Showing posts with label macam lawak. Show all posts
Showing posts with label macam lawak. Show all posts

Monday, July 26, 2010

Ariel dan Luna

weekend aritu aku baru sempat tengok gambar Ariel dan Luna..


perghhh..itu aje yang mampu aku lafazkan...


patut la hot giler gambar ni..


*aku rasa macam nak bagi penyepak je kat tuan punya gambar ni..betol2 kelakar nak mampus..hahahah..


Wednesday, January 13, 2010

Bermain dengan selamat

Aku nak tulis tajuk die 'kondom playsafe' tapi disebabkan aku taw ada orang taruk link aku kat page blog dorang, aku tak nak la buat onar..

selalu kalo aku belek2 paper metro kat bahagian sukan mesti ada iklan 'PLAYSAFE'..iklan pasal kondom dekat bahagian sukan..ape kes??nak main ping pong nak kena pakai kondom ke?

aku pikir2 balek, kan ada mainan budak2 nama die PLAYDOH..itu mainan budak2..aku tak boley bayangkan la nanti kalau anak aku tanya aku..


Anak : Papa, Playdoh tu sama ke dengan Playsafe?
Aku : Erm, tak sama la wahai anakku..
Anak : Kenapa tak sama Papa?
Aku : Playdoh tu mainan kamu, Playsafe tu mainan Papa dengan Mama..
Anak : oooo...




ini adalah PLAYDOH




ini adalah PLAYSAFE..tapi advertisement die just perkataan playsafe aje ade..takde pon gambar2 camni..




ini adalah gambar orang tengah bermain ping pong

Wednesday, November 11, 2009

Thursday, September 17, 2009

Pantun Raya

dari pengirim email yang setia..terima kasih iap..



Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama sama bersuke rie

Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dengan pencuri

Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami jual pasemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utanhg

Monday, September 14, 2009

Duit baru

Sempena raya ni, ade duit yang dikeluarkan khas..

x percaya, tengok kat bawah..

limited edition..









just for fun..xde kaitan ngan yang idop atau yang da meninggal dunia

Tuesday, September 8, 2009

Jom makan mee


~ gambar dari isuhangat.blogspot.com ~
~Khas untuk pasaran Jakarta jer, kalau masuk Malaysia sure tak laku punya...~



nice...

Friday, September 4, 2009

Lagi karangan budak

kali ni, karangan ni disyaki berasal dari sekolah ni..

ermm..agak sengal..dan yang x boley blah, siap ade pantun lagi kat hujung







How to prevent swine flu in workplace

For those working in office…Just need to practice a simple method

scroll down..















scroll down..















scroll down..















scroll down..















scroll down..













aku confident la yang korang x kena h1n1 sebab mampos terus sebab tak cukup udara..

Jom makan aiskrim oreo vanilla



Korang bayangkan korang tengah jalan ngan balak/awek sambil makan aiskrim vanilla yang ade oreo hancur kat atas aiskrim tu..then, tengah dok seronok sengih kat muka si dia, tiba2, ade taek burung jatuh kat dalam cup aiskrim korang..then, si dia mintak anda suap kan aiskrim..anda pon celop la spoon anda, lalu suap ke mulut die..
mesti best kan rase..haha..

rupa pon da lebih kurang..haha








Thursday, August 27, 2009

Pedang samurai ke payung samurai

giler smart design ni..aku nak beli satu la..mesti orang ingat aku ni yakuza branch malaysia..hehe..nice picture from http://stranges-world.blogspot.com/








Wednesday, August 12, 2009

Karangan



yang aku x boley blah kat karangan ni, kat ayat ujung tu..yang cekgu tu komen..korang baca la sendiri..hoho..

x nampak?? ok la aku tulis len "hantu itu gembira jugakah?"
...."jumpa cikgu!"..hehe..



thanks to iap a.k.a siput masuk marathon sebab hantar macam2 emel kat aku..jasa mu dikenang..

Sunday, June 14, 2009

Cium Ketiak Pasangan




sumber : isuhangat.blogspot.com


Bau ketiak pasangan anda adalah yang terbaik.....

Bau ketiak atau badan yang masam dan tengik mungkin merupakan sesuatu yang tidak selesa bagi sesetangah orang terutamanya wanita. Tapi percayalah bahawa bau badan lelaki merupakan bau lelaki yang sejati yang menjadi sesuatu yang "ingin" dihidu oleh kebanyakan wanita. Bau yang dikeluarkan oleh rongga peluh lelaki adalah bau asli yang boleh menarik dan menguja nafsu wanita. Ianya boleh merangsang nafsu berahi wanita. Minyak wangi lelaki yang paling mahal dan paling disukai wanita adalah dibuat dari esktrak bau badan lelaki. Ini adalah lerana bau semulajadi lelaki atau wanita adalah bau yang merangsangkan pasangannya. Bau ini adalah sebahagian dari penjodohan sesuai atau lebih popular disebut sebagai "chemistry".

Benarkah bau ketiak lelaki juga mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita?Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan, memberikan ketenangan dan melancarkan perjalanan haid.

Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America sebelum ini, bau ketiak lelaki yang sengaja " diproses" daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh "digoda" dengan bau lawan sejenisnya.

Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut.

Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur.
Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang..

---->> Ni turn esofagus plak nak bising pang pong pang..
peh, giler lawak artikel ni..aku rase peh ni aku xmau la sembur deodorant kat ketiak aku, aku nak test betul ke fact ni..wahahahaha..

giler wangi..miahahahaha...

terbayang kat kpla otak aku iklan rexona..

Friday, April 10, 2009

Nak kaya x??

artikel dari http://isuhangat.blogspot.com/


Sewaktu si mamat dalam perjalanan manaiki kereta untuk pulang ke KL daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya,

"Anak nak ke mana?".

Si mamat menjawab ringkas, "KL"

Orang tua itu bertanya lagi, "Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh" dan dijawab oleh si mamat tadi "Ehm... bolehlah." Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya.

Dalam hati si mamat berkata, "Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau???" Beliau meneruskan perjalanannya.

Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya, "Anak nak kaya tak?"

Si mamat tersentak dan berkata dalam hati, "Nak buat lawak lah orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor agaknya. Atau nak menguji aku?"
Si mamat pun jawab, "Tak apalah pakcik, hidup sederhana pun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak"

Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si... mamat berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi.

Kemudian orang tua tu tanya lagi, "Anak nak kaya tak?"

Si mamat jawab serupa yang tadi, "Tak apalah pakcik, saya lebih senang hidup sederhana".

Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, "Tu, pakcik ada tinggalkan satu tin kaya Pandan cap Gardenia untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik.

"Terima kasih, ya nak." lalu orang tua tu turun dari kereta.

Si mamat tersipu-sipu malu lalu menjawab.... .

"Terima kasihlah pakcik" lalu meneruskan perjalanan.. ...

*kredit kepada die ni..yg bley mmbuatkan aku tergelak..

Thursday, January 29, 2009

He..Eh..Hehe..Eheh

Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"

Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.

Wednesday, August 13, 2008

Apakah bunyi itu??



13 August 2008 around 6.40am

Sebaik aje, lepas semayang subuh ,aku pun dengan melangkah layu membuka pintu bilik ku..bila aku buka aje, tiba2 kedengaran bunyi pelepasan valve angin( valve adalah salah satu komponen penting dalam sistem pneumatic)(pneumatic adalah satu sistem yang menggunakan angin sebgai bahan utama,klo sistem tu guna cecair nme dia sistem hidraulik plak)..pruttt…loud and clear..aku pn cari ar kat keliling aku, tayar moto sapa plak yg lose angin pagi-pagi ni..tiba2, di sudut kanan aku, terdapat satu lembaga yang sedang duduk di kawasan agak gelap di koridor bersebelahan bilik aku..aku pn meneyeh2 mata aku yg masih kemerah-merahan(sbb x cukup tido) untuk memastikan apa sebenarnya yg aku nmpk td..Dari jauh sayupp2 kelihatan lembaga itu memandang ke arah kirinya..aku cuba beranikan diri menghampiri(sebenarnya sebab aku rabun jauh, tu la pasal aku pergi lagi dekat).Kelihatan terdapat bara kecil membara di tangan kirinya,smbl asap berkepl-kepul berhampirannya..Bila aku tatapi betul2 wajah dia, baru aku sedar yang rupa2nya dia ni brother sama floor ngan aku..Bara kecil di tangan kirinya, merupakan rokok yang dikepit antara jari hantu dengan jari manis dia..situ memang tempat lepak dia..

Sebaik sahaja aku ketahuan yang hanya dia saja berada di situ, hati kecil ku berbisik “bedebah punya brother, ade ke patut lepas angina fus-fus dia..dah la direct plak bunyi dia..”..Aku tengok muka brother tu, dia boleh plak buat muka slumber..Memang sah dia sedang menyembunyikan satu rahsia yang amat besar lagi memalukan jika didedahkan di tabloid tempatan..Aku pn terus sahaja melangkah pergi ambil air di ground floor..Sambil jalan tu, aku berkata “ apa la brother, dalam banyak-banyak site nak uji bom nuclear kat dalam dunia ni, dia boleh pilih nak test kat sebelah bilik aku gk”..lepas aje isi air, aku pn melangkah dengan penuh keyakinan (macam iklan kasut budak sekolah plak) menuju ke bilik aku, yang bersebelahan dengan tempat uji bom nuclear..aku lalu sahaja sebelah brother 2, hujung mata aku dapat mengesan yang dia sedang memerhatikan aku dengan muka yang malu-malu kucing..Terus aku tersenyum kerana hipotesis@andaian awal aku terbukti benar..wa cam eksperimen sains time form 2 dulu..

Terima kasih ar bro, sebab jadi kan koridor sebelah bilik aku sebab target site dia..Terima kasih gak kerana berjaya membuatkan roommate aku gelak pagi-pagi buta, sebaik sahaja aku abis cerita benda ni kat roommate aku..

Sebenarnya, moral cerita ini adalah kita kena jaga adab dan tatasusila kita..kalo ye pun nk lepas angin, masuk ar tandas..tak pun cepat-cepat lari masuk bilik, baring atas katil, tarik selimut dan buat2 berdengkur..peh tu, baru buang angin.. tak ada la orang nak syak ape2…..tak pun, buat2 gelak time nak lepas angin 2..Ini tak, dah la lepak kat tempat public..

Sori bro, aku tak de niat nak malu kan ko..ni semua hanya sebagai peringatan dan pedoman