aku lihat..aku baca..aku dengar..aku pikir..aku analysis then, baru aku cakap.. jadi, blog ini hanyalah pandangan peribadi..tiada niat nak menyinggung mana2 pihak..
Wednesday, March 17, 2010
Di saat aku perlukan kamu
sewaktu dahulu...
aku tak kenal sama kamu...
aku kenal kamu sejak akak aku meng-adjust-kan aku dengan kamu...
aku sanggup berjalan jauh, mengayuh basikal kaler hijau pemberian ayah aku semata2 untuk menghadap kamu..
perlahan-lahan, aku mengenal hati budi mu..
perlahan-lahan, kita bertutur dalam bahasa yang sama..
aku sanggup belajar rajin English semata-mata untuk mudah bertutur dengan kamu..
aku sanggup bersengkang mata di tengah malam..
hanya untuk menatap wajah mu yang indah..
bak burung pungguk melihat purnama mengambang, "so adorable" kata hati kecil burung pungguk itu..
setelah abes seluruh tubuh kamu, aku terokai..tiba2 aku menjadi bosan seketika..maafkan aku..aku mencari kekasih yang baru selepas tingkatan lima..
aku bergelak ketawa dengan kekasih baru ku, tanpa ku sedar dirimu terluka..
bodohnye aku..
kemudian, ketika di universiti..aku terpaksa memberanikan diri menegur mu..
kamu jawab sapa aku tanpa mengungkit perkara-perkara yang lepas..
terasa keperibadianku terasa begitu kerdil berbanding keperibadian mu itu..
aku setia dengan kamu selama 4tahun pengajian aku di universiti..
aku terpaksa membahagikan masa di antara kamu dengan kekasih aku..
kau umpama kekasih gelapku..
kamu tak kesah..asalkan aku sudi meluangkan masa selama 2jam setiap hari menatap wajah mu..
tapi malam ini..mengapa..apa salah ku..
kau sengaja bermain teka teki dengan ku..
apakah di saat kita menemui kebahagiaan, di saat aku dah nak graduate ni..
kau sengaja menyusahkan aku..
sedangkan kamu mengerti aku sangat perlukan kau di sisi ku..
di saat thesis ku menyerang ku bertubi2, aku hilang kamu..
kamu..setiausaha ku..
kamu..penyelamat aku..
kamu..internet ku..
~sajak watever ini ditulis ketika tenet buat perangai haram jadah~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment