Showing posts with label ilmu akhirat. Show all posts
Showing posts with label ilmu akhirat. Show all posts

Monday, February 1, 2010

Nasihat


Selalunya, bila member kita bagi nasihat kat kita, kita akan keluarkan ayat "takde la..aku ingatkan _______(sila isi ruang kososng dengan ayat yang sesuai...."

Kita takkan sedar ape perasaan member kita bila kita cakap camtu kat die..tapi die mesti akan rasa something..

Ari sabtu lepas, aku dengan member2 aku ada mock interbiu dengan SBM offshore..interbiu sesi 5orang interviewee dengan 2orang interviewer..masing2 kena soalan tersendiri..

lepas aja mock interbiu dengan SBM Offshore..kitaorang sume lepak kat burger king..aku cakap kat sorang member aku "eh tadi yang pasal corrosion tu, tu adalah erosion corrosion"..aku saje aje nak bagitawu, bukannye nak tunjuk ilmu aku yang kunun2 nye tinggi tahap dewa..

Then member aku balas "aku ingatkan die masukkan corrosion kat tempat dot..dot..dot"..baru aku sedar, tiap2 kali kalo orang bagi opinion atau nak share knowledge dengan aku, aku selalu cakap "AKU INGATKAN _________"

so defensive kan???seolah2 macam aku tak nak mengaku kekurangan diri sendiri..(memang pon, aku susah nak admit silap aku)

so next time, kalo orang nak share knowledge dengan kita, kita patut cakap any ayat yang pleasing dia and jangn lupe, cakap "TQ"..

p/s : kepada kawan aku tu, jangan terasa ek..ni aku nak cerita pasal benda ni aje..takde niat nak malukan member..

Tuesday, January 5, 2010

Ape respon anda?

dari 'www.muslimconsumer.org.my/herald'

Ape respon anda?
Pada 31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan memutuskan Majalah mingguan Katolik, Herald, boleh menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya.
Adakah anda :
Setuju dengan keputusan tersebut
Tidak ambil kisah
Tidak setuju sama sekali dan membantah sekeras-kerasnya keputusan tersebut

link petisyen : www.muslimconsumer.org.my/herald


dari "http://muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?item.775.2"

Kenyataan Akhbar Berhubung Keputusan Mahkamah Tinggi Membenarkan Herald Menggunakan Kalimah Allah Di Dalam Penerbitannya


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sekeras-kerasnya membantah keputusan mahkamah tinggi membenarkan Herald menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan-penerbitannya. Kami menggesa agar kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri memfailkan rayuan serta-merta agar keputusan itu dikaji semula dan melarang mana-mana agama selain Islam menggunakan kalimah Allah.

Negara telah menikmati suasana kebebasan beragama selama mana Islam telah menjadi agama rasminya dan semua kaum di negara ini harus menghargainya dengan tidak mencuba menggugatnya dengan bertindak secara bodoh membangkitkan perkara-perkara remeh seperti ini.

PPIM bimbang keputusan ini bakal mencetuskan keadaan huru-hara dalam negara ini akibat daripada sentimen agama umat Islam yang sensitif dengan perkara yang menyentuh soal kepercayaan mereka dan kebimbangan mereka akan nasib keturunan mereka jika perkara ini berterusan. PPIM merasa hairan mengapa kini baru ditimbulkan soal merujuk tuhan agama Kristian sebagai Allah yang mana selama ini tuhan yang mereka sembah itu hanya dirujuk di dalam kitab suci mereka sebagai Lord sahaja.

Umat Islam mengenal Allah beserta dengan sifatnya sekali dengan ketauhidan yang meliputi ketauhidan rububiah, uluhiah dan asma' wa sifat. Kita percaya Allah yang bercirikan ahadiah dan samadiah. Bagaimana mungkin pihak lain merujuk Allah sewenang-wenangnya tanpa melihat semula akan sifat dan ciri-ciri Allah yang sediakala itu? Apakah sifat Allah yang mereka percaya itu? Al-Quran ada menjelaskan bahawa orang Yahudi mempercayai Uzair itu anak Allah dan orang Nasrani pula percaya bahawa Al-Maseh itu anak Allah. Ini jelas bertentangan dengan Allah yang diimani oleh umat Islam.

PPIM percaya pihak Herald mempunyai agenda tertentu apabila mereka menggunakan kalimah Allah dan sudah tentulah bukan sesuatu yang baik untuk semua pihak termasuk penganut agama Kristian sekali kerana tiada siapa yang akan beruntung jika satu rusuhan agama berlaku hanya kerana akibat perkara yang amat remeh dan tidak merugikan sesiapa jika ianya tidak dibangkitkan.

PPIM menyeru semua umat Islam bersama bangkit sebagai satu suara yang kuat menentang sekeras-kerasnya keputusan Hakim Lau Bee Lan ini.


AYUH2 SIGN PETISYEN..

Tuesday, September 8, 2009

Simulator lagi..

tension nyer aku..sikit2 ngan simulator..

aritu ngan simulator parachute, sekarang ni ngan spine a.k.a backbone simulator..

aiyaaa..

manyak tension lorr..

ermmm, sebut pasal spine, korang perasan x yang tulang belakang kita tu bengkok actually..bahagian atas kecik tapi bahagian bawah besar..


walaupon bengkok, tapi tu yang menyebabkan badan kita stabil..coba bayang kalo tulang belakang kita lurus aje, macam mana nak bending ambik buku awek yang berterabur lepas kita ter-langgar die..hehe..

Maha Suci ALLAH..Maha Pencipta...Bersyukur pada-Nya..

Monday, June 22, 2009

The 100th Post

this is my 100th post..specially dedicated to my best friend, who just passed away last thursday..


Ape perasan korang apabila dok kat tempat aku, terpakse bagitawu sorg kawan pompuan yang bf die(my best buddy) meninggal dunia…

Cmne korang nak bagitawu die

Mcm mne korang nak start perbualan ngan die..

Di pagi jumaat yang mendung disebabkan berjerebu, aku mendail number sorang kawan pompuan aku untuk memberitahu benda paling susah aku nak ungkap dengan kata2(selain perkataan cinta), kata2 yang pasti meruntun hati seorang gadis apabila mendapat tahu buah hatinya sudah pergi menghadap Ilahi..

Troot..trott(bunyi calling tapi orang x angkat)
Esofagus : Assalamualaikum wei, tengah praktikal ke?
Kawan pompuan : Waalaikumussalam..tak la, kedah kan cuti ari jumaat
Esofagus : ye ke, sori2..wey hg ade dengar cite ape2 pasal “F” x?
Kawan pompuan : Haah?takde pon..pasal pa wei?
Esofagus : hang ada msg atau call die x semalam?
Kawan pompuan : aku ada hantar msg, tapi die x balas..pasai pa wei?(die push2 sebab nak dengar penjelasan dari aku)
Aku diam sekejap, susun nafas..
Esofagus : aku nak bagitawu ni, “F” excident..(dengan intonasi suara yang slow)
Kawan pompuan terdiam jap,..
Kawan pompuan : dia ok ke wei?(intonasi die pon jadi slow)
Aku terdiam lme..aku xde idea macam mana aku nak bagitahu berita yg sedih ni..
Esofagus : aku nak bagitawu…yang die..da pi dah..
Kawan pompuan terdiam lame..suara berubah..
Kawan pompuan : Hang cakap btol2 wei, jangan men2..
Esofagus : Xkan la aku nak men2, tu kan kawan baek aku dari matrik lagi..
Kawan pompuan : bior btol wei..apa aku nak buat ni..
Esofagus :xpa2, hang bawak bertenang kat umah, hang ada 1lagi number fon(celcom) “F” kan?mintak sat, aku kol number digi die, not available..
Kawan pompuan : ok2, nanti aku forward kat hang(suara die totally berubah, yang aku pasti ade airmata sedang berlinang di pipi seorang kawan pompuan aku pada pagi jumaat yang mulia itu)..

Aku kol number celcom dua kali, tarak sape angkat..masuk voicemail..aku tinggal msg kat voicemail..

Petang jumaat, around 6lebih,aku dapat msg dari sorang kawan aku yang dok area daerah F..die da p melawat family F, family F ade cerita punca kematian kawan aku tu n waktu pengebumian..
Lepas aku dapat tawu pasal berita tu, terus aku bagitawu kat kawan pompuan aku tu..memang sedih gler die time tu..

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada roh kawan ku..

Al-fatihah…

Kat blog kawan aku, ade quote interesting
There is a time for departure even when there's no certain place to go.
By Tennessee Williams


Dude, ko pergi dulu..nanti aku datang teman ko kat syurga..ko tunggu aku yea..


Pemergian sorang teman, sahabat or paling tepat BFF

Friday, June 19, 2009

Innalillah


*gmbr hiasan

untuk 3 atau 4hari ni, mungkin aku x kan publish post, sebab aku dapat berita yang amat mendukacitakan..

semoga kau kembali ke rahmatullah dengan aman sentosa..

die kawan baek aku dari matrik sampai universiti..

ALLAH S.W.T sayang kat ko..

nanti Malaikat datang soal ko, ko jawab berbaek ek..

da la. aku x taw nak tulis ape lagi..sedih sangat..

nak menangis, tapi air mata x keluar

aku nak dedicate lagu ni untuk ko

Hujan
Artist: Sudirman
Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...

Monday, February 23, 2009

Alkisah segelintir budak laki

Aku sbnrnyer x tawu sgt nk cte ape, so aku cbe cte something..korg ade mber bdk laki kt u?? perangai SEGELINTIR budak laki kt u ni pelik cikit, dorg suke2 ati aje tggl solat jumaat semata2 untuk tido..sbb ape SEGELINTIR ni ske mempermainkan solat jumaat sbb kn dlm tv ckp, x boleh meninggal kan solat jumaat sbyk 3x berturut2 tanpa sebarang keuzuran..malu beb..mmg le ade statement cm tu tiap2 kali azan solat jumaat kt tv, tp jgn sengaja maniplate..statement tu aku rse sesuwei untuk orang yang kena keja berat utk family, xpn ade penyakit yang lama gler utk sembuh..

Ini tak, badan dah cukup sihat, seminggu skali nk g masjid pn x boley..bile da cukup 2x x g masjid, baru tersedar n dgn bangga boley ckp kat member, "eh aku xboley tido mgu ni, kne g masjid, da 2mgu aku xp masjid"..apa la..

So kpd parent2 especially mom di luar sne, tlg2 la test kol anak tme orang tgh semayang jumaat..klo suara die mcm baru bgn tido, tlg lecture die..mlen kan sbb sakit teruk, xpe la...

ingat 'amal makruf,nahi mungkar'..aku tawu yg aku ni xde baek sgt, tapi at least aku x ske org tggl kan benda2 fardu..

Tuesday, September 16, 2008

Fadilat tarawih part3

Malam ke-21:
Allah SWT akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang dibuat dari Nur.

Malam ke-22:
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman daripada duka cita dan kerisauan (di Padang Mahsyar).

Malam ke-23:
Allah SWT akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga yang terbuat dari Nur.

Malam ke-24:
Allah bukakan perluang 24 doa yang mustajab bagi orang yang bertarawih pada walam ini (lebih elok dikerjakan ketika sujud).

Malam ke-25:
Allah akan mengangkat siksa kubur darinya.

Malam ke-26:
Allah akan mengkurniakan pahala 40 tahun ibadah.

Malam ke-27:
Allah akan mengkurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian Shiratalmustaqim seperti kilat yang menyambar.

Malam ke-28:
Allah akan menaikkan kedudukannya 1000 derajat di akhirat.

Malam ke-29:
Allah akan mengkurniakan pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam ke-30:
Allah akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya: "Wahai hamba-Ku, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama Salsabila, serta minumlah air dari telaga yang dikaruniakan kepada Nabi Muhammad saw yang bernama Al-Kautsar."

Wednesday, September 3, 2008

FADHILAT DAN KELEBIHAN SOLAT TARAWIH

Sayyidina Ali bin Abi Talib r.a. meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah saw sebagai jawaban dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi saw tentang kelebihan sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadhan.

Malam ke-1:
Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana baru dilahirkan.

Malam ke-2:
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua orang tuanya.

Malam ke-3:
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat tarawih itu agar meneruskan sholatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka.

Malam ke-4:
Memperoleh pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Qur'an.

Malam ke-5:
Allah SWT akan mengkaruniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam ke-6:
Allah SWT akan mengkaruniakan kepadanya pahala seumpama pahala para malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang yang mengerjakan solat tarawih pada malam ini.

Malam ke-7:
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s. serta menolong Nabi itu untuk menentang musuhnya Fir'aun dan Hamman.

Malam ke-8:
Allah SWT mengkaruniakan pahala sebagaimana pahala yang dikaruniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Malam ke-9:
Allah SWT akan mengkaruniakan pahala dan dinaikan mutu ibadah hamba-Nya seperti Nabi Muhammad saw.

Malam ke-10:
Allah SWT mengkurniakan kebaikan di dunia dan di akhirat.