*artikel ni tak bertujuan nk promote komunis atau fahaman komunis..cuma bnde2 ni ikhlas dari hati sanubari aku..lagipon aku tak hidup zaman tu, so aku tak kata pon aku setuju 100% ngan perjuangan dorang..
lebih kurang macam tu la tajuk kat newspaper NST smlm, 24may09, pg 12...
artikel tu cerita pasal satu blog ni yang ditulis oleh 'orang buangan' Malaysia, yang sekarang dok menetap kat narathiwat, thailand...
total kat dua pages tu, ade 4 artikel sume nyer..yang artikel last skali(aku rse la, kat belah kanan skali, ade tulis "History is victor's version"..lebih kurang macam tu la..
then, kat berita tv1 semalam(aku tak taw la apesal parent aku dok tengok berita tv1 sekarang ni), (pembaca + berita =pemberita) tu ade ungkit pasal artikel dalam NST tu..pemberita tu macam menyalahkan NST sebab konon2 nyer(ni ikut tafsiran aku la) NST dok kempen pi n dok kempen mai pasal komunis..aku x taw le orang yang luluskan berita untuk tv1 tu reti bahasa english ke x(mungkin sebab die x belajar math n science dlm bi kot), tapi dalam artikel tu xde pon dok promote ideologi komunis atau Parti Komunis Malaya(PKM)..
pemberita tu ckp lagi, rakyat malaysia sudah bijak menilai sesuatu perkara..ya ya..rakyat malaysia memang makin bijak menilai, cuma berita2 kat malaysia ni ade yang belum terbukak minda je..klo takat tengok berita n baca paper je, tanpa baca blog, aku rse minda aku x kan tebukak2 sampai sekarang..
kalau da taw rakyat malaysia da pandai menilai, tak payah dok hentam2 'satu pihak' je..(paham2 je la maksud aku, konteks bukan sekadar isu komunis ni, tapi konteks lebih luas)..klo btol2 mengaku sumber berita, patut kena jujur..
ni blog tu
http://matamin.blogspot.com/
blog profile...
PERKENALAN BLOG INI
"Penandatanganan persetujuan damai 3 pihak di Haadyai sudahpun berlalu hampir 20 tahun. Akan tetapi, kewujudan bekas perajurit pasukan-pasukan Tentera Rakyat Malaya masih disisihkan dari media perdana. Ada pihak yang cuba filemkan sejarah mereka tetapi telah diharamkan penerbitannya.
Justeru itu, blog KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN – KINI DAN SILAM ini perlu diwujudkan untuk memaparkan berita terkini dan sejarah silam para pejuang kemerdekaan agar disimpan untuk tatapan generasi akan datang.
Sejarah bukanlah hanya satu penjelasan. Blog ini tidak ingin mengatakan bahawa sejarah yang dipaparkan di sini adalah satu-satunya versi sejarah yang paling tulen dan benar atau menganggap hanya Rejimen Ke-10 dan TRM di bawah pimpinan PKM saja yang berjuang bertumpah darah demi kemerdekaan tanah air,tapi blog ini ingin semua pihak yang jujur kepada fakta sejarah mengetahui bahawa sumbangan mereka tidak dapat dinafikan.
Mengangkat senjata menentang penjajah bukanlah sesuatu yang salah, juga tidak bermakna menolak berjuang secara aman, tetapi situasi telah mendorong ia harus dilakukan.
Ramai yang merujuk kepada PKM sebagai organisasi keganasan dan zalim kerana melancarkan perjuangan bersenjata, malah PKM dikatakan dimiliki orang Cina yang ingin menjajah Tanah Melayu, pada hal ini semua tidak benar sama sekali. PKM berlandaskan ideologi komunis yang bersifat humanis antarabangsa, menyanjung keadilan sosial, perpaduan kaum dan demokrasi. Ia disertai jua oleh semua kaum, termasuk Melayu, India dan lain-lain.
Kerana itulah blog ini ingin memaparkan segala sejarah silam Rejimen Ke-10 agar persepsi serong ini diperbetulkan."
aku rase dari stesen tv dok nak jadi champion di mata kerajaan, baek korang pikir macam ne nak banteras maksiat kat malaysia ni, memeriahkan masjid2 yang segelintirnya ciput aje makmum2, block pengaruh2 aethis yg teruk dari pengaruh komunis ni, kupas blog gay yang ade kat internet..kan lagi baguih..kan kan.
ermm, dalam artikel tu ade tulis yang ade pemimpin gerakan, push kerajaan malaysia untuk terima blek Chin Peng..sebelum tu, sorang pemimpin DAP pun ade try push jugak..aku rase yang dorang dok marah sangat sebab dalam artikel tu ade cuit cikit pasal parti gerakan kot..ermm..aku~no comment..
No comments:
Post a Comment