Monday, November 30, 2009

Full Review Barcelona 1 R.Madrid 0

Line Up
Casillas
S.Ramos – Pepe – R.Albiol – Arbeloa
X.Alonso – Lass
Ronaldo – Kaka – Marcelo
Higuain

V.Valdes
D.Alves – Pique – Puyol – Abidal
Sergio
Keita – Xavi
Messi – Henry – Iniesta

Zlatan Ibrahimovic berada di bangku simpanan..
Pertembungan yang paling ditunggu-tunggu tahun ini..
El Classico..
Barcelona vs Real Madrid..
Messi vs Ronaldo??
Venue : Nou Camp yang merupakan antara stadium terbesar di Eropah..

Menurut sumber yang boley dipercayai, Zlatan tidak fit 100%, jadi Iniesta akan bermain di tempat Henry. Manakala Henry bermain sebagai CF..Kemungkinan pada 2nd half, Keita akan diganti dengan Zlatan dan Zlatan akan bermain sebagai CF dan Iniesta akan seiring dan sejalan dengan Xavi di bahagian midfield..

Strategi Real Madrid yang mana mereka menggunakan Higuain sebagai lone striker adalah disebabkan strategi mereka yang ingin menggunakan kepantasan Higuain, Ronaldo dan Kaka ketika counter attack..X.Alonso dan Lass diletakkan di bahagian defensive midfield bagi menyukarkan pergerakan Xavi dan Keita..

Minit 4, Kaka lorong bola kepada higuain..tapi nak tercapai oleh akalmu..valdes kutip bola..

Minit 6, dari kiri, Ronaldo lorong bola kepada Kaka..tapi x sampai..bola tu terus meluncur ke arah Marcelo, Marcelo sepak ke langit..

Minit 8, foul terhadap pepe oleh messi..tak padan dengan kecik..

Minit 8, Messi memulakan aksi lipas kudung die di bahagian tengah dan melorongkan bola kepada Henry di sebelah kiri..Henry merembat lemah..Casillas pon terkam bola..

Minit 9, Xavi shoot jauh ke penonton..nampaknya, die begitu menghargai sokongan peminat2 nya dengan memberikan mereka bola..

Minit 11, foul dari Sergio terhadap Ronaldo..Ronaldo macam biase la, dengan gaya poyo die untuk mengambil free kick..Free kick kena benteng..pening kepala defender selepas bola tu kena direct ke muka..

Minit 12, S.Ramos buat through ball kepada Higuain..Higuain offside..

Mini 13, Iniesta lob ball kepada xavi..bola laju sangat..xavi tak mampu mengejar sebab die x cukup laju..

Perlawanan berlangsung agak pantas..macam biasa, penguasaan bola dikuasai oleh Barcelona, manakala Madrid lebih cenderung melakukan counter attack..

Dapat diperhatikan, Sergio sentiasa marking Ronaldo..bak lagu Radja, “aku ada kerana kau ada”

Minit 19..Marcelo backheel kepada kaka..kaka potong pique..then through ball kepada ronaldo di sebelah kanan dia..ronaldo merembat..valdes tepis dengan kaki kanan die..corner pertama untuk Madrid..

Minit 20, ronaldo backheel kepada kaka..kaka one by one ngan valdes..valdes lebih pantas meluru keluar untuk clear kan bola..

Strategi Madrid untuk menyerang secara counter attack nampaknya menjadi walaupun scoreline masih 0-0..

Minit 25, kaka lorong bola kepada Marcelo di sebelah kiri die..marcelo sempat sepak tapi puyol datang blocked dengan badan die..satu lagi peluang keemasan untuk Madrid..

Minit 27, Henry offside ketika tunggu Iniesta lob ball kepada die..
Da 2x Player Barca offside, sementara 1x offside untuk player Real

Minit 31, again Henry offside..laju sangat kot??

Minit 33, foul terhadap Messi oleh Arbeloa..Kad kuning dilayangkan..

Minit 36, through ball kepada Henry..Henry shoot tapi berjaya ditumbuk oleh Casillas..

Minit 37, Iniesta dapat through ball dari Xavi..die merembat dengan kaki kiri..Casillas berjaya save..

Perlawanan semakin mengancam..

Henry offside lagi..ape la sengal die ni..Pellegerini(coach madrid) nampaknya berpuas hati dengan off side trap yang dirancangnya..

Minit 40, kad kuning untuk albiol..hand ball di tengah2 padang..maybe die nak tiru skill terbaru Henry kot??

Minit 42, Iniesta kena foul..keadaan tegang..Ronaldo datang la nak memeriahkan suasana..iniesta menepuk dada ronaldo mungkin untuk memprovokasi ronaldo..

Minit 44, Marcelo merembat lemah..bak kata commentator “easy for victor valdes”..

Masa kecederaan 1minit..Barcelona through ball..cuba teka sape offside?? Henry!!ya tepat sekali..

Half time 0-0
Posession bola : 65% Barcelona, 35% madrid..

Sementara tunggu half time, aku lepak layan video Barcelona vs Real Madrid 3-3 time tahun 2006/2007..Messi Hat-trick, Nistelrooy 2 bijik, Sergio Ramos 1bijik



Second half bermula..Barcelona kick-off..

Minit 46, Iniesta cross bola dari kiri..Albiol clear kan bola dengan header..
Ketika ini, kelihatan Raul dan Ibrahimovic sedang panas kan badan..

Minit 48,Kad kuning utk lass

Minit 50, Sergio bertembung dgn ronaldo di tengah padang..sergio dapat kad kuning..

Kelihatan bayangan Ibracadabra di tepi padang..die masuk menggantikan Henry(yang kini menduduki ranking no1 palyer paling kuat offside dalam game ini..tahniah henry)..ramalan penulis yang iniesta akan shift ke tengah tidak menjadi kenyataan..

Minit 52, counter attack Madrid..ronaldo through ball kepada higuain..higuain berjaya tipoo abidal , namun macam biase brader puyol menyelamatkan keadaan dengan tackle terbang die…

Minit 55, dani alves lob ball kepada ibra yang berjaya meloloskan diri dari pepe dam albiol..ibra membuat 1st timer dengan kaki kiri die..GOLLLLLLLL…satu nou camp bergegar..

Game makin rancak..Barcelona cuba mencari gol kedua yang pastinya akan men-sentot-kan semangat player Madrid..Kelihatan benzema sedang memanaskan badan..

Minit 62, Sergio mengutip kad kuning kedua sebab halang bola dengan tangan..terus keluar..sekarang Madrid mempunyai kelebihan bilangan pemain..

Minit 64, ronaldo cuba mendapatkan penalty..tak berjaya..

Minit 65, Marcelo cross dari sebelah kiri..ronaldo head..tapi bola tersasar..

Nampaknya tu aksi terakhir ronaldo..benzema masuk menggantikan ronaldo..

Yaya toure masuk menggantikan keita..ini dipercayai bagi memadatkan bahagian tengah Barcelona yang kekurangan seorang player..Iniesta turun ke tengah padang..sekarang Barcelona sedang bermain dengan hanya 2 penyerang iaitu ibra dan messi..

Minit 68, messi gelek pepe..pepe pon jatuh kan messi..pepe dapat reward iaitu kad kuning..

Peluang keemasan..pique x berjaya head bola ke dalam gol..

Minit 69, kaka dribble dari kiri.. through ball kepada benzema, benzema rembat..abang puyol menyelamatkan keadaan..game sudah panas..

Minit 70, benzema berjaya take one-on-one terhadap dani alves..then, cut dengan kaki kanan die lalu shoot…bola melayang2..nampaknya Madrid menghadapi kesukaran untuk melakukan percubaan tepat sebab adanyer abang berambut ketak iaitu puyol..

Minit 72, raul bersedia untuk masuk padang bagi mengantikan arbeloa..real Madrid bermain dengan 3 defender sahaja sekarang atau marcelo turun ke bawah ganti tempat arbeloa..anyway, madrid tengah full attack minded

Minit 75, xavi through ball kpd abidal yang overlap kaw2 cam Roberto carlos..abidal shoot leret , bola tersasar di penjuru kanan gol
Barcelona masih tenang mengawal perlawanan..macam tak terase kurang sorang..

Minit 77, corner kick..ramos menanduk bola tapi tersasar..ape dah mamat tarzan ni..

Minit 78,Marcelo kena kad kuning selepas tackle abang puyol..

Minit 80, corner kick ke4 madrid..alonso ambik..raul deflect bola ke dalam..benzema sepak tinggi sebab die ingat die main rugby..banggang betol..

Aku terpikir kenape Madrid x masukkan granero bagi menambah sengat di bahagian serangan..tak pon drenthe ke bagi menambahkan penguasaan di bahagian sayap..

Minit 85, kamera focus seat vip..kelihatan muke laporta ceria, manakala florentino perez buat muka toya..

Minit 88, counter attack oleh barca..dani alves through ball..ibrahimovic one by one dgn casillas..shoot dengan kaki kiri die..casillas blocked ngan kaki..What a miss by ibra..

lass kena kad kuning kedua..lepas membantai kaki xavi..lass keluar..10 lawan 10 sekarang..

extra time 3 minit..

foul tehadap messi di hadapan kotak penalty Barcelona oleh xabi Alonso..player barcelona delay2 masa..

PReittttttttttt…wisel berbunyi..full time 1-0..Barcelona menang dengan jaringan Ibrahimovic..

Abis aje game, bile kamera zoom ke seat vip, didapati florentino perez da ciao..maybe die menggunakan alasan yang die nak terkucil kepada tuan rumah iaitu laporta..

Sunday, November 29, 2009

Cuti Ciput part 2..


Damn it..memang terase giler cuti ni pendek sangat..

tak puas dowh..Dr??boley tak saya balek lambat cikit??..

Ada orang cakap, tak bagus cuti lama2..nanti otak jadi lembap..hahaha...aku tak kira, sebab nyer aku tengah tension aje sekarang ni..

Memang short sangat2 la cuti ni..da la plan nak hang-out dengan member2 belum tertunai lagi..cam mane ni..kang dorang cop aku muka kaki kelentong..

sori geng, yang mane aku sempat pergi, aku pergi..bukan sebab pilih bulu beb..

pagi tadi, si kecek yang pot pet pot pet iaitu my niece boley datang lepak sebelah aku time aku tengah on9..disebabkan aku pak su yang prihatin, aku log-out la facebook and bagi chance kat die tengok upin-ipin kat youtube.com..

naseb baek internet smooth aje..thanks ye jiran kerana tak secured network..boley la aku huha huha online..

and satu lagi benda, ntoh start biler ntoh, tertiba aje aku rase nak cari lagu U2..Vertigo tajuk die..tapi biler aku search kat 4shared.com, harap tak de..aku taip name u2, tak de langsung..can anyone habaq kat aku apakah yang berlaku..

~
Hello hello
I'm at a place called Vertigo
It's everything I wish I didn't know
Except you give me something I can feel, feel
~

Friday, November 27, 2009

Selamat Hari Raya Haji


Selamat hari raya haji again..

Pagi ni raya haji..except my big bro and his wife, yang laen sume ade kat umah aku include la si budak kecik iaitu my niece..khalysh najlaa..

Da lame aku tunggu die balek..rindu bangat dengan die..tadi subuh die sampai ngan parent die(akak sulong aku and abg ipaq aku)..my mum a.k.a mak tok si khalsyh ni nak angkat die..si khalysh reply "ta mau..ta mau" dengan suara die yang comel..

bla3..fast forward ke scene selepas semayang raya..kelakar giler, ayah aku, aku, abang ipar aku n mak aku gi semayang raya kat masjid sg batu..balek aje dari masjid, sume orang ter-lock dari luar..tak de sorang pon bawak kunci, hp and duit..ketuk la pintu macam salesman nak jual barang dekat 10minit lebih kat luar umah..last2 baru la akak aku bukak pintu..maybe terlelap kot..

masuk aje umah, si khalysh ni aktif la sangat2..then, aku bukak la channel ape ntoh, tapi ade tayang toy story..si khalysh yang awal2 nyer punyer la x mau duk dekat ngan aku, terus duk dekat aku..sambil2 tu aku bace paper kat lantai..si khalysh ni duk posisi mencangkuk..then tengah die gelak2 tengok toy story tu, sekali die lepas bomb nucleur..terkejut sume orang..naseb baek keluar bunyi aje, bau clear takde 'wangi-wangian'..

Thursday, November 26, 2009

Cuti Ciput


Hari ni, 26hb November, aku sampai kat stesen sg nibong..Turun2 aje bas, datang pak cik, apek dan macha teksi tengah stand by kat depan pintu bas..Macam biase la ayat dorang, “teksi2..”..Macam da tak de ayat laen, cuba la tanya da breakfast ke belum..ni aku yang muka cam tin sardine ni, dorang tak nampak ke muka aku yang penuh lapar..

Balek Penang kali ni, aku rase ni la saat paling aku tunggu2..last time aku punyer excited nak balek umah adalah time aku 1st year dulu..cuti mid sem..tahun 2006..tak tawu la sebab ape excited sangat..kemungkinan sebab

Sem ni cuti sekali aje..diulang sekali saje..tempat lain siap ade cuti mid sem, cuti h1n1, cuti raya..universiti aku ade cuti raya aje..giler kedekut..

Tekanan keja..final year projek + system design project yang macam haram lagi gred..final year projek ok la jugak gred, walaupun rase kurang puas cikit sebab dapat A-, tapi system design dapat B+(Bullshit)..Keje macam nak terberak aku buat, dapat B+ aje..da la tu, ade geng yang pergi jumpa lecturer, free2 aje kne sound balek..maybe die cakap kat dorang tu “anggaplah ini suratan takdir” takpun “nak buat camne, da tak de jodoh”..

Tekanan sebab stay lebih lama..aku dengan geng2 aku kena stay time cuti ni sebab final year project punyer pasal..cam tahun lepas, simulator(basic concept) tu guna duit fakulti..tapi kali ni simulator(lagi advance) guna duit sponsor luar..lecturer university mane ntoh..so tertekan la supervisor aku..bile supervisor aku da tertekan, co-supervisor kena pressure..bile co-supervisor tertekan, aku dengan budak2 aku jadi tertekan..bak kata aku, macam rantai makanan..
Supervisor aku sebagai singa, co-supervisor sebagai kambing, dan kitaorang sebagai rumput..hahaha..

Duit makin ciput..mane taknyer, da stay lebih lama..duit sewa bilik aje rm94.50..average duit makan 1hari dalam rm10..duit minyak moto dalam rm1..duit beli paper lagi, dalam rm1.50(kalo aku beli metro)

Manyak nyer benda negative aku citer..biler ade benda negative, mesti ade benda yang postif..macam yin-yang..

Benda positif sem ni, antaranya aku menjadi fasi untuk English camp STF..aku anggap dorang macam adek2 aku, ye la, aku ni anak last..teringin la jugak nak ade adek..so, secara tak langsung, friend aku kat facebook da bertambah2 ramai..thanks ye STFians..aku cayang korang sume..

Wednesday, November 25, 2009

Gossip Boy


Lelaki..sering diertikan insan yang gagah..jiwa kental..sering dikaitkan dengan rancangan tv yang violence..

Tapi bila seseorang laki tu mengaku die tengok drama cintan-cintun, mesti pompuan gelak kat die..

Salah ke seseorang laki tu tengok cte Nur Kasih(tak da pon orang label cerita untuk khas untuk pompuan)..salah ke sorang laki tu tengok gossip girl(ni kali kedua pompuan tak boley terima aku layan cerita tu)..

Bagi aku, it’s only drama..aku nak feeling, ikot suka aku la..nak buat camne, da muka aku brutal tapi da aku layan cerita2 camtu, nak buat camna..da drama tu best, salah ke aku layan..aku rase lagi bagus dari aku bergossip dan mengumpat2 orang..

Tiap2 weekend, aku still tengok futbol..siap kalo korang nak sembang pasal tactical dengan aku pon, aku tak kesah..tunggu korang open table aje..

Tiap2 kali kat umah, kalo ntv7 ade tayang ufc, aku layan dengan penuh perasaan..
So, aku rase takde nyer kurang 0.1% pon kelakian aku bila aku tengok drama2 mee cintan..

Selalu time weekend bila aku tune channel bola, mesti akak aku bergaduh dengan aku sebab die nak tengok drama(sori ek, saje ambik example)..tapi bila aku tengok drama, kena bahan la pulak..adessss…

Aku rasa diri aku dan banyak lagi laki2 kat luar tu ade dua bahagian, so I think I am “dr Jekyll and Mr Hyde”..

Tuesday, November 24, 2009

Barcelona dan Liverpool




Barcelona dan Liverpool..Dua-dua raja eropah..

Game Barcelona sentiasa entertaining tak kira la time dorang menang ke, kalah ke, draw ke..mesti orang suka giler tengok..time dalam game, player Barca one touch and dribble macam dalam training aje..so smooth..

Game Liverpool pulak jenis never say die attitude..terdesak macam mane pon, Liverpool selalu akan kejar dari belakang and skor gol..Main tak best pon, mesti ramai orang tengok..

Dua-dua memang favour untuk knock-out stage..

Liverpool tak payah cakap la, teruk macam mana pon dalam liga, mesti dorang power dalam Champion League..maybe jugak sebab stail liverpool yang memang power untuk short round..contoh nyer main kat knock out stage yang mana ade dua game aje(tempat sendiri and tempat lawan)..

Barca pulak, jarang gol biasa2..siap kalau tengok tu, mesti orang cakap "smart la gol.." semua orang hepi bila Barca skor gol..sume orang akan menyampah biler team lawan kepada Barca main tektik defensive(tu strategi la)..

tapi dalam next two game dalam Champion League, akan tentukan hidup mati dua2 team kesayangan ramai ni..

Next opponent untuk Barca
Inter Milan(home)
Dynamo Kiev (away)


Next opponent untuk Liverpool
Debreceni (away)
Fiorentina (home)


Current standing

Group E
Lyon 4game 10pt
Fiorentina 4game 9pt
Liverpool 4game 4pt
Debrecen 4game 0pt

Group F
Internazionale 4game 6pt
Rubin 4game 5pt
Barcelona 4game 5pt
Dynamo 4game 4pt



Analisis..
Liverpool rasanya takkan ada problem nak beat Debrecen..tapi Liverpool kena harap Lyon dapat beat Fiorentina dan tak lupa, Liverpool kena skor gol yang tersangat2 banyak untuk at least nanti boley layak dengan perbezaan gol in case terikat point dengan Fiorentina lepas game di anfield..

Barcelona akan menghadapi kesukaran untuk beat Inter Milan sebab dijangka akan kehilangan messi dan zlatan 'Berahim'ovic..jangan lupa, weekend ni El Classico..Barcelona jumpa Real Madrid..dalam group F, suma team still ada possibility untuk layak..yang pasti, semua team akan main bermati-matian..

Lepas abis game ke-6 nanti, kita akan tengok supporter team mana akan menangis..bak kata penaja, "Hidup Ini Anda Tentukan"

Sunday, November 22, 2009

Rase macam nak bakar

Dua minggu lepas, sebeleum play-off World Cup, aku ade la singgah Al-Ikhsan Factory sebab nak beli baju baru(kalau harga ok la)..Masuk aje kedai tu, aku ade terus pI belek2 baju adidas..ade dua t-shirt bola tapi memang design macam jersi France dengan Argentina..Harga dalam rm49..

Then, ade gak baju yang sama, tapi ade print name and number siap2 kat belakang..” Henry 12 “ dengan “Ribery 22”..Aku ingat nak rembat aje la sehelai..tapi memandangkan France tak layak lagi pi World Cup, aku pon cancel la beli buat masa tu..

Time balik bilik, aku ade cakap kat member aku pasal baju tu, aku cakap “ingat nak sambar aje yang ade print name ribery tu, tapi tak pe la..tunggu aje la dulu sampai france confem layak pi world cup..”

1st playoff kat Ireland, Ireland 0 France 1
2nd playoff kat Stade de France, Ireland 1 France 1(France layak dengan bantuan tangan Henry)

Aku tak tengok playoff sebab game da lewat sangat and pagi esok tu aku nak kena pi makmal..pagi tu baca THE SUN(newspaper UK) and Goal.com, sume orang hentam Henry guna tangan..Then aku tengok Sportcenter, memang ketara giler b**i henry guna tangan..WTH man??…

Come on la, France bagi aku, kalo main attacking kaw2 memang sah2 power giler..player attacking die(forward + attacking midfielder + wing) Anelka, Henry, Ribery(injured), Nasri, Malouda, Gourcuff da dikategorikan sedap2 da..tapi kalo qualify dengan cara camtu, baik tak payah..

Bayangkan besar giler impak henry guna tangan sampai Presiden ke PM Prancis, Nicolas Sarkozy mintak map kat PM Ireland..

Lepas aje insiden tangan tu, aku cakap kat member aku “ baik tak payah beli jersi France kalo camni, buat malu aje..Baik aku bakar aje baju France tu”..

p/s : masih layan video skill Zidane..The best player for decade 90’s and 2000’s..

Friday, November 20, 2009

Ketidakpuasan Hati

Sori geng..no offense..aku tak de niat nak kutuk korang, tapi aku tak puas hati..

ari isnin ke selasa lepas..result subjek System Design keluar..korang tawu kan, yang group aku selalu buat benda on time..apa yang lecturer nak, mesti group aku da siap kan on time..report hantar on time..

lecturer pon x penah nak kondem group aku..tapi ape kejadah group aku dapat B+ kat senarai tampal(result x confem lagi)..

ok2 aku bagi dua kes..

kes pertama..
time demo simulator..untuk yang kena buat tajuk parachute simulator, sume 5 idea kena buat demo..group aku ok aje sume2 jalan..Group X separuh aje simulator berjalan..Group Y lagi la..siap lecturer kutuk lagi kat depan kelas..

biler result keluar, group X n group Y dapat A-..group aku dapat B+..ape cite..


kes kedua..
time hantar repot..sume group kena hantar ari jumaat before 5pm..sume group except group Z hantar report before 5pm..group Z hantar lambat.opis da tutup..dorang call lecturer, lecturer suh hantar ari isnin next week..
da la buat keja last minute..
tup bler result keluar, group Z dapat A-..group aku dapt B+..

sape x menyirap darah beb...

Monday, November 16, 2009

Polis sasar kaki, terkena dada

Berita yang agak kelakar aku baca..



how come "Anggota polis yang melepaskan tembakan itu menyasarkan pada kaki suspek, namun keadaan suspek ketika itu yang tidak statik sebaliknya bergerak-gerak telah mengakibatkan tembakan terkena dada."..

aim ke arah kaki, tapi terkena dada..tak ke lawak?? aku bukan nyer nak kutuk polis, sebab cousin aku pon polis, tapi statement ni meragukan la..

aku rase kalo mamat yang 'mengamuk' tu buat breakdance kot la logik aim kaki tapi kena badan..

Hujan

Hujan2..

tiap2 hari hujan..aku nak pi tengok wayang pon malas..

da la duit makin sengkek..

kena stay pulak cuti ni, buat projek..

aduhaii...

Bertambah2 lemau la aku..nak mem-blog pun tarak mood

Friday, November 13, 2009

Cilaka punya orang


Bayangkan time aku tengah huhahuha bbQ dengan member2 aku, tiba aku dapat 1 miskol..
aku ingat kan orang p1 wimax..so aku hantar le msg
aku : "yup?"
mangkuk hayun : "awak ni b/t?"
aku : "ape tu b/t?"
mangkuk hayun : "bttm/top"

aku xpaham..so aku tanye la member2 se-table dengan aku..sebab aku x paham shortform "bttm"
then, sorang member aku cakap "bottom/top"..
aku terus mencarut..

aku : "cilakak betul..ingat aku gay ke ape.."
terus aku off hp..

aku straight ok..kat mane la mangkuk hayun ni dapat number aku..

Wednesday, November 11, 2009

Gosok Gigi Time Game Bola

Venue : Stamford Bridge
Game : Chelsea vs Man U

didapati, ketika game tengah hangat berlangsung, ketika satu dunia dari australia hingga ke brazil sibuk concentrate tengok game, tiba2 ade 1scene yang lebih menarik dari game bola..iaitu...


Mamat cakap die x sempat nak gosok gigi kat umah, mungkin sebab die takut terlambat nak masuk stadium..so,die cilok2 sambil tengok bola die gosok gigi..and mamat ni mengaku yang die pakai spek mata hitam sebab x mau awek die mengecam die..

Separuh Halal?

Pesanan Supervisor..

Ari jumaat, 6november2009..Aku dengan member2 aku pi hantar draft UGP1 a.k.a PSM1 dengan supervisor aku..then, supervisor aku tanya aku dengan tiga lagi member aku..

“What ur program on next Monday and Tuesday?”

Aku dengan dua orang lagi ok aje..sorang tu x boley join sebab die kena pi buat assignment design..so, supervisor aku cakap la yang kitaorang kena jadi fasilitator untuk budak2 form two STF..Aku pon secara automatic cakap “Yess..” sambil buat muka terlebih excited..

Then, supervisor aku listed down nama aku ngan member aku, then supervisor aku buat pesanan kat aku “please behave urself..”..die ingat aku gatal giler ke haa??aku gatal cikit2 ade la..haha

Then, sebelum ciao, supervisor aku pesan lagi..”jaga kelakuan kamu..jaga imej”..haha.

Baek Dr..saya tak lupe pesanan doctor.. 

Sunday, November 8, 2009

Abis Exam

Hari ni, tepat pukul 5petang..aku dah abis da exam untuk sem ni...

Ape perasaan aku??tarak apa2..just nak balek bilik and qada tidor...

Hopefully, Chelsea menang malam ni..baru bertambah nyenyak tidur aku malam karang..

Thursday, November 5, 2009

Kayaking

Semalam aku x buat ape2 pon..

malahan, ni la minggu aku paling pasif sekali..asyik ujan aje petang2..

semalam, budak pompuan kos aku ajak budak laki maen kayak..kitaorang pon join aje la..

best2..aku siap menang race lagi...

Tuesday, November 3, 2009

KAJIAN 25 TAHUN DATO' FADZILLAH KAMSAH

KAREKTOR KELAHIRAN MANUSIA

JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius Suka mendidik dan dididik Sangat
mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan Suka smart, kemas dan teratur Bersifat sensitif, berfikiran mendalam Pandai mengambil hati orang lain Pendiam kecuali telah dirangsang Agak pemalu Daya tumpuan yang sangat tinggi Mudah mendisiplinkan diri sendiri Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya Cukup sayang pada kanak-kanak Suka duduk di rumah Setia pada segala-galanya Perlu belajar
kemahiran sosial Cukup cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
Berfikiran abstrak Sukakan benda yang reality danabstrak Intelligent, bijak
dan genius Berpesonaliti yang mudah berubah Mudah menawan orang lain Agak pendiam, pemalu dan rendah diri Jujur dan setia pada segalanya Keras hati untuk mencapai matlamat Tidak suka dikongkong Mudah memberontak apabila dikongkong Suka kegiatan yang lasak Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif Mudah mempamerkan marahnya Tidak suka benda yang remeh-temeh Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya Sangat berani dan suka memberontak Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya Pemerhatian yang tajam Suka hiburan dan
sukan Suka benda yang bersifat seni Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran Berkecenderungan pada benda yang tahyul Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC
Berpesonaliti yang menarik dan menawan Mudah didampingi Sangat pemalu dan pemendam rasa Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran Suka pada kedamaian Sangat peka kepada orang lain Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain Tidak cepat marah dan sangat amanah Tahu balas budi dan tahu kenang budi Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal Suka berangan-angan Suka melancong Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi Kelam kabut dalam memilih pasangan Suka dgn hiasan rumahtangga Punya bakat seni dalam bidang muzik Kecenderungan
kepada benda yang istimewa dan baik Jangan terlalu moody.

APRIL
Sangat aktif dan dinamik Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal Sangat menarik dan pandai manjakan diri Punya daya mental yang sangat kuat Suka diberi perhatian Sangat diplomatik (pandai memujuk ). Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang Sangat berani dan tiada perasaan takut Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah Emosi cepat terusik Try control the emotion Kecenderungan
bersifat dendam Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan Kuat daya
ingatan Gerak hati yang sangat kuat Pandai mendorong diri sendiri dan
memotivasikan orang lain Berpenyakit di sekitar kepala dan dada Sangat
cemburu dan terlalu cemburu.

MEI
Kekerasan hati & degil Kuat semangat & bermotivasi tinggi Pemikiran yang tajam Mudah marah apabila tidak dikawal Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian Perasaan yang amat mendalam Cantik dari segi mental & fizikal Tidak perlu dimotivasikan Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain Mudah dipujuk Bersikap sistematik (otak kiri) Suka berangan Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit Daya khayalan yang tinggi Permikiran yang tajam Pandai berdebat Fizikal yang baik Kelemahan sistem pernafasan Suka sastera, seni & muzik serta melancong Tidak berapa suka duduk di rumah Tidak boleh duduk diam Tidak punya ramai anak Rajin dan bersemangat tinggi Agak boros

JUN -
Berfikiran jauh & berwawasan Mudah ditawan kerana sikap baik Berperangai yang lemah lembut Mudah berubah sikap, perangai, idea @
mood Idea yang terlalu banyak di kepala Bersikap sensitif Otaknya aktif
(sentiasa berfikir) Sukar melakukan sesuatu dengan segera Bersikap suka menangguh-nangguh Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik Cepat marah & cepat sejuk Suka bercakap & berdebat Suka buat lawak & bergurau Otaknya cerdas berangan-angan Mudah berkawan & pandai berkawan Orang yang sangat tertib Pandai mempamerkan sikap Mudah kecil hati Mudah kena selsema Suka berkemas Cepat rasa bosan Sikap terlalu memilih & cerewet Kurang mempamerkan perasaan Lambat nak sembuh apabila terluka hati Suka kepada barang yang berjenama Mudah menjadi eksekutif Kedegilan yang tidak terkawal Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah
kawan saya

JULAI
Sangat seronok didamping Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki Agak pendiam kecuali diransang Ada harga dan maruah diri Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan Mudah dipujuk dan bercakap lurus Sangat menjaga hati orang lain Sangat peramah Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya Berjiwa
sentimental Jarang berdendam Mudah memaafkan tapi sukar melupakan Tidak suka benda remeh-temeh Membimbing cara fizikal dan mental Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang Layanan yang serupa dengan semua orang Tinggi daya simpati Pemerhatian yang tajam Suka menilai orang lain dengan pemerhatian Mudah dan rajin belajar Suka muhasabah diri Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama Suka mendiamkan diri Suka duduk di rumah Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan Tak agresif kecuali terpaksa Lemah dari segi kesihatan perut Mudah gemuk kawal tak kawal diet Minta disayangi Mudah terluka hati tapi lambat pulih Terlalu mengambil berat Rajin dalam membuat kerja

OGOS
Suka berlawak Mudah tertawan kepadanya Sopan santun dan caring terhadap orang lain Berani dan tidak tahu takut Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan Pandai pujuk orang lain Terlalu pemurah & bersikap ego Nilai harga diri yang sangat tinggi Dahagakan pujian Semangat juang yang luar biasa Cepat marah & mudah mengamuk Mudah marah apabila cakapnya
dilawan Sangat cemburu Daya pemerhatian yang tajam & teliti Cepat berfikir
Fikiran yang berdikari Suka memimpin & dipimpin Sifat suka berangan
Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat Sangat sensitif tapi tidak mudah
merajuk Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit Belajar untuk relax Sikap
kelam kabut Romantik, pengasih & penyayang Suka mencari kawan

SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur Sangat cermat, teliti & teratur Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik Pendiam tapi pandai bercakap Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur Kerja yang dilakukan sangat sempurna Sangat sensitif yang tidak diketahui Orang yang banyak berfikir Daya pentaakulan yang baik Otak bijak & mudah belajar Suka mencari maklumat Kawal diri dari terlalu mengkritik Pandai mendorong diri sendiri Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia Suka sukan, hiburan & melancong Kurang menunjukkan perasaannya Terluka hatinya sangat lama disimpan Terlalu memilih pasangan Sukakan benda yang luas Bersistematik

OKTOBER
Suka sembang Suka orang yang sayang padanya Suka ambil jalan tengah Sangat menawan & sopan santun Kecantikan luar & dalam Tidak pandai berbohong & berpura-pura Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan Sentiasa berkawan Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama Cepat marah Macam pentingkan diri sendiri Tidak menolong orang kecuali diminta Suka melihat dari perspektifnya sendiri Tidak suka terima pandangan orang lain Emosi yang mudah terusik Suka berangan & pandai bercakap Emosi yang kelam kabut Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan) Suka melancong, bidang sastera & seni Pengasih, penyayang & lemah lembut
Romantik dalam percintaan Mudah terusik hati & cemburu Ambil berat tentang
orang lain Suka kegiatan luar Orang yang adil Boros & mudah dipengaruhi
persekitaran Mudah patah semangat

NOVEMBER
Banyak idea dalam perkara Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya Berfikiran kehadapan Berfikiran unik dan bijak Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa Pemikiran yang tajam Daya firasat yang sangat halus dan tinggi Bagus untuk jadi doktor Cermat dan teliti Personality dinamik Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran Terlalu degil dan keras hati apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya Tak suka marah kecuali digugat Mudah ambil berat terhadap orang lain Pandai muhasabah diri Cara berfikir lain dari orang lain Otak yang sangat tajam Pandai mendorong diri sendiri Tidak hargai pujian Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya Badan yang "tough" (sasa) Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam Romantik Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang Suka duduk di rumah Sangat rajin dan berkemampuan tinggi Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi Bercita-cita tinggi Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah Bersifat patriotik Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa Bercita-cita tinggi Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi Seronok didampingi Suka bercampur dengan orang Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur Tidak pandai berpura-pura Cepat marah Perangai yang berubah-ubah Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi Benci pada kongkongan Suka berlawak Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logic.

***********************************************************************

Dua Tiga Hari Lepas


Dua tiga hari lepas, aku ternampak sorang minah ni..

terkejut jugak aku nampak die..ye la dulu kolej die jauh giler beb dari kolej aku..sekarang aku x taw la die dok kolej mane..

dulu aku pernah nyaris2 nak kapel dengan die, tapi kensel sebab die baru aje break dari boipren die(dorang putus bukan sebab aku ok..)

aku time tu tengah dinner ngan member2 aku, die pulak baru datang ngan member2 die..aku agak terkejut la jugak nampak die kat citu..die dok selang dua meja dari aku..

memang sah le die..cume maybe die x cam aku kot..ye la, aku ni mane la popular..lagi pon aku baru tukar spek sem ni, kalo aku pakai spek lame aku yang ade stripe oren tu, sah2 die boley cam aku kot..

dulu die cun beb, sekarang da berisi cikit..xtaw la sebab ape..

*aku x taw ape motif aku tulis benda ni..
*kalo korang kenal die, suh la die jogging petang2..supaya jadi slim balek and jadi minah hot balek..

~aku aje yang x hot~

Sunday, November 1, 2009

Osasuna 1 Barcelona 1



Barcelona memakai jersi away tahun lepas, yang kaler kuning pekat tu manakala Osasuna pakai jersi home,warna merah..

1st eleven Barcelona
Victor Valdes
Chyrynskiy (RB)-Puyol(CB)-Pique(CB)-Abidal(LB)
Sergio Busquets(DMF)
Xavi(CMF)-Keita(CMF)
Messi(SS)-Ibrahimovic(CF)-Iniesta(SS)

1st eleven Osasuna..malas la aku nak bagitahu, bukannye ade orang nak ambik tahu pun..wahahaha..

Barcelona jelas masih terawang-awang dengan kejayaan 6-1 masa dorang titik team ape bondo ntoh minggu lepas and time menang game Copa Del Rey..Almaklum la, time game liga minggu lepas real Madrid kan draw, then game copa del rey pulak, real Madrid kan kena titik ngan team kemetot, Alcorcon(nama pon da lawak) sebanyak 4-0..

Sebelum game ni start, commentator ada bagitaw yang real Madrid menang 2-0 dengan Getafe.So, untuk memudahkan story, Barcelona kalo menang, akan keep distance di atas real Madrid dengan 3mata..kalo draw, akan just 1point aje atas real, and kalo kalah..same level ngan real..

First half..

Minit 1, Messi dapat bola, lalu merembat ke arah pintu dari jarak 12 ela..tak gol..keeper osasuna, Ricardo berjaya tumbuk bola keluar..

Minit 10, walter padiani dapat bola tapi mensia-siakan peluang akibat kebebalan dia di depan pintu gol..

Then seydou keita pulak try dengan teknik half-volley..tersasar..

Comentator agak kebosanan kerana kedua2 team bermain seumpama harimau tua yang da nak pencen..

Second half..

Chyrynskiy atau nama manja nye, Cherry ngan Ibrahimovic kena kad kuning..

Cherry digantikan ngan Marquez..Marquez shift position dengan abang puyol..puyol sekarang maen RB sementara Marquez maen CB..

Minit 67, Ibrahimovic atau nama melayu die Berahim kena tackle time counter-attack..dekat la jugak ngan line tengah padang..ref tak layang kad ape2 pon..Berahim terguling2 macam baru lepas kena tembak dengan senapang gajah daaa..

Minit 72, gerakan mula dari belah kiri..aku tak ingat start ngan sape..banyak player involve..messi di sebelah kanan padang telah dapat bola, die pon acah cikit masuk dalam, padahal die nak through ball kepada puyol yang berada di sebelah kanan dia..messi pon through ball kepada puyol..puyol pon libas bola ngan kaki kanan die ke dalam kotak penalty, bola dapat kepada seydou keita..keita stop bola ngan kaki kiri, then rembat ngan kaki kanan..goal..0-1..

Info..Ini ada gol keenam keita setakat ni dalam la liga..

Minit 87, Ibracadabra(gelaran yang fan serie A bagi kat Berahim) dapat through ball kat belah kiri padang..die tengah one-by-one ngan sorang defender..die lari cikit then die potong ke sebelah dalam..die pon merembat dengan kaki kanan die..keeper tepis..

Minit 89, Barca dapat free kick..comentator pon cakap la banyak player Barca yang boleh ambik free kick iaitu Berahim, Messi, Dani Alves(tak main) ngan Xavi..(frankly aku rase Chelsea ade lagi banyak player boleh ambik free kick..lampard, ballack,drogba,alex,deco,malouda)..kamera focus lubang idong Berahim yang sedikit kembang kempis..tup2, messi ambik free kick..free kick yang suam2 kuku aje..keeper save bola..

Pedro masuk ganti Iniesta..aku tak ingat minit ke berapa..tapi ujung2 la jugak..

Extra time 3minit..

Minit 90+, messi dapat bola and terus lob atau chip bola..keeper tangkap dengan muka yang tenang..

Kat bawah scoreline, ade tunjuk ‘ocasiones en gol’ a.k.a attempt on target..osasuna 1 barca 7..

Minit 90+2.24, ade player osasuna yang tak ternama sebab aku tak ambik taw pon nama player osasuna potong marquez macam orang makan aiskrim..then, mamat yang tak ternama tu pon cross ke dalam kotak penalty barca..Pique slide..bola mula2 kena kaki die then deflect kena muka die..peh tu, bola terus terbang masuk dalam gol barca..victor valdes tergamam..pique tak payah cakap la, terkejut dengan kemampuan die untuk skor on-goal..sekali pique shot,terus on-goal..giler power..

Player osasuna pon terus naek gila meroyan..dorang tawaf satu stadium Estadio Reyno de Navarra dengan kapasiti 19,553..gila hysteria stadium osasuna..Pep Guardiola kecewa sebab ketidakupayaan barca untuk score goal kedua yang semestinya akan menamatkan saki-baki sisa perjuangan osasuna..

Full time, 1-1..

Scorer : Keita minit72
Pique(O.G) minit 90+

Man of the match(pilihan aku) – Pique sebab skor own goal

Sekian, saya melaporkan dari espana..adios..