Showing posts with label mistik dan alam lain. Show all posts
Showing posts with label mistik dan alam lain. Show all posts

Sunday, June 20, 2010

Surat Berantai

rasanya, dalam hidup, dah banyak sangat surat berantai yang kita dapat..

kalo trend dulu, orang bagi flyer tentang bla3x dan yang paling haprak skali, kat hujung flyer tu tertulis, sekiranya anda tidak mengedarkan 20salinan kepada orang lain, anda akan dapat kecelakaan dalam tempoh 1minggu..

tapi trend sekarang, berlambak2 dalam message inbox FB aku atau orang buat notes dan kemudian tagged aku..aku bace intro sekejap dan terus aku bukak benda lain..sebabnya takda masa aku nak percaya benda2 camtu..

yup, kebanyakkan benda surat layang tu cerita tentang amal ibadat..dan kemudian die akan cerita effect terhadap beberapa orang macam


#1 "Zulfikar Ali Bhuno telah menerima surat wasiat ini dan tidak percaya akan
kebenarannya juga menganggap palsu lalu membuangnya ke dalam tong sampah.
seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati"

hujah aku : hukuman pancung sampai mati..selalunya atas kesalahan berat tu.sah2 la mamat tu kena sebab die buat jenayah..kalo die dok umah elok2 layan world cup, takkan tiba2 nak kena hukum pancung..satu lagi, dah pancung kepala..of coz mesti sampai mati..ape ko ingat ni cicak kepala putus ke?


#2 "tan sri ghazali, bekas menteri besar negeri *** secara tidak langsung dipecat dari jawatannya kerana apabila beliau menerima wasiat ini beliau terlupa mencetak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain tetapi beliau telah menyedari kesilapannya lalu beliau mencetak semula wasiat ini dan mengirimkannya kepada orang lain, beberapa
hari kemudian beliau telah dilantik menteri Kabinet Perdana Menteri."

hujah aku : kalo dah performance baek punyer, for sure naek pangkat kan???walaupon pada masa sekarang ni, ko jadi kaki ampu pon dah boley naek pangkat


#3 "di Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiat ini dari
pengirim yang tidak dikenali yang datangnya dari Perak lalu beliau membuat sebanyak 20
salinan seperti yang dituntut. Alhamdulillah dia dianugerahkan oleh Allah seorang gadis
berakhlak mulia seperti yang dituntut oleh Islam. baginya anugerah ini paling agung dan
tidak ada tandingannya."

hujah aku : kalo dah jodoh..tak ke mana kan??


#4 "Di Terengganu juga, seorang hamba Allah telah menerima surat ini dari orang yang tidak dikenali tetapi beliau tidak mengendahkannya dengan mengatakan ianya bohong belaka dan sengaja mengada-adakan untuk menakutkan orang yang membacanya. Beberapa hari
kemudian dia telah mendapat penyakit ganjil dan penderitaanya amat menyedihkan. setelah
tiga minggu mendapat rawatan rapi di hospital, penyakitnya sukar juga diubati oleh doktor. Akhirnya beliau teringat akan wasiat ini dan mengedarkannya kepada orang lain.
Semingu kemudian barulah beliau beransur sembuh sehingga sekarang."

hujah aku : aikk, terengganu lagi??ni nak sabotaj orang ganu ke hape ni..penyakit tu datang bersebab..sihat atau sakit tu bukan kuasa kita..



kalo niat korang forward sebab nak ingatkan orang tentang ibadat, banyak cara lain lagi..tapi kalo niat korang takut sebab wasiat tu ada superpower, aku rasa akidah korang dah tergugat dah..sebab yang berkuasa tu hanyalah ALLAH S.W.T..

Ok bottom line..kalo korang still nak forward benda2 camni..dipersilakan..

Thursday, December 24, 2009

Akukah Yang Kontot-versi



*post ini terpakse diawalkan sebab pemergian aku ke pulau besau, melake..

Dalam hidop ni, mesti ade certain spesis manusia yang sikit2 asyik kontroversi..mostly artis la kan..

aku pon taek atau tahi kontroversi..

time aku rapat dengan sumbodi, mesti orang cakap "sot set..bla3..esofagus dengan minah tak cukup tinggi tu..sot set..sot set..da lama da syok..."

kalau aku keluar ngan makan dengan sape2 aje, mesti orang cakap "pot pet..pot pet..esofagus suap mulut die sendiri..bla bla..pot pet..makan dalam gelap sebab takde lampu..bla bla..bawak makan kedai mamak aje.."

(bunga tahi ayam)



bukannyer aku suke-suki kat benda alah yang bernama kontroversi ni, tapi ntoh la..ape aku buat aje mesti jadi kontroversi..

rasenyer aku kena mandi bunga kot untuk buang kontroversi ni...maybe la kan, aku buang benda alah ni dalam botol, dan campak jauh2 time kat pulau besau nanti..naseb malang la sape yang jumpe botol tu nanti..

aku nak jadi regular guy, yang bile aku flirt, orang takde nak kecoh2..

Thursday, September 17, 2009

Penerangan

merujuk kepada post pada Saturday, September 12, 2009 bertajuk Warning:Not for Minor.

aku baru taw detail pasal benda ni..kalo nak lebih explaination, boley search kat wikipedia

~from wikipedia~
"Sky Burial"

Sky burial or ritual dissection was once a common funerary practice in Tibet wherein a human corpse is cut in specific locations and placed on a mountaintop, exposing it to the elements or the mahabhuta and animals – especially to birds of prey. In Tibetan the practice is known as jhator (Tibetan: བྱ་གཏོར་; Wylie: bya gtor), which literally means, "giving alms to the birds."

The majority of Tibetans adhere to Buddhism, which teaches rebirth. There is no need to preserve the body, as it is now an empty vessel. Birds may eat it, or nature may let it decompose. So the function of the sky burial is simply the disposal of the remains. In much of Tibet the ground is too hard and rocky to dig a grave, and with fuel and timber scarce, a sky burial is often more practical than cremation.

Thursday, July 16, 2009

Jual benda pelik2



Semalam, tengah aku dok boring sebab tarak idea nak tulis ape kata final repot LI(ya, ni minggu terakhir LI aku, tbe2 aku sedih pulak), aku saje cari blog yang ade jual keris2 lame..ade 1 blog tu, ore kelate punyo, ade jual keris2 lame..siap ade jual keris yang da penah 'makan' orang..Ngeri la pulak dengar..haha

Then, aku terbukak 1thread ni, ade bukak isu pasal blog jual barang2 mistik..Aku pon klik le kat link yang diprovide oleh tuan pembukak thread..

Gerun pon ade, macam nak tergelak pon ade bler aku baca blog tu..Macam2 barang die ade jual, siap ade mention lagi buyer die dari mane..siap ade yang dari Hong Kong..

U all mention aje nak barang ape, sume ade kat citu..
Rantai babi hutan - untuk kebal kulit dan rambut
Minyak dagu - ade 3tahap..aku baru taw ade 3tahap
Burung cenderawasih (aku dulu penah bace yang ade 1tempat kat dunia yang memang boley biak burung ni..klo x silap irian jaya atau papua new guinea)
Gambar Buraq untuk proses ritual(betul2 da len macam die ni..)
Macam2 jenis batu dan delima
Jenglot
Rambut bunian
dan benda paling mahal kat blog tu, 'Sabok'- macam barang kebal..harga lebih kurang rm888ribu!(tergamam aku...)
and other items

Aku ade forward URL blog ni kat kawan aku..die tanye"ade ape kat blog ni, len macam aje name die"..Aku cakap ade jual benda pelik2..Member aku naek gerun dengar..Die tanye aku, "ko percaya ke benda2 macam ni?"..Aku jawab"x 100%"..

Maksudnyer, mungkin ade sebilangan kecil yang betul2, tapi yang lain tu, aku ragui la..sori..Kat blog ni and ade 1 lagi blog, ade jual besi ape ntoh..kunun2 nyer besi tu xkan boley tertarik dengan magnet..Erkk?!..FYI, logam yang mengandungi unsur besi(ferrous steel) memang boley tertarik dengan magnet but not logam yang x mengandungi unsur2 besi(non ferrous) memang xkan tertarik ngan magnet..contoh nyer, aluminium, penah x jadi tengah sedap2 member korang teguk air tin(aluminium) tapi x offer kat korang, tbe2 tin tu melayang datang kat korang sebab korang tarik guna magnet..

p/s : Selalunyer, orang akan mention yang logam tu besi..

Wednesday, July 15, 2009

Santau => dengki?


source : http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opinion/zaidel-baharudin/32357-syarat-syarat-santau

title : Syarat-syarat santau

author : Zaidel Baharudin


(sori lupe mintak permission)


~~~~~JULAI 15 — Santau adalah sejenis ilmu hitam orang-orang Melayu yang digunakan untuk meracun atau menyakiti pihak musuh. Biasa kita dengar bahawa santau ini digunakan oleh orang tertentu yang dengki dengan kejayaan seseorang itu terutama dalam bidang perniagaan runcit dan industry kedai makan. Banyak cerita-cerita mengenai bagaimana sesebuah restoran yang sedang maju telah berjaya disantau kerana hasat dengki pesaing; pelanggan yang makan di restoran berkenaan akan mengalami sakit perut dan muntah-muntah. Akan tetapi samaada ianya keracunan makanan, taun atau santau kesahihan biasanya tidak dapat dipastikan.

Santau banyak dibincangkan dan diperdebatkan dengan meluas di kedai-kedai kopi dan juga media akademik alternatif seperti Mastika, Mingguan Misteri, Pesona dan sebagainya. Sebagai contoh baru-baru ini penulis sempat berborak dengan seorang pensyarah dari Grik yang datang melawat ke syarikat kami bersama dengan pelajar-pelajarnya. Pensyarah itu dengan arif menceritakan terdapat pelbagai jenis santau seperti santau angin, santau bersalam, santau lalu, santau ujian dan macam-macamlah. Malah ilmu santau pensyarah itu cukup mendalam membuatkan pemandu bas yang kebetulan makan bersama kami menyoal:

“Aii macam-macam jenis santau dekat Grik ni Cik tahu, saya duduk sana sejak 20 tahun pun tak pernah dengar, Cik amalkan ke?”

Pensyarah itu yang tersipu mendengar pernyataan itu menerangkan yang dia cuma dengar-dengar je dari orang cerita.

“Saya dengar je apa orang kata, betul tak betul tak tahulah.”

Teringat saya dengan cikgu sekolah saya masa darjah enam dulu, dia tak mahu gambar dia diambil seorang diri sebab takut nanti orang pakai gambar tu nak “ilmukan” dia. Siapa lah nak “ilmukan” cikgu saya tu, kalau cantik macam Siti Nurhaliza atau Ramlah Ram pun takpelah jugak.

Namun cerita itu membuatkan saya berfikir banyak mengenai santau ini kerana ianya merupakan topik hangat di kalangan orang Melayu. Setelah saya membuat sesi penaakulan di dalam tandas dan mengumpul segala maklumat dari sesi kedai kopi dan mengumpat telah dapat saya agak atau menyenaraikan antara syarat-syarat untuk sesuatu Santau itu berkesan. Seperti ilmu-ilmu hitam yang lain santau juga mempunyai banyak pantang larang.

Kalau kita dengar dari cerita-cerita santau selalunya melibatkan kedai makan atau kedai runcit. Namun ianya mempunyai suatu corak yang lebih kurang sama walaupun lokasi dan masa yang berlainan. Santau biasanya mesti antara gerai hodoh nasi lemak yang nak roboh di tepi longkang disantau oleh tuan punya gerai hodoh nak roboh di tepi longkang di seberang jalan sana sebab kononnya dia tak puas hati yang gerai nasi lemak yang belah sini lagi laku sebab dekat dengan “bus stop”. Syarat yang paling penting untuk santau itu menjadi ialah dua-dua tuan punya gerai mesti Melayu, yang makan dan kena santau pun kena orang Melayu jugak. Sebab itu kita tak pernah dengar kedai bak kut teh atau restoran daun pisang kena santau. Sebab pantang larang pertama untuk santau ialah ianya mestilah sesama orang Melayu. Kalau bangsa lain dia tak jadi, dan semakin hodoh gerai di tepi jalan itu maka kebarangkalian untuk kena santau adalah semakin tinggi. Kita selalu dengar restoran nasi campur dan nasi padang yang kena santau tapi belum pernah kita dengar restoran Woh Kah Seng 888 disantau. Kalau kena bayar wang perlindungan itu ada lah.

Pantang larang yang kedua untuk santau ini ialah dia tak boleh digunakan terhadap kedai-kedai atau restoran yang merupakan jenis cawangan atau “franchise”. Cuba para pembaca sekelian fikirkan sebentar, pernahkah kita dengar McDonald’s, Kentucky Fried Chicken, Giant, Jaya Jusco ataupun Carrefour disantau? Tidak pernah bukan, ahaaaaaa ini adalah kerana mereka ini adalah jenis franchise. Saya yakin ramai peniaga kecil terutama peniaga runcit yang tidak berpuas hati dengan kehadiran pasaraya besar yang merosakkan perniagaan mereka jauh lebih dahsyat dari kedai runcit pesaing yang lain. Namun apakan daya santau tidak berkesan terhadap pasaraya besar kerana Jin santau itu dia tak boleh nak lakukan kerja kalau dia tidak pasti siapakah tuan punya kedai berkenaan. Tapi kalau kedai runcit kecil yang ada mesin kukur kelapa dan kepunyaan orang Melayu mesti boleh punya. Walaupun “franchise” McDonald’s ini kepunyaan syarikat Melayu tapi ianya jenis bukan persendirian jadi itu yang tak jadi tu.

Tapi pasti ada yang bertanya, bagaimana pula dengan kedai atau restoran kepunyaan persendirian orang Melayu yang terletak di dalam pasaraya? Adakah ianya boleh kita santau? Nampak macam boleh tapi sebenarnya santau kita juga akan gagal sekiranya dihantar. Pantang larang ketiga ialah santau tidak boleh berkesan sekiranya kedai atau restoran berkenaan mempunyai penghawa dingin. Ini adalah kerana Jin santau tu Jin Melayu dan bukan Jin orang putih jadi dia tak tahan sejuk sebab Jin Melayu mana ada “sweater” paling kuat pun kain pelikat je. Sebab itu kita tak pernah nampak kes santau di KLCC ke ataupun Pavilion apatah lagi berlaku di Jaya Jusco. Lagipun berapa kerat sangat orang Melayu mempunyai kedai di tempat-tempat berkenaan.

Memang pelik bunyinya, santau yang konon hebat itu kalau kita dengar betul-betul ceritanya banyak masaalah dan kelemahan. Hendak pulak apatah lagi dari cerita-cerita yang kita dengar mengenai santau adalah dari orang-orang yang sendiri tak pernah kena santau. Selalunya rujukan adalah seperti berikut, tukang cerita dengar cerita santau dari orang kampung dia dulu yang mana orang sebelah rumah ada menyertai lawatan ke kilang batik di Pahang dan salah satu ahli rombongan itu kena santau masa makan dekat tepi lebuhraya. Dahsyat.

Pelik tak, kenapa bomoh yang hebat selalu tinggal dekat rumah hodoh yang nak roboh dekat hujung kampung yang eletrik pun belum tentu ada. Apa guna jadi bomoh yang hebat sampai boleh menyakitkan orang pakai angin je tapi tak mampu nak bayar bil Astro, takdelah hebat mana. Kalau ini macam baik jadi eksekutif MLM kurang-kurang ada can nak pakai Mercedes, dapat lengkap tujuh pasang je dah selesa tak payah jual barang.

Tapi itulah dia orang Melayu kita ni, cukup takut dengan benda-benda yang tak nampak ni tapi pada masa yang sama kabur dan terlepas pandang benda yang nyata. Kita sibuk sangat dengan makhluk-makhluk halus ni makhluk yang besar dan nyata ni kita tak nampak. Cuba kita berfikir sejenak, pernahkah anda dengar makhluk halus bunuh orang ke, merogol, merompak, menyamun, meragut, sumbang mahram, mendera kanak-kanak ataupun mencederakan orang. Kita ni sibuk sangat takut dengan hantu tapi kita tak sedar yang manusia ni, manusia yang masih hidup ini adalah jauh lebih dahsyat atau lebih hantu dari hantu.

Teringat saya dulu tentang kes Mona Fandey, macam-macam cerita lah keluar dan ketika itu saya masih sekolah rendah. Cukup sibuk dan macam-macam teori keluar, konon Monda Fandey kalau mati jadi monyet lah, dia belajar dekat Indonesia lah macam-macamlah.

Benda pertama yang saya ingat dari kejadian itu adalah ayat yang terkeluar dari pelakon bernama Zakaria Yusof iaitu bapak kawan saya dalam satu dokumentari mengenai dadah dan AIDS...

“Rupanya Mona lebih advance...”

Dan sejak dari itu nama perempuan jahat dalam drama Melayu selalunya Mona, dan saya nasihatkan dari anda sibuk sangat risau tentang benda-benda yang kita tak pasti ni baik kita buat kerja yang lebih berfaedah sebelum kita jauh ketinggalan dari orang lain yang “jauh lebih advance...”~~~~~

esofagus : aku pulak nak cakap..eh betul jugak ape mamat ni tulis, xpenah pulak aku dengar Kolonel Sander(KFC) kena santau ngan Badut McD..hoho