Saturday, June 26, 2010

Spanar 17

Ni cerita hari jumaat a.k.a semalam..

Gua baru balek dari pejabat LHDN JB..staf kaunter bawah ok jer senyum..staf kaunter atas bukan ke main ketat muka dia..susah sangat nak senyum..yer la, tahu la muka aku tengah berminyak time tu..

Ok ok, balik saja, aku singgah pi kedai hardware..motifnya sebab aku nak beli spanar saiz 17..aku pergi kedai hardware..ada spanar tulis 'drop-forged' dan ada tulis 'chrome-vanadium'..ok, bagi mereka di luar sana yang tak tahu apa beza antara dua jenis spanar tu, sebenarnya 'chrome-vanadium' tu adalah bahan UTAMA untuk spanar manakala 'drop-forged' tu adalah teknik penghasilan spanar tu..



Yang membezakan spanar yang berharga rm5 dengan rm20 adalah bahan additive(perkataan yang selalu dipakai dalam iklan petrol..poyo sangat nak guna 'english yang di-melayu-kan'..padahal boleh je pakai bahan tambahan) dan rawatan haba..

Atau dalam erti kata lain, kalo korang just guna kadang2 aje, beli aje la yang rm5 macam aku beli..tapi kalo korang memang keja kat workshop, better beli yang mahal..lagi durabi(erkkk, aku cuba melayu-kan perkataan durable) atau lagi tahan lama..

ok..di situ aku dah abis rm5..balik je ofis, kepit barang yang aku nak bukak tu kat clamp(ragum meja)..aku tolak nat tu dengan spanar..haram ketat nak mampuihh..then aku henjut2 pulak macam orang tengah berasmaradana..pon tak boleh..

Last2, aku pergi kedai keta, aku suruh mekanik bukak kan..5nat=rm3 burn..sia2 aje aku beli spanar tadi..tapi serius cakap, nat tu memang ketat nak mampus..kena dua orang buatkan(sorang kepit kepala bolt & lagi sorang bukak nat) baru boleh bukak..cina tu pon kata "aiyyaaa, manyak ketat lorrrr"..aku dalam hati "haha, tahu tak pe..ko ingat aku saje2 suka nak hulur rm3 kat kau???"

p/s : tapi kalo dia tulis lain dari dua2 tu, contohnya Silverline, tu brand company yang produce spanar tu..so, jangan gelabah call aku kata aku tipoo..

No comments: