Friday, January 8, 2010

Kassim Selamat




ntoh, pagi2 buta ni, terngiang2 ayat nyonya mansor kepada kassim selamat...


"kalau engkau aku da tak suka, satu keturunan kau pun aku tak suka.."


nape ek aku tulis ayat ni..ntoh la..yang pasti, ayat2 dari filem p.ramlee memang ade impact yang mendalam dalam hati..



OH CHOMBIEY..


Wednesday, January 6, 2010

Aku , Pak Guard dan Yuna


Scene 2.30pm..
Aktiviti : menunggang moto selepas membuncitkan perut di kedai makan



Aku tengah sedap bawak moto sambil menyanyi lagu 'delaila' - kristal..di basket moto aku ade paper kosmo yang ade part kecik di frontpage die muke YUNA..

Sampai aje kat gate belakang, pak guard tahan aku..


Pak Guard: "ni student ke hape ni?"

Aku: "student..ni sticker(sticker universiti) kat tepi ni"(dalam hati aku, ape ke buta pak guard ni, aku pakai baju ade cop besar uni pon takkan tak nampak?!)

Pak Guard; "eh tu ape tu, yuna.."(sambil pointing his finger to my raga motor)

Aku: "well encik...juara lagu ahad ni..bla3.."

Pak Guard: "ooh..ha tadi yuna baru aje lalu.."

Aku: (sambil buat2 muke gelabah start enjin moto).."mana2?"

Pak Guard: "tu kat depan tu..cepat2 kejar"

Aku: "haa..ni nak pi kejar la ni"


Aku pun kejar punyer kejar..last nampak sorang awek dari belakang yang tengah cat-walk tengah panas..

da sampai aje dekat, aku rase macam nak u-turn balek and tempeleng aje kepala pak guard tu sambil jerit.."TU BUKAN YUNA..TAPI NIGER DAA"



Kepada Yuna : CUBA YANG TERBAEK...

Tuesday, January 5, 2010

Pengakuan Terpaksa

Scene : kelas heat transfer..
Lecturer : garang..muka serius..tapi kalo buat lawak, tahap pecah perut..
Student : more than 40students..


position aku, aku kena duk depan..ntoh tak penah aku dok paling depan, sekali kena dok depan, terus tak mengantuk..



lecturer aku berbaju kemeja pink..

lecturer : "saya suka kaler pink"."kamu suka kaler pink?"
budak1 : "tak"
lecturer : "nape?.malu nak mengaku suka pink?"
budak1 : "saya suka kaler hitam"(sempena baju kemeja budak1 yang kaler itam)


aku da rase mcam aku nak kena sebab aku pakai kemeja putih ade petak2 pink n purple cikit..

lecturer pandang budak2 a.k.a budak sebelah aku..budak2 pakai baju kaler hijau..

sampai aje depan aku, lecturer stop..hati kecik aku berkata"arr..sudah..macam nak kena aje ni"


lecturer : "kamu..kamu suka kaler pink?"(terus satu kelas tergelak)
aku : "err..saya suka sume kaler"(aku bagi jawapan paling selamat)
lecturer : "sekarang saya tanye kaler pink, bukannyer sume kaler"
aku : "err..saya suka pink"


bengong..statement paling bengong selepas statement aku kat pulau besar aritu..aku terpakse buat pengakuan tu..aku suka biase2 aje kaler pink..



**susahkan nak tengok laki sejati(i mean lelaki 'old skol' mentality) suka pakai kaler pink..just orang metrosexual and geng2 sutun aje pakai..

Ape respon anda?

dari 'www.muslimconsumer.org.my/herald'

Ape respon anda?
Pada 31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan memutuskan Majalah mingguan Katolik, Herald, boleh menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya.
Adakah anda :
Setuju dengan keputusan tersebut
Tidak ambil kisah
Tidak setuju sama sekali dan membantah sekeras-kerasnya keputusan tersebut

link petisyen : www.muslimconsumer.org.my/herald


dari "http://muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?item.775.2"

Kenyataan Akhbar Berhubung Keputusan Mahkamah Tinggi Membenarkan Herald Menggunakan Kalimah Allah Di Dalam Penerbitannya


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sekeras-kerasnya membantah keputusan mahkamah tinggi membenarkan Herald menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan-penerbitannya. Kami menggesa agar kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri memfailkan rayuan serta-merta agar keputusan itu dikaji semula dan melarang mana-mana agama selain Islam menggunakan kalimah Allah.

Negara telah menikmati suasana kebebasan beragama selama mana Islam telah menjadi agama rasminya dan semua kaum di negara ini harus menghargainya dengan tidak mencuba menggugatnya dengan bertindak secara bodoh membangkitkan perkara-perkara remeh seperti ini.

PPIM bimbang keputusan ini bakal mencetuskan keadaan huru-hara dalam negara ini akibat daripada sentimen agama umat Islam yang sensitif dengan perkara yang menyentuh soal kepercayaan mereka dan kebimbangan mereka akan nasib keturunan mereka jika perkara ini berterusan. PPIM merasa hairan mengapa kini baru ditimbulkan soal merujuk tuhan agama Kristian sebagai Allah yang mana selama ini tuhan yang mereka sembah itu hanya dirujuk di dalam kitab suci mereka sebagai Lord sahaja.

Umat Islam mengenal Allah beserta dengan sifatnya sekali dengan ketauhidan yang meliputi ketauhidan rububiah, uluhiah dan asma' wa sifat. Kita percaya Allah yang bercirikan ahadiah dan samadiah. Bagaimana mungkin pihak lain merujuk Allah sewenang-wenangnya tanpa melihat semula akan sifat dan ciri-ciri Allah yang sediakala itu? Apakah sifat Allah yang mereka percaya itu? Al-Quran ada menjelaskan bahawa orang Yahudi mempercayai Uzair itu anak Allah dan orang Nasrani pula percaya bahawa Al-Maseh itu anak Allah. Ini jelas bertentangan dengan Allah yang diimani oleh umat Islam.

PPIM percaya pihak Herald mempunyai agenda tertentu apabila mereka menggunakan kalimah Allah dan sudah tentulah bukan sesuatu yang baik untuk semua pihak termasuk penganut agama Kristian sekali kerana tiada siapa yang akan beruntung jika satu rusuhan agama berlaku hanya kerana akibat perkara yang amat remeh dan tidak merugikan sesiapa jika ianya tidak dibangkitkan.

PPIM menyeru semua umat Islam bersama bangkit sebagai satu suara yang kuat menentang sekeras-kerasnya keputusan Hakim Lau Bee Lan ini.


AYUH2 SIGN PETISYEN..

Monday, January 4, 2010

Nape Orang Laki Suka Tengok Bola

*probably tajuk post paling panjang dalam sejarah aku mengeblog..


orang pompuan slalu tanye aku.."eh, nape laki minat bola?"..aku takde jawapan..benda tu da memang kat darah daging aku..

aku akui, aku takde la power main bola..main game bola pon agak power la, tapi takde la tahap dewa...



antara sebab2 orang laki minat bola..

bagi aku, tu bukan sekadar bola..bukan sekadar 22player + 1ref terhegeh2 kejar bola satu padang..tapi satu passion..satu keghairahan..apabila, target sume orang adalah tiga saje..

1..skor gol kat pintu gol lawan
2..protect pintu gol sendiri
3..menang


bagi supporter2 macam aku pulak, yang mana bila aku yang support chelsea, biler nampak man u kalah, aku boley kutuk kaw2 kat supporter man u n vice versa..

style main setiap team lain2..arsenal main ade style sendiri..memang tak sama dengan chelsea yang main tak lawa pon, tapi effective..

bola tu sangat unpredictable..contohnyer, Man U vs Leed United..team no2 kat EPL versus team ntoh dari divisyen mane ntoh..atas kertas, memang bola kata man u menang..kat atas padang old trafford??ape cete..man u kalah..

bile team kalah, terus aku emosional satu hari..

bile team menang, sampai tido aku still senyum..



so bagi sume wanita di luar sana, jangan persoal kalo bf atau tunang atau suami atau abang atau adek atau ayah kamu gila tengok bola..patut bersyukur la dorang tengok bola dari dok mengayat awek sebelah rumah, tengok video tak senonoh, pergi umah berurut atau menghabiskan rokok daun..

(ade jugak laki tak minat tengok bola)

Sunday, January 3, 2010

Trimas JPA

Trimas wahai sponsor aku yang hensem, JPA sebab boley buat surprise...


surprise no1 : sebab lambat giler bank-in duit..

surprise no2 : bank-in duit time 1jan2010..time public holiday(except kat certain nogori)

surprise no3 : duit dalam akaun cimb sebelum di-bak-in duit tinggal rm134 aje..giler boros..surprise ke??ntoh, tiap2 kali aku cucuk atm, aku terkejut..hahaha(gelak jahat)

surprise no4 : ngam2 aje timing yea..well.well.well..minggu depan aku pi singapore..


benda2 terawal yang aku da abes kan duit

benda no1 : aku berjaya membeli buku yang da lama aku cari.."MALAY DILEMMA"

benda no2 : aku makan kfc..perlu ke cakap??

benda no3 : marathon 2 movie sekaligus..
~bodyguards and assassin ngan sherlock holmes~


Arigato JPA..ke-hensem-an mu terserlah..

Friday, January 1, 2010

1 Jan 2010

1 jan 2010...

tahun baru...

azam aku untuk tahun baru ni...

bagi pointer tip top punyer untuk masuk ke alam keje..
kumpul duit nak buat downpayment kete paling masyuk untuk fresh graduate macam aku..
nak dapat keje yang paling handsome dalam malaysia ni..
pemburuan trophy Uefa Champion League untuk chelsea..

dan yang paling penting...
meneruskan pencarian chenta abadi..


aku merenung jauh ke hadapan




soalan2 yang dijangka akan menghujani aku..
no1: bile nak kawen?
no2: ko keje mane?
no3: gaji ko berapa banyak??
no4: game semalam, sape menang??
no5: camna dengan artis??



jawapan2 aku
no1: (buat muke sedih)
no2: ~~bergantung kat situasi~~kemungkinan besar macam goverment panggil aku aje
no3: kalo aku dapat keje yang hensem, hensem la gaji aku..
no4: ingat aku reporter ke?
no5: buduhh, aku da takde ape2 dengan die