Wednesday, February 10, 2010

Guru geram pelajar kata...celaka cikgu

source : myMetro..a.k.a harian metro
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Gurugerampelajarkata___celakacikgu/Article

KOTA BHARU:
Kerana mengeluarkan perkataan ‘celaka cikgu’, seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah di sini, trauma selepas mendakwa dirinya menjadi mangsa ‘amuk’ seorang guru dalam kejadian pada Khamis lalu.


BUKTI...Lua menunjukkan gambar kesan lebam di leher anaknya.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 pagi itu, mangsa dikatakan baru pulang dari tandas sebelum diminta mengeluarkan buku nota oleh guru terbabit. Bagaimanapun, mangsa yang belum sempat berbuat demikian tergamam apabila guru berkenaan secara tiba-tiba menarik kerusinya hingga terjatuh sebelum menarik baju serta mencekik bahagian mulut dan belakang lehernya.


Difahamkan, guru yang mendakwa terdengar mangsa mengeluarkan perkataan biadap itu kemudian merotannya sebanyak dua kali sebelum guru besar tiba ke kelasnya.


Menurut bapa mangsa, Lua Boon Hoe, 40, dia hanya mendapat tahu perkara itu pada hari berikutnya selepas dimaklumkan anak perempuannya yang berada di tingkatan lima di sekolah sama. Katanya, dia terkejut dengan kejadian itu dan meminta anaknya itu menceritakan perkara sebenar. “Saya tidak tahu kejadian itu sehinggalah anak perempuan secara tidak sengaja menceritakan perkara itu ketika makan malam pada Jumaat lalu.


“Saya memaksanya memberitahu perkara sebenar yang berlaku pada adiknya dan dia juga ada mengambil gambar kecederaan itu menggunakan telefon bimbit sebelum kami membuat laporan polis,” katanya.


Kesal dengan kejadian itu, dia membawa anaknya membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu pada jam 1.29 pagi, Sabtu lalu.

Sejurus membuat laporan itu, anaknya kemudian membuat pemeriksaan perubatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan diminta menunggu selama dua minggu untuk diberi laporan perubatan.


Selain itu, Lua berkata selepas membuat laporan itu dia berjumpa dengan guru besar sekolah untuk mendapatkan penjelasan dan diberitahu kejadian itu akan disiasat pihak sekolah.


Bagaimanapun, permintaannya untuk berjumpa guru terbabit ditolak dan dia hanya dibenarkan berurusan dengan guru besar saja.


“Semalam saya sekali lagi ke sekolah berjumpa dengan guru terbabit. Dia memaklumkan terdengar anak saya cakap ‘celaka cikgu’ yang dianggap biadap dan mengakui merotannya tiga kali.


“Bagaimanapun, saya kesal kerana dia berkata tiada saksi yang mendengar anak saya bercakap seperti itu kepadanya. Dia juga hanya mengaku merotan anak saya dengan perlahan tetapi tidak melakukan perkara lain termasuk mencekiknya,” katanya.


Dia berkata, selepas kejadian itu anaknya tetap ke sekolah seperti biasa tetapi masih dirundung trauma dan rasa takut.


“Saya kecewa dengan kejadian ini kerana sebagai seorang guru, dia tidak boleh bertindak demikian dan merancang mengambil tindakan undang-undang menyaman guru terbabit,” katanya. Sementara itu, Pengarah Pelajaran negeri, Ghazali Ab Rahman berkata pihaknya akan meneliti perkara itu dengan mendapatkan laporan kejadian daripada sekolah terbabit.


Katanya, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan tatatertib terhadap guru terbabit sekiranya didapati bersalah.


---AKU NAK KOMEN PULAK---

*aktiviti makan kerusi


Budak2 zaman sekarang ni..haihhhhh(mengeluh), longlaq sangat..depan cikgu pon nak buat perangai gedebe..

Aku cakap kat member aku pasal benda ni, aku cakap "memang patut pon budak tu kena bantai kalo betol2 dia cakap benda camtu kat cikgu dia.."

Member aku,S balas "at least kalo cikgu tu kena buang sekolah, at least puas hati la sebab dapat bantai budak tu"(berapa banyak daa 'at least')

Member aku satu lagi,A "bantai tu ape?"
(potong stim betol..haha)

kamus utara
longlaq : (i dun hv a word in mind that fits for the meaning) tak keruan
bantai : ada dua maksud..no1 = bantal..no2 = belasah

kamus kelate
gedebe : samseng

p/s : mak aku cikgu..kalo ada budak cakap camtu kat mak aku, konfem pecah muka budak gedebe tu kena silat kuntau dengan aku..

p/s : HEPI BESDAY MUM!!!LOVE U..



*siapa cakap pergerakan school gurl time berbaju kurung terganggu?!?

Tuesday, February 9, 2010

Politik ku kah..


sumber : Utusan Malaysia ms9
(sejak2 kes anwar ibrahim dengan saiful bukhari ni, aku sudah kembali membaca utusan malaysia sebab liputan yang menyeluruh macam celcom broadband..dulu aku menyampah nak baca sebab utusan 'biased')

Bermula pada perengan kedua..

Beliau berkata, oleh kerana ketiadaan parti seperti UMNO pada zaman silam, kerajaan melayu seperti Melaka yang dikatakan hebat, kaya dan berkuasa boleh runtuh dan silih berganti dikuasai penjajah.

Katanya, penjajah pula membawa masuk rakyat dari pelbagai negara yang mendedahkan masyarakat setempat dengan budaya asing dan tidak seiring dengan tuntutan agama.

“Orang melayu ketika itu yang berada di bawah kuasa Melayu khayal dan lupa pada matlamat perjuangan terutama di kalangan anak-anak pembesar yang kaya-raya dan ditambah dengan sikap pembelot bangsanya sendiri”.

“Akhirnya wujud UMNO melahirkan semula bangsa dan ketuanan melayu yang musnah gara-gara dasar penjajah” katanya di sini hari ini..

Fullstop..ada part2 lain dalam artikel tu, tapi aku malas nak salinkan..aku bukannya pro UMNO atau pro Lim Guan Eng mahupon pro Datuk Zaid Ibrahim, jauh sekali Khairy Jamaluddin tapi aku nak highlight kesilapan statement yang bagi aku, kalo aku nak ‘titik’ orang tu, aku akan guna ayat2 itu..(samalah cam orang kerajaan yang fire lim guan eng time dia guna ayat ‘amar makruf nahi mungkar’)



Bla bla bla.. ketiadaan parti seperti umno pada zaman silam, kerajaan melayu seperti Melaka..bla bla bla..

Pada zaman tu, sistem pemerintahan kat Melaka hanyalah sistem beraja atau yang mana, apa yang sultan atau raja suruh, pembesar atau rakyat jelata wajib ikut..no argument..Kalo tak, tak da la hang jebat melancarkan reformasi menentang pemerintahan sultan..Keberanian dan ketegasan Hang Jebat untuk mencari keadilan sehingga sanggup menderhaka kepada Sultan adalah satu-satunya persoalan yang menjadikan Nama Hang Jebat begitu harum sehingga ke zaman ini..


Yang mana zaman itu, memang tak perlu parti politik sebab raja menjadi simbol perjuangan rakyat..Mana la ada parti politik time tu, kalo ada, mesti la raja kurang berkuasa dan pemimpin2 tempatan berpecah belah dengan fahaman politik masing2..

Kejatuhan kerajaan melaka mungkin disebabkan..
no1 = Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka, telah tua
no2 = kemungkinan amalan rasuah berleluasa
no3 = kemunduran sukses bisnes perdangangan di perlabuhan melaka
no4 = orang melayu ketika itu kurang kekuatan jati diri bagi melawan armada portugis
no5 = strategi perang portugis(senjata+maklumat bocor)


dari google..The First Party System is a term of periodization used by political scientists and historians to describe the political party system existing in the United States between roughly 1792 and 1824. It featured two national parties competing for control of the presidency, Congress, and the states: the Federalist Party (created by Alexander Hamilton) and the Democratic-Republican Party (created by Thomas Jefferson and James Madison).

Monday, February 8, 2010

Telur Ayam 2bijik


tepuk amai amai..belalang kupu kupu..

Chelsea 2 Arsenal 0

pesanan untuk wenger,
"to win a decisive game, u need a quality centre forward, not a player with height of 1.72 m (5 ft 7+1⁄2 in) to leads ur attack"

*berdesupppppp..dua bijik..didier 'king' drogba cakap "game over"..


"u also need a great man to lead ur team"

*john terry - model iklan power root terbaru bagi mengantikan rosyam noor


"and last but not least, u need a pair of save hands between goal post"

* petr cech cakap "naseb baek la aku lawan dengan team kanak-kanak"








ni yang aku malas nak tulis dalam english..grammar aku tak strong pon..mintak2 la wenger paham sangat ape yang aku tulis ni..

MR WENGER!!! DON'T FORGET TO ADD ME IN UR FACEBOOK..JUST ADD THAT POYO GUY WITH BROKEN ENGLISH..

Sunday, February 7, 2010

Sifu mintak C.I.F.U



Situasi pertama

Pada satu petang yang hening, ketika mesyuarat tingkap di sebuah lokasi, Sifu bertanyakan sesuatu kepada ePon..

Sifu : Can I Faq U?
ePon terkedu..die berasa takut dan marah..bla bla bla..
ePon akhirnya merelakan sesi FAQ atau ‘frequently asked questions’ di antara dia dengan sifu..epon telah menafikan haknya sendiri, iaitu hak untuk mem-protect bontot dia dari dicerobohi oleh mana2 anasir luar..begitu lemah sekali epon..


Situasi kedua

Pada satu petang yang nampak macam nak hujan, aku dengan kawan aku nak buat eksperimen..eksperimen reaksi pompuan apabila diajukan C.I.F.U..so, aku cabar kawan aku suruh dia pergi tanya perempuan yang masih suci, “can I faq u?” ..member aku tu buat betul2..

die pon pergi la tanya mana2 awek kat bus-stop..member aku dengan selamba kodok pon cakap la "C.I.F.U?" then, awek tu tergamam..muka marah..kemudian..
Dari 1saat sehingga 2saat, pipi kawan aku ditampar sekuat-kuat hati dia..kesan nya, pipi dia tak simetri selama beberapa hari


Dari saat ke3 hingga saat ke5, his balls will be get kick..


kesannya, dia menangis like a small baby Selama 30minit sambil berbaring kesakitan dan akan mengambil masa selama 1jam untuk mendapatkan kudrat kembali berdiri..


dia jalan terkengkang selama 1minggu..


kilang kesuburan dalam badan kawan aku akan shut-down operasi selama 3minggu..


kawan aku kena pergi kaunseling untuk mendapatkan keyakinan dia selama 2bulan..


dan kawan aku mengambil masa Selama 3bulan untuk kembali berkeyakinan bercakap dengan perempuan..


Bak kata mastercard, "There are some things money can't buy. For everything else, there's MasterCard."

Saturday, February 6, 2010

Guys who cry : Sweet or Soft?

this title is taken from The SUN, UK..


*scolari cakap kat ronaldo : sapa suruh ko menangis..meh cini aku bagi pelempang


menangis..senjata utama pompuan..kalo pompuan menangis depan aku, secara automatiknya aku akan meng-offer bahu aku sebagai port die nak menangis..ohhh, membahagiakan..


tapi kalo lelaki menangis??konfem aku lari jauh2..hahaha..tak da laa....

bagi aku la kan, nothing wrong with crying..normal la, orang laki tu baru belajar potong bawang, memang la berair mata dia..


aku pon penah bergenang air mata, tapi tak la sampai bercucuran air mata..tak malu pon nak mengaku..last sekali time aku menangis, aku menangis sebab family problem..memang punah hidop aku kalo benda tu terjadi(alhamdulillah da ok seperti sedia kala), silap2 aku boley postpone study..

tapi for guys, jangan la menangis kat public melainkan ko terharu atau tengah dapat award..kalo nak menangis, gi menangis sorang2 time tengah mandi shower..nanti kalo orang tanya kenapa mata merah, kata la "syampoo masuk mata..TAK PEDIH KAN MATA..."

Thursday, February 4, 2010

Personal target (until 30 years old)



Tadi..

time tengah study subjek engineering management&safety, tiba2 aku ter-draft out aku punya future planning..

(plz be informed that umo aku sekarang 21tahun 8bulan)

umo 22tahun(genap time aku besday), dijangka aku tengah memakai baju kemeja sambil duduk dalam opis..urat hijau dijangka timbul di dahi aku angkara tekanan kerja..


umo 22tahun setengah, mula mencari peluang sambung master di mana2 local university..most likely aku akan sambung buat master dalam mechanical atau kalo aku buang tebiat, aku buat MBA..


umo 23tahun, aku meneruskan pencarian cinta yang tak kesudahan..


umo 24tahun, aku dah ada steady girlfren..walaweyhhh..


umo 25 tahun, aku jadi senior engineer..bila bakal mak mertua tanya keja ape..aku dengan merendah diri(yo yo oo aje) jawap "engineurrr cabuk aje mak..............(1minit kemudian)cik" ..kena la praktis nak sebut mak..


umo 26tahun,aku pergi tengok cincin tunang..pakai cincin 'tora datang lagi' tak boley ke haa?


umo 27tahun,aku pergi cari cincin kawin..aku dijangka akan kelam kabut time ni..dengan nak bagi cukup ilmu di dada lagi, nak belek buku kamasutra lagi, prepare jawapan time kena interview dengan tok kadi..


umo 28tahun, bini aku pregnant..aku pon join dia pregnant gak..takkan tak nak sokong bini kan?orang cakap, kalo perut ke depan tu tanda lelaki yang berjaya..


umo 29tahun,aku dapat baby..most likely, baby gurl sebab sekarang kan pompuan lagi ramai dari laki..so aku ambik kebarangkalian terbesar..


umo 30tahun, aku dinaikkan pangkat..

Tuesday, February 2, 2010

Cerita Lift


Kadang2..memang aku ada buat benda bangang..kalo tak buat benda bangang, aku buat statement bangang..

Tadi aku dari 7th floor, aku nak turun bawah ke bilik aku..aku masuk lift, terus aku tekan button 1st floor..

then, lift stop kat 6th floor..ada sorang foreigner masuk..lepas dia masuk tu, baru aku sedar aku silap destination..aku tekan pulak 2nd floor..

then, tak sampai beberapa saat, aku menjerit "arrrgghhh" sebab aku baru sedar yang bilik aku kat 3rd floor..aku terus tekan 3rd floor..

peh tu, foreigner tu tanya aku..

foreigner : Why?are u miscalculate?? (ape kejadahnya aku nak kira mengira ni)
aku : (sambil senyum kat dia) I forgot my room..

then, aku dengan dia terus gelak..wahahahaha..SENGAL BETOL