Showing posts with label manusia. Show all posts
Showing posts with label manusia. Show all posts

Friday, July 16, 2010

Jari Telunjuk


setiap kali laungan itu berkumandang di tv

pasti jari telunjuk dituju ke atas sementara jari2 yang lain digenggam

dulu aku tidak mengerti apakah maksud semua itu

aku pikir

ini pasti tema baru

seumpama casino di sentosa island

yang pastinya akan menenggelamkan casino di genting highland



rupanya, sekarang baru aku paham

jari telunjuk itu maksudnya harga barang naik

jari yang biasa digunakan bagi mengarah orang

dan pastinya bila harga barang naik tapi gaji tak naik2, inflasi akan naik

rakyat akan naik darah

rambut kelabu(grey hair) akan bertambah



tapi pasti ada tali barut yang menyokong perkara itu

kerana bagi mereka

sokongan itu penting untuk senang naik pangkat

dan pabila naik pangkat, segala keputusan penting pasti ditentukan oleh mereka

pabila di atas meja terletaknya sekeping kertas

dan di tangan, digenggamnya sebatang pen

sambil diselitkan satu cheque

sebagai tanda terima kasih



sementara, orang kebanyakan merana

merana dan terus merana

dan pabila jurang kemiskinan semakin melebar

mula la jari telunjuk itu menuduh kesalahan itu adalah dari orang lain

Friday, April 2, 2010

April buduh..

Geram betol aku dengan pondan depan bilik aku..bukan betol2 depan la, jiran sebelah pintu budak bilik depan aku..merangkap 45darjah ke sudut kiri dari pintu bilik aku..


Makin da nak abes semester ni, makin bising pulak pondan2 ni..dah la pintu bilik aku tak boley ditutup rapat, so dengan mudah lontaran2 vokal dari suara pondan2 itu mudah menerjah ke kamar tidur aku lalu membuatkan tidur aku menjadi terganggu..


Aku rasa macam aku nak bagi penampar aje, then aku menjerit "april fool" kemudian lari laju2...

Thursday, April 1, 2010

Makin Busy

aku sangat busy sekarang..da makin jarang online..sebab nak menikmati pemandangan terakhir di sini(poyo jo bunyi)..

perasan tak..kita..sebagai melayu..sangat2 ber-alah..beralah..mengalah..

aku perasan time aku bace buku "Malay Dillema"..



kadang2, kalo da sampai turn kita untuk gune something, then ade someone potong trip kita..tak kisah la mak cik tua, amoi bergetah dan ape ntah lagi kalo artis..die pandang muka kita..kita pon kata "nevermind..u guna la dulu"..sambil tangan hulur point ke arah something itu dan tidak lupa, menguntumkan satu senyuman ketat..

tapi dalam hati kita "cilaka, aku da tunggu lame nak mampus..sampai nak tercabut lutut aku"


kalo tengok bola kat blok aku, mesti ade satu group mat-mat black yang akan sembang kuat nak mampus, tanpa menghiraukan keadaan sekeliling yang mana mereka adalah minoriti..mereka bersembang maha kuat, sehingga haram tak dengar sepatah pon apa commentator cakap..

dan aku, selepas beberapa game tahan, at last..aku dengan bangganyer mengaku aku orang pertama yang berani sound dorang bagi tahun2010 ini..



sebab apa aku cakap aku orang pertama yang berani sound..ok la,

no1 majoriti budak blok aku adalah malay..paham2 aje la, kena la humble dan polite kan..ape orang buat taik pon, kita tak boley nak marah..

no2 geng berkulit kuning pulak jenis tak kesah hal orang lain..asalkan pointer dorang gempak..

no3 mat mat black ni badan besau2..kalo buat ukur lilit lengan tu, mau tercabut gigi geraham aku kalo kena penumbuk..

no4 member2 aku selalu aje complain kat aku pasal perangai dorang..dan disebabkan aku suka jadi hero, aku sound la..

no5 buat ape aku nak pendam ketidak-puasan hati aku dalam hati..kang kalo aku pendam, ade 2 possible outcomes yang boley terjadi..samada aku jadi giler atau aku Amok..

HEY..HEY..SHUT UP..FAK UP..

sumtimes..bagus kalo kita diam diri kalo orang tu tengah marah..tapi kalo taknak kepala kena pijak, kita kena tegas..

p/s : ayat latest dari pemimpin melayu paling lantang sekarang ni..
"jika bangsa-bangsa asing ini mendakwa mereka rakyat kelas kedua, don't talk shit! don't talk shit! saya ulang untuk kali ketiga don't talk shit!"

Wednesday, March 10, 2010

Kuaci


Tadi..
berita tv3 kul 8pm..

aku time tu tengah sedap meratah ayam penyek kat taman universiti..sambil mata terpaku melihat berita..

dalam berita..
"kuaci tanpa sijil halal dirampas"
aku tenung betul2 kotak company yang keluarkan kuaci tu..
secara spontan..
mulut aku mengeluarkan perkataan feveret orang USA.."ohh Fak"



sebabnyer..
sem lepas aku selalu giler makan kuaci tu..especially time aku tension buat modelling..

patut la sedap semacam kuaci tu, ntoh2 dorang ade celup dalam red wine kot...

Sunday, March 7, 2010

Pengetahuan Am



Kadang-kadang..


Aku pelik la dengan beberapa manusia yang aku kenal ni..


Aku tak taw la kalo dorang jarang baca newspaper ke hape ke(yang pasti lagi kuat surf tenet dari aku), tapi bila aku borak pasal individu2 yang hot atau just suam2 kuku sekarang ni, ade aje mangkuk tingkat yang blank..


*sejenis mangkuk tingkat*


For example,


bila aku bukak topik pasal Ibrahim Ali..
aku cakap "oh ni Ibrahim Ali punyer geng la ni.." then aku pause sekejap lepas aku tengok reaction kat muka2 manusia itu agak blur..peh tu, aku sambung balek "tawu tak sapa tu Ibrahim Ali?"..manusia2 itu kelihatan blank..
..aku nak ter-golek..


bila aku bukak topik pasal Ghani Othman..
tadi tengahari time lunch, aku cakap kat sekumpulan manusia.. "eh, tadi member aku msg cakap Ghani Othman pengsan kat padang golf"..tiba salah sorang manusia itu bertanya "sapa dia?"..aku ulang la "Ghani Othman pengsan kat padang golf..tawu tak sapa tu Ghani Othman?"..manusia itu geleng kepala sambil kembali mengigit ayam goreng..


tapi bila aku cakap pasal Scha Al-Yahya, boley pulak manusia ni cakap "best siot awan dania..boley tengok betis Scha"..


*comey siot pakai baju kurung*


yup Scha Al-Yahya tu pon pengetahuan am jugak..tapi kena tahun la general knowledge lain yang takde kaitan dengan hiburan, futbol dan akademik..


tu aku tak bukak lagi cerita..tikus tergolong dalam keluarga rodent..tapi tahu tak yang tupai itu jugak rodent..aku tawu dari Inglorious Basterd



*kenape laa aku baru sedar cerita quentin tarantino best*


p/S : pengetahuan am tu boley didapati kat mana2 aje..even kat tempat yang kita tak expect pon..

p/S : tolong jangan cakap kat aku, "buat ape nak ambik taw..bukannyer masuk exam pon"..pigi daaa..exam lambat lagi, yo yo oo aje mengaku macam da study untuk final exam..

p/S : aku bukan insan yang perfeK!(sengaja silap eja)

Friday, March 5, 2010

Prank Birthday



Selalunyer, tiap2 kali besday(birthday), macam2 prank kita akan buat kepada besday boy/gurl..

Member aku..besday die minggu lepas..right before the week besday die, kitaorang cuti raye cine..Member aku ni jenis kesah tak kesah sangat dengan barang2 die, motor kriss die tu da la tayar pancit, handle pon tak lock..so jangan harap la nak taruk fork lock atau lock kat spoket..

Balek aje dari cuti break raya cina, terus die terkejut..motor die hilang..gelabah beb..kalo selipar jamban hilang pon da sumpah seranah, ni kan motor hilang..

Aku tanya "eh ko buat report polis tak?"
Die balas "repot polis belum buat lagi, repot ngan pak guard da buat dah"

dua hari selepas tu, ada sorang member die nampak motor kriss biru tu..kat area kolej aku tapi blok lain..aku pon pi la ushar motor die..motor die mmg kat tempat open..terbuka..memang tak logik orang nak curi..then aku cakap kat member aku tu, "eh topo, aku rase ade orang nak prank ko sempena besday ko"

*sori la kalo bosan cikit post ni..aku letih nak melalut sebab baru lepas main futsal..



p/s: kalo nak prank member, ni aku da bagi idea curi motor..tapi jangan sampai polis datang ketuk pintu la..

Saturday, February 27, 2010

S.E.N.G.A.L



S-E-N-G-A-L


sengal??


kenapa ramai sangat orang cakap aku SENGAL..


ada orang cakap, aku SENGAL sebab aku suke buat lawak..sebenar-benarnya, aku tak tere pon buat lawak..kadang2 orang gelak sebab orang bersimpati kepada lawak aku yang tak menjadi..tapi bab gelak, memang aku no1..tak tercabar dari zaman aku matrik..


ada orang cakap aku SENGAL sebab aku suka merapu..aku rasa aku tersangat2 kuat merapu berkadar langsung dengan tahap pengajian aku..dulu sekolah rendah aku pendiam aje, siap pakai seluar atas pusat..sekarang ni, tak payah cakap la..DASAT!


penyakit SENGAL aku akan datang bila aku bersembang atau berchatting dengan orang jenis satu kepala atau dalam bahasa aku(kadang2 ayat yang keluar dari mulut aku ni pelik2 cikit), ~'boley main hantuk kepala'~..bila aku jumpa dengan manusia begini, secara spontan aku akan keluar ayat ntoh hape2 dari mulut aku yang akan membuatkan orang react "sengal la ko ni"..


lecturer aku cakap sengal tu SENang gaGAL..ehem2, excuse me..saya penah fail satu subjek aje wahai encik lecturer tu pon angkara si professor yang ajar saya tu tak abes2 dok lukis gambar petisejuk kat whiteboard..so time test, saya lukis la petisejuk besar2...


aku risau sangat..so aku pergi la buat medical check-up..doktor pesan " penyakit ni tak berjangkit la sengal!"


*awek hindustan ni name die Krithika Sengal
aku rasa bapak die nak bagi nama critical sengal..tapi si penulis surat beranak tu silap tulis..

Tuesday, February 16, 2010

Mari Menabung




Sori la, aku memang tak follow fesyen..tu yang gaya aku selekeh aje..

Sekarang ni memang trend ke ha, orang tayang cleavage kat buntut..atau apa yang aku kata kat member2 aku biler aku nampak cleavage tu, aku akan kata "FUYOOO...NAMPAK TABUNG!"

Banyak kali da aku da nampak fesyen ni, tapi aku nak cerita tiga story aje..



scene pertama,di Jusco
aku baru lepas shopping dan sedang bergerak ke parking motor..and then, ada satu couple chinese ni jalan depan aku..aku pelik nape awek die tak pakai belt sebab nampak seluar macam nak terlondeh aje..then, time aku baru gerak, balak die perasan..terus cepat2 taruk tangan kat 'tabung' awek die..frust menongeng aku nak ushar dari dekat..
TABUNG AMOI CINA

scene kedua, cafe di SUB..
aku tengah sedap makan nasi jagung dengan member2 aku..kitaorang duk kat meja yang bentuknya square..tengah sedap2 makan, tiba ada sorang mamat ni duk kat table depan aku(die membelakangi aku)..sekali duduk, terus nampak 'tabung' die..nak termuntah aku tengok..sungguh berbeza reaksi aku antara scene pertama dan scene kedua..Ape barang tengok tabung laki..baik aku membelakangi cermin and then,tengok cermin tu..
TABUNG LELAKI MELAYU

scene ketiga, kedai nasi ayam penyet..
tengah sedap2 menjamah selera tu..tiba2, member aku cakap "eh tu tu, ada tabung.."..aku pon pusing la belakang, cari mana la bank yang bukak malam2 buta ni..sekali cari punya cari, baru aku jumpa tabung tu..tabung awek melayu..pakai tudung pulak tu..aku cakap kat member aku, "da pakai tudung tu, tak payah la nak tayang tabung.."
TABUNG AWEK BERTUDUNG

kesimpulan dari post ini..
no1 . kita perlu menabung untuk kesejahteraan masa depan..
no2 . sila sediakan duit syiling yang secukupnya..supaya bila nampak tabung, terus masuk syiling..
no3 . kalo aku nampak 'tabung' amoi, terus muka aku excited..


*tabung dunia..

Monday, February 15, 2010

Aku bukan racist



Susah sangat ke nak mengaku diri tu mamak..kenapa??MALU?

Aku tak paham, sesetengah tu, mengaku melayu, tapi balik umah boley pulak cakap tamil dengan family..

Ada member2 aku yang mamak ni, mengaku melayu siap bagi ayat best lagi.."dalam family aku, aku sorang aje yang gelap..adik beradik aku sume putih"..come on laa..



kalo yang dah dua-tiga keturunan da bercampur dengan melayu, boley la dikategorikan melayu..tapi ni siap boley cakap tamil lagi kat macha nasi kandar, ape cerita?

And satu lagi, aku orang Penang..tak suma orang penang ni mamak ya..so jangan buat lawak bila nampak aku, korang boley tanya aku ni mamak ke ape..

~aku bukan racist yea..aku cuma tak paham kenapa susah sangat nak mengaku~


Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam pekara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai:

1. Seorang yang beragama Islam
2. Bertutur bahasa Melayu
3. Mengamalkan adat istiadat Melayu
4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

Sunday, February 7, 2010

Sifu mintak C.I.F.U



Situasi pertama

Pada satu petang yang hening, ketika mesyuarat tingkap di sebuah lokasi, Sifu bertanyakan sesuatu kepada ePon..

Sifu : Can I Faq U?
ePon terkedu..die berasa takut dan marah..bla bla bla..
ePon akhirnya merelakan sesi FAQ atau ‘frequently asked questions’ di antara dia dengan sifu..epon telah menafikan haknya sendiri, iaitu hak untuk mem-protect bontot dia dari dicerobohi oleh mana2 anasir luar..begitu lemah sekali epon..


Situasi kedua

Pada satu petang yang nampak macam nak hujan, aku dengan kawan aku nak buat eksperimen..eksperimen reaksi pompuan apabila diajukan C.I.F.U..so, aku cabar kawan aku suruh dia pergi tanya perempuan yang masih suci, “can I faq u?” ..member aku tu buat betul2..

die pon pergi la tanya mana2 awek kat bus-stop..member aku dengan selamba kodok pon cakap la "C.I.F.U?" then, awek tu tergamam..muka marah..kemudian..
Dari 1saat sehingga 2saat, pipi kawan aku ditampar sekuat-kuat hati dia..kesan nya, pipi dia tak simetri selama beberapa hari


Dari saat ke3 hingga saat ke5, his balls will be get kick..


kesannya, dia menangis like a small baby Selama 30minit sambil berbaring kesakitan dan akan mengambil masa selama 1jam untuk mendapatkan kudrat kembali berdiri..


dia jalan terkengkang selama 1minggu..


kilang kesuburan dalam badan kawan aku akan shut-down operasi selama 3minggu..


kawan aku kena pergi kaunseling untuk mendapatkan keyakinan dia selama 2bulan..


dan kawan aku mengambil masa Selama 3bulan untuk kembali berkeyakinan bercakap dengan perempuan..


Bak kata mastercard, "There are some things money can't buy. For everything else, there's MasterCard."

Saturday, February 6, 2010

Guys who cry : Sweet or Soft?

this title is taken from The SUN, UK..


*scolari cakap kat ronaldo : sapa suruh ko menangis..meh cini aku bagi pelempang


menangis..senjata utama pompuan..kalo pompuan menangis depan aku, secara automatiknya aku akan meng-offer bahu aku sebagai port die nak menangis..ohhh, membahagiakan..


tapi kalo lelaki menangis??konfem aku lari jauh2..hahaha..tak da laa....

bagi aku la kan, nothing wrong with crying..normal la, orang laki tu baru belajar potong bawang, memang la berair mata dia..


aku pon penah bergenang air mata, tapi tak la sampai bercucuran air mata..tak malu pon nak mengaku..last sekali time aku menangis, aku menangis sebab family problem..memang punah hidop aku kalo benda tu terjadi(alhamdulillah da ok seperti sedia kala), silap2 aku boley postpone study..

tapi for guys, jangan la menangis kat public melainkan ko terharu atau tengah dapat award..kalo nak menangis, gi menangis sorang2 time tengah mandi shower..nanti kalo orang tanya kenapa mata merah, kata la "syampoo masuk mata..TAK PEDIH KAN MATA..."

Wednesday, December 30, 2009

Aku da berpeluh


aku berpeluh sambil tersenyum


Arini, memang berpeluh tahap happ punyer ketiak aku ni..

arini, suppose la geng2 aku dengan aku sekali pergi buat pas lawatan kat immigresen..then, time mule2 berkumpul dekat uni aku, si organiser tu ntoh macam kelam kelibut cikit..jap kena tambah duit, jap gambar kena ade dua keping..(ooii tambiey, bagitaw awai2 boley tak?)

then, kitaorang bergerak la ntoh berape bijik kete campur berdoyon2 moto kapcai ke pekan rabu(ade pusat imigresen kat citu), punyer la ramai umat manusia kat citu..sampai ade orang duduk atas lantai dan aku ingatkan PATI rupe2nyer budak2 pompuan kos aku..aku siap sempat mimpi lagi(aku mimpi aku da sampai ke BATAM..hoho..indah betul mimpi tu)disebabkan terlampau ramai orang, , si organiser cakap "takpe la,kita pi wisma persekutuan"

pergi wisma persekutuan, jalan jem..naseb baek member aku drive..keja aku, buat muke tension sepanjang jalan..sampai kat wisma persekutuan, aku tabek la sistem dorang buat keje..bayangkan orang punyer la ramai tengah tunggu dorang panggil name, dorang pulak yang kat kaunter boley relak2..macam kambeng tengah meragut rumput, kena la relak, kalo tak tercekik la kan..dorang boley take time around lebih cikit dari 1jam just untuk kitaorang cop jari ramai2..da la pakai stamping punyer dakwat, kan da itam jari2 member budak pompuan aku..tak pasal2 telinga aku menjadi capang sebab kene dengar leteran dorang..

aku cakap kat member aku, "kepala hotak dorang ambek mase punyer lame..". "eh, aku rase aku nak gi jerit la BODOH kat big boss then lari laju2..ko agak2 dorang sempat detect tak muke aku?"

lagi satu, penah tak tengok orang keje ofis hour boley keje sambil senyum2 gelak ketawa time kul4(balek kul5), aku rase la kan, dorang hepi giler buat keje..

terima kaseh ye sebab buat mase aku sepanjang petang..dari kul 1 sampai 5.30petang..

Tuesday, November 3, 2009

KAJIAN 25 TAHUN DATO' FADZILLAH KAMSAH

KAREKTOR KELAHIRAN MANUSIA

JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius Suka mendidik dan dididik Sangat
mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan Suka smart, kemas dan teratur Bersifat sensitif, berfikiran mendalam Pandai mengambil hati orang lain Pendiam kecuali telah dirangsang Agak pemalu Daya tumpuan yang sangat tinggi Mudah mendisiplinkan diri sendiri Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya Cukup sayang pada kanak-kanak Suka duduk di rumah Setia pada segala-galanya Perlu belajar
kemahiran sosial Cukup cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
Berfikiran abstrak Sukakan benda yang reality danabstrak Intelligent, bijak
dan genius Berpesonaliti yang mudah berubah Mudah menawan orang lain Agak pendiam, pemalu dan rendah diri Jujur dan setia pada segalanya Keras hati untuk mencapai matlamat Tidak suka dikongkong Mudah memberontak apabila dikongkong Suka kegiatan yang lasak Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif Mudah mempamerkan marahnya Tidak suka benda yang remeh-temeh Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya Sangat berani dan suka memberontak Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya Pemerhatian yang tajam Suka hiburan dan
sukan Suka benda yang bersifat seni Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran Berkecenderungan pada benda yang tahyul Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC
Berpesonaliti yang menarik dan menawan Mudah didampingi Sangat pemalu dan pemendam rasa Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran Suka pada kedamaian Sangat peka kepada orang lain Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain Tidak cepat marah dan sangat amanah Tahu balas budi dan tahu kenang budi Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal Suka berangan-angan Suka melancong Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi Kelam kabut dalam memilih pasangan Suka dgn hiasan rumahtangga Punya bakat seni dalam bidang muzik Kecenderungan
kepada benda yang istimewa dan baik Jangan terlalu moody.

APRIL
Sangat aktif dan dinamik Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal Sangat menarik dan pandai manjakan diri Punya daya mental yang sangat kuat Suka diberi perhatian Sangat diplomatik (pandai memujuk ). Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang Sangat berani dan tiada perasaan takut Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah Emosi cepat terusik Try control the emotion Kecenderungan
bersifat dendam Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan Kuat daya
ingatan Gerak hati yang sangat kuat Pandai mendorong diri sendiri dan
memotivasikan orang lain Berpenyakit di sekitar kepala dan dada Sangat
cemburu dan terlalu cemburu.

MEI
Kekerasan hati & degil Kuat semangat & bermotivasi tinggi Pemikiran yang tajam Mudah marah apabila tidak dikawal Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian Perasaan yang amat mendalam Cantik dari segi mental & fizikal Tidak perlu dimotivasikan Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain Mudah dipujuk Bersikap sistematik (otak kiri) Suka berangan Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit Daya khayalan yang tinggi Permikiran yang tajam Pandai berdebat Fizikal yang baik Kelemahan sistem pernafasan Suka sastera, seni & muzik serta melancong Tidak berapa suka duduk di rumah Tidak boleh duduk diam Tidak punya ramai anak Rajin dan bersemangat tinggi Agak boros

JUN -
Berfikiran jauh & berwawasan Mudah ditawan kerana sikap baik Berperangai yang lemah lembut Mudah berubah sikap, perangai, idea @
mood Idea yang terlalu banyak di kepala Bersikap sensitif Otaknya aktif
(sentiasa berfikir) Sukar melakukan sesuatu dengan segera Bersikap suka menangguh-nangguh Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik Cepat marah & cepat sejuk Suka bercakap & berdebat Suka buat lawak & bergurau Otaknya cerdas berangan-angan Mudah berkawan & pandai berkawan Orang yang sangat tertib Pandai mempamerkan sikap Mudah kecil hati Mudah kena selsema Suka berkemas Cepat rasa bosan Sikap terlalu memilih & cerewet Kurang mempamerkan perasaan Lambat nak sembuh apabila terluka hati Suka kepada barang yang berjenama Mudah menjadi eksekutif Kedegilan yang tidak terkawal Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah
kawan saya

JULAI
Sangat seronok didamping Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki Agak pendiam kecuali diransang Ada harga dan maruah diri Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan Mudah dipujuk dan bercakap lurus Sangat menjaga hati orang lain Sangat peramah Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya Berjiwa
sentimental Jarang berdendam Mudah memaafkan tapi sukar melupakan Tidak suka benda remeh-temeh Membimbing cara fizikal dan mental Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang Layanan yang serupa dengan semua orang Tinggi daya simpati Pemerhatian yang tajam Suka menilai orang lain dengan pemerhatian Mudah dan rajin belajar Suka muhasabah diri Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama Suka mendiamkan diri Suka duduk di rumah Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan Tak agresif kecuali terpaksa Lemah dari segi kesihatan perut Mudah gemuk kawal tak kawal diet Minta disayangi Mudah terluka hati tapi lambat pulih Terlalu mengambil berat Rajin dalam membuat kerja

OGOS
Suka berlawak Mudah tertawan kepadanya Sopan santun dan caring terhadap orang lain Berani dan tidak tahu takut Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan Pandai pujuk orang lain Terlalu pemurah & bersikap ego Nilai harga diri yang sangat tinggi Dahagakan pujian Semangat juang yang luar biasa Cepat marah & mudah mengamuk Mudah marah apabila cakapnya
dilawan Sangat cemburu Daya pemerhatian yang tajam & teliti Cepat berfikir
Fikiran yang berdikari Suka memimpin & dipimpin Sifat suka berangan
Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat Sangat sensitif tapi tidak mudah
merajuk Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit Belajar untuk relax Sikap
kelam kabut Romantik, pengasih & penyayang Suka mencari kawan

SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur Sangat cermat, teliti & teratur Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik Pendiam tapi pandai bercakap Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur Kerja yang dilakukan sangat sempurna Sangat sensitif yang tidak diketahui Orang yang banyak berfikir Daya pentaakulan yang baik Otak bijak & mudah belajar Suka mencari maklumat Kawal diri dari terlalu mengkritik Pandai mendorong diri sendiri Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia Suka sukan, hiburan & melancong Kurang menunjukkan perasaannya Terluka hatinya sangat lama disimpan Terlalu memilih pasangan Sukakan benda yang luas Bersistematik

OKTOBER
Suka sembang Suka orang yang sayang padanya Suka ambil jalan tengah Sangat menawan & sopan santun Kecantikan luar & dalam Tidak pandai berbohong & berpura-pura Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan Sentiasa berkawan Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama Cepat marah Macam pentingkan diri sendiri Tidak menolong orang kecuali diminta Suka melihat dari perspektifnya sendiri Tidak suka terima pandangan orang lain Emosi yang mudah terusik Suka berangan & pandai bercakap Emosi yang kelam kabut Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan) Suka melancong, bidang sastera & seni Pengasih, penyayang & lemah lembut
Romantik dalam percintaan Mudah terusik hati & cemburu Ambil berat tentang
orang lain Suka kegiatan luar Orang yang adil Boros & mudah dipengaruhi
persekitaran Mudah patah semangat

NOVEMBER
Banyak idea dalam perkara Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya Berfikiran kehadapan Berfikiran unik dan bijak Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa Pemikiran yang tajam Daya firasat yang sangat halus dan tinggi Bagus untuk jadi doktor Cermat dan teliti Personality dinamik Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran Terlalu degil dan keras hati apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya Tak suka marah kecuali digugat Mudah ambil berat terhadap orang lain Pandai muhasabah diri Cara berfikir lain dari orang lain Otak yang sangat tajam Pandai mendorong diri sendiri Tidak hargai pujian Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya Badan yang "tough" (sasa) Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam Romantik Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang Suka duduk di rumah Sangat rajin dan berkemampuan tinggi Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi Bercita-cita tinggi Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah Bersifat patriotik Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa Bercita-cita tinggi Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi Seronok didampingi Suka bercampur dengan orang Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur Tidak pandai berpura-pura Cepat marah Perangai yang berubah-ubah Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi Benci pada kongkongan Suka berlawak Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logic.

***********************************************************************

Sunday, October 25, 2009

Mat Nigger Tengok Piala Malaysia


Semalam..kul 8.45malam..
lokasi : bilik tv blok aku..
jumlah orang yang terlibat:dua orang aje..aku ngan member aku budak terengganu..
channel yang dipasang : game quarter final..selangor vs terengganu..

aku borak2 jap ngan member aku, then terus aku blah..x sanggup nak tengok liga tempatan..sori ea..

aku datang balek..da kul 10.20..ade tiga orang tengah tengok time tu..and surprisingly, dua orang tu orang tempatan termasuk member aku budak ganu tu, and sorang lagi mamat foreigner join tengok sekali..aku x taw le ape yang interesting sangat game tu..so aku pon tumpang la tengok sekali..

aku x ingat la last time aku tengok liga malaysia tahun biler, maybe time aku form3 kot kat sekolah aku..eh jap..aku confius jap..sori2..tu game budak sekolah aku maen game daerah..aku rase aku x dapat bezakan la kualiti player2 budak sekolah aku ngan player 'profesional' malaysia..

aku pelik tengok foreigner ni..die macam enjoy aje tengok liga malaysia..padahal, aku yang orang malaysia ni takde perasaan pon tengok..

abis aje penalty, yang mana selangor kena titik 4-5 ngan terengganu, aku switch tukar tengok game epl..tottenham hotspurs vs stoke city..baru 1 minit camtu, mat nigger tu blah..tak taw le kot2 die protes tak puas hati ngan aku, sebab aku kacau die nak tengok game bola malaysia..

seriously, last time aku enjoy tengok game bola time player import tengah berlambak kat malaysia..era ujung 90-an..maybe sebab time tu, bola liga luar tak masuk lagi kat malaysia..so, kualiti2 permainan time tu aku enjoy seolah2 liga malaysia adalah liga no1 kat asia..kebanjiran player import macam kebanjiran mat bangla yang bekerja di kedai mamak..

mungkin jugak time tu aku masih lagi budak hingusan, tu yang aku enjoy terlebih tu..time tu, x silap aku la, dunhill sponsor utama..memang best la time tu..siap sebelum start kelas tiap2 pagi, mesti sembang pasal bola dulu ngan member..

tapi sekarang..jangan harap la..buang air liur aje aku sembang pasal bola...

p/s:time game selangor vs terengganu, banyak giler botol air kat tepi padang..untung apek recycle...


penang time zaman kegemilangan..tu striker yang duduk no2 dari kiri..merzagua..giler power..time last time penang menang liga, final game penang vs selangor..die dapat bola terus dribble keeper..seingat aku la, time tu la aku menjerit paling hengat x hengat time tengok liga malaysia..full time penang 2 selangor 1..penang jadi champion..hey la weyyy...

Tuesday, August 25, 2009

Memang hensem idea ni

GIler macho artist ni..macho sebab unique..marvellous..thanks to siput masuk marathon sebab hantar emel yang amat marvellous..

"
Chinese painter to make you disappear

Chinese artist used a new type of simulation methods

This method requires a large effort to

As it does not paint on paper

But you draw yourself You ~

i'll keep u with pictures "

ermm aku x sure la samada perkataan simulation tu sesuwei ke x..tapi memang hensem la idea dorang ni..








Sunday, July 5, 2009

Aku terpaksa ke tepi


"..ku bawa hati jauh berlari..bukan bermakna dirimu aku benci.."

sori ek, aku terpaksa ke tepi...
aku x mau jadi watak perampas...

mungkin lepas ni, bler ko berkata2, aku terpaksa mendiamkan diri..
mendiamkan hati untuk membuatkan orang laen berbahagia...

aku x mau tambah musuh ye, aku cuma mau tambah kawan..

nak tulis ape lagi ek??nope...the end..

Sunday, June 7, 2009

Gler geli aku..geli mat..geli mat..



xde kaitan pon video "geli mat" kat youtube ngan post aku kali ni..ni pon aku dok belek sampai membukak kipas angin secukup rasa(sebab panas sangat, da berapa ari da aku dok lepak kat umah sebab panas sangat kat luar)..

aku ade baca pasal ade restoran yang bertemakan jamban sebelum ni..die punye seat duduk sejibik macam mangkuk jamban, harap2 bukan recycle or re-cond la..mee die taruk dalam mangkuk sejibik macam mangkuk jamban bersaiz kecik..klo makan dalam mangkuk tu, aku boley layan lagi, tapi ni ade taruk gambar dessert aiskrim, erm no komen, tapi aku memang x kan makan aiskrim tu..atau aku makan sambil tutup mata dengan harapan mulut aku x mau comot..



"..Modern Toilet is a Taipei restaurant. It accommodates 100 seats with each made from toilet bowls. The specialties at the restaurant accompany sink faucets and gender-coded ' WC ' signs that appear on the three-story structure. The food is served in mini plastic toilet bowls. The toilet rolls that serve for wiping hand and mouth are hung above the tables, which may resemble glass-topped jumbo bathtubs..."



aku copy cikit aje la gambar dari blog ni, kang copy manyak2, tokey blog marah plak kat aku..