Tuesday, March 9, 2010

Terima Kasih Kerana Prihatin!!!



KUALA LUMPUR 7 Mac - Perdana Menteri hari ini mengumumkan pemansuhan cukai import bagi pembelian baru buggy untuk kegunaan kelab-kelab golf di seluruh negara berkuat kuasa serta-merta.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemansuhan itu bertujuan membantu pembangunan sukan golf yang semakin diminati pelbagai lapisan masyarakat dengan kelab-kelab golf pada masa sama berupaya meningkatkan lagi kemudahan yang sedia ada.

Difahamkan apabila pemansuhan cukai import itu dilaksanakan, ia akan mengurangkan hampir separuh daripada harga sebenar sebuah kereta buggy.



source : http://www.bernama.com/bernama/v5/newsgeneral.php?id=480440

KUALA LUMPUR, March 7 (Bernama) -- Golf clubs were presented a gift by the Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak Sunday when he announced the immediate abolishment of the import duty on golf buggies to spur the development of the golf industry in the country.

"I have been told that one of the ways in which we can help the development of quality golf courses in this country as well as to ensure that golf clubs in this country provide better facilities is to to consider removing import duty on buggies.

"So, on this auspicious occasion, wearing my hat as the Minister of Finance, I would like to announce the immediate abolishment of import duty on all golf buggies in this country," he said.

A happy Malaysian Golf Association (MGA) president Datuk Robin Loh welcomed the removal of the import duty which he said was 50 per cent.

For example, an imported buggy of RM20,000 would cost RM35,000 with the import duty and other taxes, he said.


sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0308&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm


->>>Aku berkata :

fakta tentang buggy golf dan apa saja berkaitan golf

BUGGY
sebuah kereta buggy yang standard - memuatkan dua orang pemain dengan membawa peralatannya sekali -berharga sekitar RM RM 12 ribu-RM 60 ribu tidak termasuk harga cukai.

PENGGUNAAN

penggunaan kenderaan jenis ini adalah terhad untuk kegunaan di padang-padang golf mewah untuk pemain-pemain golf
Menurut laman web golf-malaysia.com, Malaysia cuma mempunyai 162 Kelab golf sahaja diseluruh negara dengan kadar yuran keahlian paling rendah adalah RM 4,000 setahun.

PEMAIN GOLF
Pemain-pemain Golf tempatan kebanyakannya terdiri dari kalangan mereka yang berpendapatan tinggi. Walaupun sudah ada mereka yang berpendapat sederhana bermain golf tetapi hanya sebagai aktiviti santai dan riadah, bukannya untuk menjana pendapatan negara. Mereka yang mengunakan Kereta buggy ini pula hanya golongan mewah, sedangkan pemain golf yang biasa hanya berjalan kaki keliling padang golf.



kepada Encik pengubal undang-undang..
cukai kereta bila pulak nak mansuhkan..??? hah???(aku buat muka tak paham) and then, berapa peratus sangat rakyat malaysia yang main golf..bapak saya pon tak main golf..

berbalik kepada berapa peratus sangat rakyat malaysia boley main golf, adakah tindakan ini dapat mengalakkan budaya bersukan bagi menyihatkan badan di kalangan rakyat jelata..

tahukah encik pengubal undang-undang, kos latihan bagi saya yang berumo 22tahun ini yang dikatergorikan dewasa adalah RM165 untuk satu sesi(sejam setengah sahaja), RM475 untuk tiga jam dan RM900 untuk enam jam termasuk penggunaan peralatan dan fasiliti.

Mengenai kos untuk peralatan peralatan berteknologi tinggi pula, kalo saya teringin nak lawan Tiger Wood, mesti la saya pakai barang berkualiti tinggi..tapi barang berkualiti tinggi adalah melebihi RM150,000.

kenapa mahal..nak buat camne encik pengubal undang-undang, da nak lawan tiger wood..kang kalo saya pakai barang murah and then time saya sedap posing bontot nak hayun kayu golf tibe2 kepala kayu golf tu melayang kepala tiger wood, saya nak cakap apa kat dia..saya bukannyer tere speaking encik pengubal undang-undang..

saya pon teringin nak ada caddy yang hebat, kalo boley saya nak pakai bekas caddy tiger wood sebab senang sikit saya nak suruh caddy saya mintak nombor fon awek2 golf yang loaded tu wahai encik pengubal undang-undang..

Sunday, March 7, 2010

Pengetahuan Am



Kadang-kadang..


Aku pelik la dengan beberapa manusia yang aku kenal ni..


Aku tak taw la kalo dorang jarang baca newspaper ke hape ke(yang pasti lagi kuat surf tenet dari aku), tapi bila aku borak pasal individu2 yang hot atau just suam2 kuku sekarang ni, ade aje mangkuk tingkat yang blank..


*sejenis mangkuk tingkat*


For example,


bila aku bukak topik pasal Ibrahim Ali..
aku cakap "oh ni Ibrahim Ali punyer geng la ni.." then aku pause sekejap lepas aku tengok reaction kat muka2 manusia itu agak blur..peh tu, aku sambung balek "tawu tak sapa tu Ibrahim Ali?"..manusia2 itu kelihatan blank..
..aku nak ter-golek..


bila aku bukak topik pasal Ghani Othman..
tadi tengahari time lunch, aku cakap kat sekumpulan manusia.. "eh, tadi member aku msg cakap Ghani Othman pengsan kat padang golf"..tiba salah sorang manusia itu bertanya "sapa dia?"..aku ulang la "Ghani Othman pengsan kat padang golf..tawu tak sapa tu Ghani Othman?"..manusia itu geleng kepala sambil kembali mengigit ayam goreng..


tapi bila aku cakap pasal Scha Al-Yahya, boley pulak manusia ni cakap "best siot awan dania..boley tengok betis Scha"..


*comey siot pakai baju kurung*


yup Scha Al-Yahya tu pon pengetahuan am jugak..tapi kena tahun la general knowledge lain yang takde kaitan dengan hiburan, futbol dan akademik..


tu aku tak bukak lagi cerita..tikus tergolong dalam keluarga rodent..tapi tahu tak yang tupai itu jugak rodent..aku tawu dari Inglorious Basterd



*kenape laa aku baru sedar cerita quentin tarantino best*


p/S : pengetahuan am tu boley didapati kat mana2 aje..even kat tempat yang kita tak expect pon..

p/S : tolong jangan cakap kat aku, "buat ape nak ambik taw..bukannyer masuk exam pon"..pigi daaa..exam lambat lagi, yo yo oo aje mengaku macam da study untuk final exam..

p/S : aku bukan insan yang perfeK!(sengaja silap eja)

Saturday, March 6, 2010

Siri Menyampah 1

Baru aku perasan, siri 'Dasar Ketiak Busuk' berjaya menaikkan rating blog aku..memang sah rakyat2 kat malaysia ni memang suka benda2 bersiri kan..ye la balik aje umah, terus bukak tv dan melangut tengok drama2 bersiri..bila member ajak keluar, mesti kita balas "arrghh, tak boley la weii..ni ade drama best ni..kalo aku missed episod ni, aku blank next episode"

So, aku nak buat la siri..siri terbaru.."MENYAMPAH"

dalam siri ni, aku nak share pandangan aku ape paling menyampah dalam idop aku buat masa sekarang atau mungkin pada masa2 yang lepas..

no1 -> samy veluu



secara jujur, aku menyampah sebab banyak projek kerajaan zaman dia mesti ade 'flaw'..

walaupon aku bukan budak civil, tapi aku ade la belajar pasal structure cikit..well, mechanical kan antara cabang engineering paling versatile..

teringat dulu, bukan main die takmau mengalah pasal isu tol jelapang..

paling bangang, sampai sekarang still takmau mengalah pasal jawatan presiden MIC..padahal MIC tengah menuju zaman kemerosotan, tak sedar2 ke nak bagi lepas kerusi tu untuk orang lain..FYI, die pegang kerusi presiden dari tahun 1979..

ni aku ade jumpa quotes bangang die..enjoy..



1) Samy Velu on pos laju "BESOK KIRIM, HARI INI SAMPAI"



2) The one on TV when in trying to say he was ashamed, he said:`Kemaluan saya besar`



3) On drugs, "Jangan hisap dada"



4) Samy said in a ceramah "Kita akan bina satu jambatan untuk orong-orong kampong disini", one pakcik asked, "Datuk, sini takde sungai,buat apa bina jambatan?" and Samy glorious replied, "Kalau takde sungai, kita bina sungai!"



5) Samy's favorite quote on national televisi on "Toll naik sikit, manyak marah saya. You ingat semua ini toll saya punya bapa punya kah!"



6) During the water shortage crisis : "semua orang diminta jgn membuang aiyerr.. !"



7) During blood donation campaign in Sg Siput: "..marilah kita semua menderma dara.."



8) During the opening speech of various function: "...selamat datang saudara-mara semua.." (actually is "saudara-saudari ")



9) At an opening ceremony: "mempersilakan datin paduka rafidah aziz naik ke pentas utk membuka kain"



10)Commenting about his modesty: "sebenarnya, kemaluan saya sangat-sangat besar"



And lastly u know why our N-S Highway
concessio naire is named PLUS.

PLUS = Pungut Lebih Untuk Samy

p/s : ade orang gelar samy vellu = semi value..

Friday, March 5, 2010

Prank Birthday



Selalunyer, tiap2 kali besday(birthday), macam2 prank kita akan buat kepada besday boy/gurl..

Member aku..besday die minggu lepas..right before the week besday die, kitaorang cuti raye cine..Member aku ni jenis kesah tak kesah sangat dengan barang2 die, motor kriss die tu da la tayar pancit, handle pon tak lock..so jangan harap la nak taruk fork lock atau lock kat spoket..

Balek aje dari cuti break raya cina, terus die terkejut..motor die hilang..gelabah beb..kalo selipar jamban hilang pon da sumpah seranah, ni kan motor hilang..

Aku tanya "eh ko buat report polis tak?"
Die balas "repot polis belum buat lagi, repot ngan pak guard da buat dah"

dua hari selepas tu, ada sorang member die nampak motor kriss biru tu..kat area kolej aku tapi blok lain..aku pon pi la ushar motor die..motor die mmg kat tempat open..terbuka..memang tak logik orang nak curi..then aku cakap kat member aku tu, "eh topo, aku rase ade orang nak prank ko sempena besday ko"

*sori la kalo bosan cikit post ni..aku letih nak melalut sebab baru lepas main futsal..



p/s: kalo nak prank member, ni aku da bagi idea curi motor..tapi jangan sampai polis datang ketuk pintu la..

Thursday, March 4, 2010

Bercakap


*gambar ni maybe akan membuatkan orang tak puas hati..tapi itu la realiti..

Dua malam lepas..time aku tengah sedap2 mencari tempat2 nak sambung masters selain dari UTM ter-cayang, tiba2 member online(tak penah jumpa) buzz aku..

aku pendek kan cerita yeeeee..walaopon tu bukan style aku, yang mana aku jenis suka cerita panjang meleret berderet2 macam LRT..

Miss Y : weit..ko tak apply masuk malaysia top host ke?
Aku : tak la..apesal?
Miss Y : takde la..ko kan banyak cakap..
Aku : ni puji ke perli ni??
Miss Y : dua2..haha..
Aku : haha..cilaka..mane ko tawu aku banyak cakap..jumpe pon tak penah..
Miss Y : takde la, ni chatting pon banyak pulak story ko nak cerita kat aku..

Yup, selalunyer..90% time lepak2, aku akan bersembang mambang dan bergelak ku-kah-ku-kii..kalo aku terdiam tu, samada aku takde mood atau aku sakit perut..



*ade orang cakap..sexy siot mulut ko..cam angelina jolie..time tu aku baru menguap..


facts tentang mulut aku yang sexy ni..

->aku selalunyer akan bercakap biler aku ade knowledge pasal benda itu..kalo aku takde knowledge, aku akan dok diam2 macam katak pisang yang tengah aim kat lalat2 di sekitarnya(umpamakan ilmu itu bagai lalat..banyak sangat kat sekeliling kita, tunggu kita nak sambar ke tak)..

->aku penah kena reject time nak wakil sekolah untuk english debate..siot betol..yang replace aku tu budak form4 dari sabah..

->selalu kalo group presentation, aku yang kena present bahagian discussion..yang mana bahagian discussion tu selalunyer AYAT-AYAT BERBELIT, kena bagi EXPLAINATION PANJANG LEBAR, ade GRAPH PELIK2 yang perlu dijelaskan..

->tapi slide bahagian discussion tu la paling sikit..tu yang aku suke.. betol.betol.betol..

->kadang2 time present kat depan..otak aku berlawan dengan mulut aku..seriously, gua tak tipoo..ahad lepas time presentation short course, otak aku suruh sebut VACATION, tapi mulut aku nak VISITATION..terus lidah aku terkeliat nak sebut..VArr-Bruuu-Beeeeerrr....penah dengar tongue twister??ini aku tengah mengalami 'tongue and brain twister' pulak..

->dulu time darjah dua, cekgu kelas aku suruh aku pi story-telling kat perhimpunan..depan semua budak2..aku da prepare da weekend tu, tapi paham2 la bila ramai sangat orang pandang aku..so aku panik..story telling aku time tu adalah
"once upon a time, there are a man like to plays with trumpet..that's all thank you"..
terus semua orang tak jadi tepuk tangan..aku pon berjalan slumber masuk dalam jamban kemudian hantuk2 kepala kat cermin..

->time presentation..aku suka taruk gambar..ayat2 cikit(sebab aku tends untuk bace terus dari slideshow)..so kalo naseb baik, aku goreng sampai terlebih masa..kalo naseb tak baek, aku sengih cam kambeng gurun aje la kat depan..

->memang betol lidah lebih tajam dari pisau..aku penah gak terlepas ayat2 bangang..and kalo aku cepat tersedar, aku mintak maap la la tu jugak..kalo tak, sori la yea kawan bertukar lawan..

->kadang2 ayat yang terkeluar dari mulut aku ni memang pelik2 cikit..let says, kalo aku cakap "perangai cam kambeng gurun" means "bukan salah kambeng tu tak nak mandi, tapi da kat gurun air tu cikit sangat2..so berjimat"..bukannyer aku nak cakap ketiak ko bau cam kambeng..so, korang kena analysis ayat2 aku dua-tiga kali bagi memahami apa yang aku nak sampai kan..

->tapi cam semalam..aku cakap kat member aku.."haram arr, budget HOT!"..memang aku maksud kan si polan binti si polan tu budget HOT..

->aku memang suka sindir orang..selalunyer straight forward tapi dalam ayat2 yang kelakar..so jangan pikir aku nak buat lawak time tu..

->dan akhir sekali..salah satu tujuan aku tulis blog sebab aku banyak sangat nak cakap..tapi takde orang sudi layan..so, aku publish aje la kat blog..

Wednesday, March 3, 2010

Proton EMAS

credits to:

http://www.icars.sg/2010/12516/proton-reveals-the-three-emas-concepts-in-geneva/#more-12516

http://kereta.info/proton-emas-concept/?wpc=dlc#comment-34330

http://paultan.org/









EMAS stands for Eco Mobility Advance Solution

EMAS concept is powered by a hybrid system that is made up by a 1.2 liter 3-cylinder engine

Proton’s managing director Dato Syed Zainal has confirmed that the concept will go into production and we can expect to see it in 2012 or in 2013


EMAS


EMAS 3


EMAS COUNTRY




p/s : ade iras2 smart for two la..maybe tu konsep keta zaman 'back to future no2' kot..memang futuristik..


*smart for two.

Tuesday, March 2, 2010

Oh! Bulan



Apa motif entri ini? Ini menunjukkan yang OHBULAN! telah menjadi salah satu tempat untuk pelajar yang belajar bersungguh-sungguh demi masa hadapan melepaskan tekanan & mengikuti perkembangan semasa hiburan tanah air untuk di’jadikan bahan bual santai.

1. Universiti Putra Malaysia (UPM)
2. Universiti Sains Malaysia (USM)
3. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
4. Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
5. Universiti Utara Malaysia (UUM)
6. Universiti Malaysia Terengganu (UMT @ KUSTEM)
7. Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP @ KUKUM)
8. Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI)
9. Universiti Multimedia Melaka (MMU)
10. Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM)


Tahniah buat UPM kerana mengunguli ranking no1..apakah perasaan encik naib canselor upm atas kejayaan universiti anda mendapat no1..

bagaimana pulak ranking universiti reader2 sekalian??

ada dalam list tak??universiti aku takde..sedih nyer aku..hahaaaa...

*sekarang ni aku tengah survey nak further study kat upm, usm dan universiti aku, UTM..UPM ngan USM ada dalam list..sungguh membanggakan!