pahlawan..macam taek aje nak cari parking kat tempat ni..

then, posing kat meriam depan a'famosa yang 'besar' kabar..masing2 tertipoo dengan ke'besar'an a'famosa..








jalan2..sampai penat..eh silap, sampai jadi negro..tengok aje la gambar..





















Tuesday, December 29, 2009

Pulau Besar Day 2

Day 2..

dimulakan dengan breakfast kul 11am kat kedai sorang akak tu..

aktiviti berjalan kaki pusing2 pulau..dengan takde map, compass lagi la takde..so kitaorang seramai 9 orang ni pon ikot la direction jari telunjuk orang2 yang kitaorang jumpe..

tempat 1st, makam nenek tempayan pecah & telaga berhampiran..aku tak taw la story ape kat makam ni..tapi yang pasti, kitaorang da rase laen macam sebab ade benda pelik2..







tempat 2nd, marina..giler grand tahap datok tempat ni..tempat lawa nak mampus..bak kata aku, "macam dok miami"..tapi kan, macam projek lame aje ni..sebab kalo tengok betol2, cat macam da luntur cikit..









tempat 3rd, batu belah batu bertangkup..jauh nak mampus..tinggi tak hengat doniawi..giler semput..sempat jugak kitaorang lari ala2 pelarian colombia akibat dikejar oleh van..kat cini pon rase macam tak sodap hati..banyak sangat 'sup bunjut' tergantung atas pokok..kaler kuning2 pulak tu..maybe ade perisa tambahan kunyit kot..










after tempat ketiga tu, sebenarnya ade banyak lagi tempat example ade makam yunus, and beberapa makam lagi..tapi disebabkan rase tak sodap hati, so kitaorang plan untuk balek bilik terus..

aktiviti petang??member2 aku pi mandi untuk meneruskan matlamat untuk menjadi negro yang tak tercapat sejak semalam..aku yang da start seram2- sejuk nak demam tu gila pusing2 pulau besau..

aktiviti malam??aku telan panadol dua bijik and terus cube pejamkan mata walaupon tak boley..aku siap pasang mp3 lagi takut2 aku berkhayal dan berhalusinasi pelik..kang nenek kebayan yang cun muncul depan mata aku, terus aku bawak die jumpe mak aku buat calon bini..

aku tidor seperti seekor dugong..ke seperti sebijik kete vios (vios baru = dugong)



lawak sengal 2nd day..
scene kedai makan time breakfast..time tu nak bayar duit..

Eso : "erm, brpe ek kak..magie goreng + teh tarik?"
Kak : "ade telur tak?"
Eso : (sambil pandang kat member2 sebelah sambil senyum2 nak tergelak)
Kak : "ade telur takk??"
Eso : (dengan berat hati) takde..

(kalo korang paham and ade kat scene time tu, memang kelakar giler la)
akak tu maksud kan telur goreng, aku pikir telur laen..member2 aku sume gelak tengok aku..orang lepas aku, baru la akak tu tukar perkataan telur kepada telur goreng