rasanya, dalam hidup, dah banyak sangat surat berantai yang kita dapat..
kalo trend dulu, orang bagi flyer tentang bla3x dan yang paling haprak skali, kat hujung flyer tu tertulis, sekiranya anda tidak mengedarkan 20salinan kepada orang lain, anda akan dapat kecelakaan dalam tempoh 1minggu..
tapi trend sekarang, berlambak2 dalam message inbox FB aku atau orang buat notes dan kemudian tagged aku..aku bace intro sekejap dan terus aku bukak benda lain..sebabnya takda masa aku nak percaya benda2 camtu..
yup, kebanyakkan benda surat layang tu cerita tentang amal ibadat..dan kemudian die akan cerita effect terhadap beberapa orang macam
#1 "Zulfikar Ali Bhuno telah menerima surat wasiat ini dan tidak percaya akan
kebenarannya juga menganggap palsu lalu membuangnya ke dalam tong sampah.
seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati"
hujah aku : hukuman pancung sampai mati..selalunya atas kesalahan berat tu.sah2 la mamat tu kena sebab die buat jenayah..kalo die dok umah elok2 layan world cup, takkan tiba2 nak kena hukum pancung..satu lagi, dah pancung kepala..of coz mesti sampai mati..ape ko ingat ni cicak kepala putus ke?
#2 "tan sri ghazali, bekas menteri besar negeri *** secara tidak langsung dipecat dari jawatannya kerana apabila beliau menerima wasiat ini beliau terlupa mencetak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain tetapi beliau telah menyedari kesilapannya lalu beliau mencetak semula wasiat ini dan mengirimkannya kepada orang lain, beberapa
hari kemudian beliau telah dilantik menteri Kabinet Perdana Menteri."
hujah aku : kalo dah performance baek punyer, for sure naek pangkat kan???walaupon pada masa sekarang ni, ko jadi kaki ampu pon dah boley naek pangkat
#3 "di Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiat ini dari
pengirim yang tidak dikenali yang datangnya dari Perak lalu beliau membuat sebanyak 20
salinan seperti yang dituntut. Alhamdulillah dia dianugerahkan oleh Allah seorang gadis
berakhlak mulia seperti yang dituntut oleh Islam. baginya anugerah ini paling agung dan
tidak ada tandingannya."
hujah aku : kalo dah jodoh..tak ke mana kan??
#4 "Di Terengganu juga, seorang hamba Allah telah menerima surat ini dari orang yang tidak dikenali tetapi beliau tidak mengendahkannya dengan mengatakan ianya bohong belaka dan sengaja mengada-adakan untuk menakutkan orang yang membacanya. Beberapa hari
kemudian dia telah mendapat penyakit ganjil dan penderitaanya amat menyedihkan. setelah
tiga minggu mendapat rawatan rapi di hospital, penyakitnya sukar juga diubati oleh doktor. Akhirnya beliau teringat akan wasiat ini dan mengedarkannya kepada orang lain.
Semingu kemudian barulah beliau beransur sembuh sehingga sekarang."
hujah aku : aikk, terengganu lagi??ni nak sabotaj orang ganu ke hape ni..penyakit tu datang bersebab..sihat atau sakit tu bukan kuasa kita..
kalo niat korang forward sebab nak ingatkan orang tentang ibadat, banyak cara lain lagi..tapi kalo niat korang takut sebab wasiat tu ada superpower, aku rasa akidah korang dah tergugat dah..sebab yang berkuasa tu hanyalah ALLAH S.W.T..
Ok bottom line..kalo korang still nak forward benda2 camni..dipersilakan..
No comments:
Post a Comment