Friday, August 13, 2010

Sori lama tak update

Memang betol la orang cakap..bila bekerja ni, hidup memang menjadi busy tahap gaban..

Tambahan plak aku yang buat tiga keja dalam satu masa = keja part time + student part time + supervisor final year project 5orang budak degree..

Serius letih..Tiap2 kali balik bilik, rasa nak bukak baju + pasang kipas no5 dan tido sepuas hati...

Sekarang ni keja aku kat stage DESIGN..yang mana memang kena sangat2 ngan jiwa aku yang suka Design benda walaupon kadang2 benda tu tak cukup kriteria yang diperlukan..

So terpaksa la re-do 5,6,7,8 kali..yang mana keja re-do la yang paling palat skali..yang mana idea asal kita terpaksa diubah..kadang2 sebab alasan simple aja macam kenapa pakai CIRCLE??kenapa tak pakai RECTANGULAR..

So kepada mereka di luar sana yang masih student full time, enjoy your life..pergi la jalan puas2 satu malaysia selagi belum bekerja

Thursday, August 5, 2010

Soal Jawab

Siapa tengok rancangan SOAL JAWAB semalam???

Isu semalam adalah pasal "politik di kampus"..

Panel jemput sorang timbalan menteri(kalo tak silap aku la) & sorang bekas naib canselor sebuah universiti(ex NC)..

Yang si menteri tu, yang aku rasa sah2 penyokong parti kerajaan bukan main beria2 nak benarkan mahasiswa& mahasiswi terlibat dalam politik..

Tapi yang si ex NC cukup membangkan politik di kampus..yang di mana idea politik di kampus itu merujuk kepada ahli2 politik di luar sana bebas untuk mendekati mahasiswa, dan mahasiswa bebas untuk berkempen dan menyertai sebarang rapat-umum atau ceramah politik di luar sana...

Aku cukup tabik dengan ex NC tu sebab dia jujur..dia sendiri mengakui yang kalo dibenarkan parti politik menubuhkan cawangan2 di universiti, pasti penyokong parti pembangkang lebih ramai dari parti kerajaan..

Sedangkan si timbalan menteri tu sibuk mengeluarkan kenyataan yang bagi aku, kurang bijak..yang mana dia tidak menjawab soalan tapi lebih kepada mengalihkan soalan itu..Sorry to said, tapi nampak sangat2 yang ex NC itu lebih bijak dalam berkata2 berbanding pak menteri itu..

Sibuk sangat nak benarkan budak2 berpolitik..biarlah dorang abis dulu belajar...nanti bila dah graduate, bila masuk alam di luar sana, nak berkempen sampai naik atas pentas pon tak apa..

Friday, July 30, 2010

Public fone



Telefon awam yang kaler biru atau kuning..

Pergghhhh klasik gila...

Dulu, di public fone la aku bergayut di zaman aku sekolah...di zaman aku digelar hero remaja..

Zaman itu, memang perlu cari public fone paling sunyi supaya jelas bercakap..

Bercakap plak kena la dengan nada slow gila..baru la romantik..hanya untuk si dia dengar..

Dalam poket seluar jeans lusuh aku, penuh dengan duit syiling..minimum adalah rm2..

Kepala selalunya dihulur sedalam mungkin..mungkin untuk mendapatkan feel..



Tapi sekarang??

Public fone makin pupus..

Yang rosak lebih banyak dari yang berfungsi..

Public fone lebih kepada fungsi notice board..di mana iklan bilik sewa dan iklan peminjam wang ditampal bersilih ganti..

Remaja muda mudi semakin kurang bergayut di telefon awam..



Di situ, aku nak mention beberapa kelebihan public fone semoga tradisi bergayut di public fone berkekalan..

Kelebihan call awek dengan public fone berbanding handphone

1. sanggup keluar umah tengah malam untuk bergayut..konon2nya sanggup bersusah payah.

2. sambil bergayut tu, boley kutuk2 orang sebelah yang 'cakap kuat' or watever...

3. boley budget berapa ringgit habis time calling awek..so perbelanjaan berhemat..

4. boley tengok perangai kaki gayut di public fone..

5. membentuk sifat penyabar apabila terpaksa beratur panjang untuk guna public fone.

6. dapat melatih kaki supaya tahan berdiri untuk sekurang-kurangnya 1/2 jam..

7. berminat untuk kumpul duit syiling untuk dijadikan modal bergayut..

8. sanggup beli gula2 hack 2bijik(10sen) semata-mata hendak baki 90sen untuk bergayut

9. memberi turn kepada makcik2 yang terdesak nak menggunakan publis fone..

10. mampu membentuk badan mengikut ruang2 kosong di celah2 public fone..

Wednesday, July 28, 2010

Kelas master aku

Sekarang ni hidup aku sebagai budak master full time + engineer sangat2 la busy..

Kalo tak de keje, gua study..kalo tak study, gua cari penyakit..

Sampai ada orang komen muka gua tension la sangat..nak buat camna..pressure tu tersangat2 tinggi..

Berkaitan kelas master aku, kelas aku around 40-50++ budak..separuh dari kelas adalah foreign student..lagi separuh adalah malaysian..

Dari sume malaysian tu, ramai yang dari universiti luar..yang dulu buat degree tempat lain..budak U aku yang direct sambung tak ramai la..banyak keja dulu sebab nak bagi kewangan stabil..

Boley kata, hampir separuh malaysian yang dalam kelas aku sume berumor..jenis yang dah biasa bekerja di industry..

Foreigner plak suma dalam late 20's atau early 30's..hampir semua ada indstry experience..

Tentang kelas master plak, lecturer ajar...perghhh bapak laju giler..berdesup2 maklumat masuk dalam otak aku tanpa sempat dikunyah sehadam-hadamnya...

Monday, July 26, 2010

Ariel dan Luna

weekend aritu aku baru sempat tengok gambar Ariel dan Luna..


perghhh..itu aje yang mampu aku lafazkan...


patut la hot giler gambar ni..


*aku rasa macam nak bagi penyepak je kat tuan punya gambar ni..betol2 kelakar nak mampus..hahahah..


Ubah gaya hidup

petrol naik harga..gula pon naik harga..diesel pon naik harga..

lagi 2bulan aje kita nak raya, so sah2 biskut2 raya bertamah2 mahal dan tiket bas naik harga...fed-up aku..rasa macam bingai aje..

jadi apa boley buat, ubah gaya hidup


*basikal mountainbike ber-cover set RXZ.. dari FB Mr Khairul..

Friday, July 23, 2010

Aku bukan Unta

semester pertama sebagai budak master ni, aku ambik 3subjek teras + 1subjek umum..ambik 12kredit aje..malas nak carry banyak2 macam unta kat padang pasir..

salah satu subjek tu adalah adv eng math..korang paham kan shortform..aku tak mau tulis nama penuh, kang2 free2 aje orang google terkeluar blog aku..

subjek ni tough la..setiap minggu ada quiz..mungkin untuk semua orang sentiasa alert & tak study last minit sebelum pergi jawab test..



nak dijadikan cerita, time aku dengan kawan aku tengah lepak2 di working station aku(yang mana dikongsi oleh ramai orang), tertiba ada brader final sem master ni datang tegur kawan aku..

Brader : Study Adv Eng Math ke???

Member : A'ah..

Aku : (toleh pandang brader tu)

Brader : ala, senang aja subjek ni..saya dulu skor A..kamu boley tak skor A??

Aku : ermm..boley la kot..(sambil tersenyum kelat)



then brader tu sembang la 'pang pom pang'(cakap banyak atau sembang kuat) pasal dia dulu..yang kunun2nya dia la yang paling excellent dalam kelas..kemudian, kawan aku bertanya..

Member : soalan2 dia susah tak??

Brader : susah la jugakk..

Member : ramai tak yang skor??

Brader : kalo yang budak baru first time ambik, skor biasa2 je..sapa yang ambik second round, skor A la..

Dipendekkan cerita, brader tu pon blah dari meja aku setelah berborak..Kemudian aku tanya kepada member aku..

Aku : eh, tadi brader tu cakap "sapa yang ambik second round dapat skor A kan??

Member : a'ahh..

Aku : ntoh2 brader tu ambek second round kot tu yang konfident cakap dia dapat A..

Member & Aku : hahahahaa...