Showing posts with label siri menyampah. Show all posts
Showing posts with label siri menyampah. Show all posts

Friday, July 2, 2010

Siri Menyampah 5

Siri menyampah kembali...ho ho liaoo...

Aku MENYAMPAH kepada segelintir manusia yang dieksploitasi oleh pihak2 tertentu untuk berdemonstrasi..

apabila mereka itu adalah orang kampung..yang kurang jelas terhadap sesuatu isu..yang mana mereka mengharapkan berita arus perdana untuk mengetahui perkembangan tanahair..

yang mana mereka hanya mengetahui berita dari satu pihak..

aku MENYAMPAH apabila mereka 'dipaksa' untuk berdemo di tengah panas..tanpa sebarang khemah di atas kepala..

aku MENYAMPAH pabila mereka 'diprovokasi' oleh pihak2 yang mempunyai kepentingan tertentu..

aku MENYAMPAH pabila tiada siasatan yang dilakukan tentang perkara itu..biar la siasatan dilakukan dahulu baru dihukum siapa salah siapa benar..

Ini tak, pantang dikritik sedikit, pasti ada yang melenting..padahal kritikan ada dua jenis, kritikan membina dan kritikan yang merendah-rendahkan..

Wake up my people..let justice reveals it..

*ada demo yang aku setuju n ada yang tak..post ini untuk demo yang aku tak setuju

Saturday, April 10, 2010

Siri Menyampah 4

haha..aku kembali sebentar..setelah bosan asyik study + asyik men-draft thesis aku..ahuuuuu yehhh...


kali ni, aku taip siri menyampah sebab aku kesuntukan masa nak cerita benda2 lain yang terjadi kat idop aku..


basically, siri menyampah ni based on experiences aku..ye la, da name pon menyampah..


FYI, aku sangat menyampah kat CERTAIN fans2 man utd yang poyo..yang ok2 aku tak anti..


no1..bising tak ingat dunia..padahal baru aje gol sebijik..

no2..kaki provoke orang lain..jenis suka membakar atau kaki bakar(filem u-wie)

no3..tak admit silap team sendiri..

no4..time ref tolong tak ungkit, time ref againsts baru bising tak ingat dunia..

no5..walaupon baru kalah semalam, tapi hari ni da bangga tayang baju man utd ke sana ke mari..

no6..tak padan menang dengan penalty, da bangga nak bagi tawu satu malaysia..

no7..mengaku fans tapi knowledge ciput..ade certain tu, aku rase knowledge aku lagi dasat dari knowledge dorang..

no8..egoistic..

no9..gi semayang jumaat pakai jersi man utd..come on la, lambang sah2 setan siap pegang garpu..pleazeee...

no10..dah la time menang bising tak hingat, da kalah pon still bising..

no11..begitu tegarrrrrr untuk admit kekalahan..

cukup 11 alasan untuk 11 players atas padang..


bak aku kata kat atas, aku tak benci sume fans man utd, tapi segelintir mangkuk2 hayun yang perangai macam ungke biler man utd menang, tapi sembunyi kepala dalam tanah macam burung unta biler kalah

Saturday, April 3, 2010

Siri Menyampah 3

menyampah betol aku tiap2 kali tengok tv, ade laporan pasai manusia dot dot dot dari cawangan parti dot dot membuat laporan polis tentang bla bla bla..

kenapa buat laporan polis then muka kena masuk tv?

tak boley ke buat laporan senyap2 kat balai, then blah camtu aje la..

bagi aku la kan..tindakan dorang ini kebanyakannyer berbau politik..masing2 bersifat opportunist yang mana "ohh kalo aku tak buat camni..camne aku nak cepat naik pangkat.."

tak pon, "kalo aku tak buat camtu, kang kena buang pulak.."

dan perlu ke berarak ramai2 seolah-olah mahu menarik perhatian ramai dan tiada permit diperlukan hanyalah kerana kunun2nyer mereka ini berarak secara aman..

dan apa yang dimaksudkan berarak beramai2 secara aman..and how to distinguish between perarakan tu aman ke tak??

Saturday, March 13, 2010

Siri Menyampah 2

Aku menyampah kat filem2 melayu..tapi tak semua..ade la 90% yang aku menyampah..

kalo download free pon, aku tak hingin..kalo orang tolong download and then offer kat aku sambil menghulurkan hard disk, mungkin aku akan consider(tu pon selepas aku tanye, ade movie baek punyer tak?)..hahaha

kenapa aku bosan dengan cerita melayu??

no1..aku seorang yang amat mementingkan jalan cerita..kalo jalan cerita die best, tapi jiwang nak mampuih, aku tak kesah..aku boley layan..tapi kalo jalan cerita tak best, walaopon gune effect dari studio yang buat Lord of The Ring, aku takkan tengok..


*GADOH..pity..movie yang bawak good messanges..tapi sebab pasal bergaduh antara kaum, langsung tak dipublish..

no2..trailer punyer la gempak..tapi selepas aku tengok dvd pirate, baru la aku rase aku tertipo..contohnyer filem KINTA..preview bukan main gempak..siap Ho Ro Bin(wakil wushu Malaysia) berlakon lagi..tapi cam haram je jalan cerita..skill pun suam2 kuku..



no3..pelakon..aku ingat kan pelakon kat malaysia ni banyak giler..last2, recycle hero ngan heroin muke yang sama gak..takde ke heroin lain dalam malaysia ni..aku yang dulu syok kat heroin tu sebab die cun, tapi sekarang aku da meluat da nak tengok filem sebab die..



no4..predictable storyline..adoyaaiii..takde modal lain ke haaa??kalo filem yang awie berlakon time zaman yusop haslam, mesti die pegang watak mekanik..takpon musician..apesal tak ambik watak yang faymes2 cikit?mungkin sebab die boley pakai singlet atau sleeveless shirt yang boley menunjukkan kebesaran bicep kat lengan die..



no5..suka sangat bergantung kat name2 yang kunun2 nyer faymes untuk melariskan filem.."Jangan Pandang Belakang Congkak" what the heck??bosan nak mampuss..naseb baek aku beli dvd pirate..tu pon aku rase menyesal and rase macam nak pi claim balek rm5 kat tauke dvd tu..



no6..tak payah la dok buat sequel prequel watever..da takde idea ke haa??semalam aku tengok V3-Samseng Jalanan..haram tak best langsung..filem Remp-It lagi best dari V3..ni ke filem yang farid kamil bukan main melenting biler kunun2 nyer Adnan Sempit tiru movie die..



no7..poster yang sangat tidak menarik..lepas aku tengok poster tu, aku nak baham burger pon tak berselera laaa...kalo poster tak bernafsu, camne aku nak bernafsu tengok filem tu..



no8..kontroversi melebih2..cerita biase aje..nothings spesel



why not producer filem buat filem based on great novel atau true story..yang mane tak payah nak spent duit buat CGI gempak meletop banjaran titiwangsa tu..

aku tabik dengan Upin&Ipin sebab anak buah aku begitu excited tengok movie atau series Upin&Ipin..siap reti sebut "Ipin..Ipin.."

last but not least, caj murah untuk tiket boley tak??takut kang nanti tak berbaloi..

Saturday, March 6, 2010

Siri Menyampah 1

Baru aku perasan, siri 'Dasar Ketiak Busuk' berjaya menaikkan rating blog aku..memang sah rakyat2 kat malaysia ni memang suka benda2 bersiri kan..ye la balik aje umah, terus bukak tv dan melangut tengok drama2 bersiri..bila member ajak keluar, mesti kita balas "arrghh, tak boley la weii..ni ade drama best ni..kalo aku missed episod ni, aku blank next episode"

So, aku nak buat la siri..siri terbaru.."MENYAMPAH"

dalam siri ni, aku nak share pandangan aku ape paling menyampah dalam idop aku buat masa sekarang atau mungkin pada masa2 yang lepas..

no1 -> samy veluu



secara jujur, aku menyampah sebab banyak projek kerajaan zaman dia mesti ade 'flaw'..

walaupon aku bukan budak civil, tapi aku ade la belajar pasal structure cikit..well, mechanical kan antara cabang engineering paling versatile..

teringat dulu, bukan main die takmau mengalah pasal isu tol jelapang..

paling bangang, sampai sekarang still takmau mengalah pasal jawatan presiden MIC..padahal MIC tengah menuju zaman kemerosotan, tak sedar2 ke nak bagi lepas kerusi tu untuk orang lain..FYI, die pegang kerusi presiden dari tahun 1979..

ni aku ade jumpa quotes bangang die..enjoy..



1) Samy Velu on pos laju "BESOK KIRIM, HARI INI SAMPAI"



2) The one on TV when in trying to say he was ashamed, he said:`Kemaluan saya besar`



3) On drugs, "Jangan hisap dada"



4) Samy said in a ceramah "Kita akan bina satu jambatan untuk orong-orong kampong disini", one pakcik asked, "Datuk, sini takde sungai,buat apa bina jambatan?" and Samy glorious replied, "Kalau takde sungai, kita bina sungai!"



5) Samy's favorite quote on national televisi on "Toll naik sikit, manyak marah saya. You ingat semua ini toll saya punya bapa punya kah!"



6) During the water shortage crisis : "semua orang diminta jgn membuang aiyerr.. !"



7) During blood donation campaign in Sg Siput: "..marilah kita semua menderma dara.."



8) During the opening speech of various function: "...selamat datang saudara-mara semua.." (actually is "saudara-saudari ")



9) At an opening ceremony: "mempersilakan datin paduka rafidah aziz naik ke pentas utk membuka kain"



10)Commenting about his modesty: "sebenarnya, kemaluan saya sangat-sangat besar"



And lastly u know why our N-S Highway
concessio naire is named PLUS.

PLUS = Pungut Lebih Untuk Samy

p/s : ade orang gelar samy vellu = semi value..